6 September 2009

Nizar Tiada Cara Lagi Ambil Jawatan Zambry

Sejak kehilangan jawatan menteri besar, Mohd Nizar Jamaludin (Lim Ah Chong) telah beberapa kali mencoba mendapatkan jawatannya semula.

Cobaan melalui mahakamah telah berjaya, namun tidak sampai 24 jam, jawatan menteri besar terlepas semula.

Nizar telah beberapa kali berusaha mendapatkan jawatan MB termasuk perebutan kuasa pada sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu.

2 Spetember lalu Nizar berusaha sekali lagi mendapatkan semula jawatan MB dengan mengadakan sidang dewan wakil rakyat Pakatan di sebuah Hotel di Ipoh.

Tiga keputusan telah diambil, selain menggantung Mohd Zambry Kadir, juga memenjarakan M.Ganesan dan timbalannya Hee Yit Pong selama 6 bulan berserta denda 500 ribu ringgit.

Keputusan persidangan wakil rakyat Pakatan ini perlu diperkanan kan oleh Sultan Perak dan seterusnya diwartakan.

Jika Sultan Perak memberi perkenan kepada keputusan yang dibuat tersebut, maka Nizar akan dapat jawatannya semula.

Namun peluang Nizar mendapatkan perkenan melalui Sivakumar adalah sangat kecil, kerana Sultan Perak sebelumnya telah membuat titah pada bulan Februari yang lalu, bahawa Nizar telah kehilangan kelayakan jawatan sebagai MB,kerana tidak mempunyai sokongan simple majoriti.

Dalam keadaan ini maka untuk sementara Nizar tiada kemampuan lagi menawan Perak. Nizar terpaksa menunggu PRU-13, sekira Pakatan diberi peluang oleh rakyat, maka Nizar ada kemungkinan jadi MB semula.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels