13 October 2009

Nizar-Pas-Anwar: Takbir itu Bukan Milik Mu Seorang

Berikut adalah tulisan melalui blog:bongkarsauh.blogspot.com

Seperti biasa, pada hari mengundi pasti penyokong parti-parti yang bertanding akan berkumpul di luar kawasan larangan tempat mengundi. Di Sekolah Kebangsaan Tengku Adnan, dalam daerah mengundi Bagan Pinang (saya kurang ingat nama sebenar sekolah itu), sesampai saya di situ ratusan penyokong PAS dan telah BN berkumpul. Mereka berkumpul secara berhadapan ke jalan masuk sekolah berkenaan. Turut kelihatan di bawah khemah kecil di situ ialah YB Dato’ Abdul Halim Abd Rahman dan wakil rakyat Manik Urai. Jerit menjerit, pekik-memekik, tingkah-meningkah termasuk perli-memerli antara kedua-dua belah pihak memanaskan keadaan. Seketika, pergaduhan hampir berlaku apabila sebelah pihak menuduh pihak yang satu lagi melempar objek ke arah mereka. Selepas saya meninggalkan tempat itu difahamkan memang berlaku pergaduhan dan khabarnya ada yang ditangkap pihak keselamatan. Sahabat saya sempat berbual dengan salah seorang remaja dalam kumpulan BN. Katanya, dia masih bersekolah dalam tingkatan tiga. Saya dapati majoriti anggota kumpulan BN di situ adalah remaja. Memang ada juga remaja dalam kumpulan PAS tetapi tidak seramai yang berada dalam kumpulan BN. Mereka juga semacam dilatih untuk melakukan aksi tertentu. Mungkin pengalaman pemuda BN khususnya bila berhadapan dengan situasi begitu dalam beberapa PRK yang lalu menjadikan mereka lebih bersedia dalam PRK Bagan Pinang. Ada sesuatu yang baru yang dilakukan oleh pemuda BN di sini. Saya tidak pernah melihat aksi sebegini sebelumnya. Jerit-menjerit, pekik-memekik, itu sudah biasa. Menunjuk isyarat lucah juga biasa saya saksikan. Aksi Puteri Umno yang tidak sesuai juga pernah berlaku di hadapan saya. Tetapi di sini sesuatu yang baru dan berlainan, bagi saya. Saya fikir perkara ini dirancang khusus untuk menyaingi PAS yang biasanya melakukan perkara ini. Biasanya pemuda BN akan terpaku dan diam apabila perkara ini dilakukan oleh PAS tetapi kini mereka pula yang melakukannya. Apa dia? Ada tiga perkara. Pertama, mereka turut bertakbir seperti orang PAS bertakbir. Kedua, mereka berselawat seperti yang biasa dilakukan orang PAS. Dan, ketiga mereka berdoa seperti yang biasa dibuat orang PAS. Siap dengan amin beramai-ramai lagi (doa itu dalam bahasa Melayu dan saya kurang jelas buah butirnya). Ketika selawat dikumandangkan pula, Puteri Umno turut berlenggang-lennggok macam sedang berkaraoke. Suatu ketika pemuda PAS bertahlil dengan irama yang agak berlainan dengan irama yang biasa, saya dapati sebahagian pemuda Umno ikut sama bertahlil dengan pemuda PAS. Saya tidak terkejut sangat sebab mereka juga orang Islam, dan tentu itu semua tidak asing kepada mereka. Tetapi, kini apabila mereka melakukannya di tempat dan suasana seperti di PRK Bagan Pinang ini, otak saya ligat mencari jawapan kepada soalan-soalan berikut: Adakah ini sebahagian daripada pakej pembaharuan bawaan Najib dalam Umno? Umno selalu menuduh PAS memperalatkan agama untuk politik, adakah Umno juga sudah turut melakukan apa yang mereka tuduhkan itu? Adakah selepas ini PAS tidak boleh lagi menggunakan syiar agama sebagai suatu kelebihannya kerana itu juga turut digunakan oleh Umno? Umno juga akan melaungkan takbir seperti PAS dan lafaz itu bukan ekslusif untuk PAS? Adakah apa yang dilakukan ini sebagai suatu yang akan disebatikan dengan perjuangan Umno atau sekadar untuk menyaingi PAS sahaja? Adakah selepas ini penghayatan agama di kalangan pemuda Umno yang diketuai Khairi akan semakin mantap? Adakah selepas ini, pemuda PAS akan sama sahaja dengan pemuda Umno dan muslimat PAS sama sahaja dengan muslimat Umno dari segi penghayatan agamanya? Namun, akhirnya semasa dalam perjalanan pulang, dan menerima berita bahawa PAS kalah dengan majoriti yang lebih besar dengan makna Umno / BN yang diwakili Muhamad Isa menang, saya mendapat jawapannya. Apa jawapannya? Takbir, selawat dan doa pemuda Umno itu hanya pura-pura sahaja, kosmetik sahaja, main-main sahaja. Kenapa? Kerana, kalau mereka sungguh-sungguh tentu Isa yang rasuah itu tak akan terpilih sebagai calon dan kalau terpilih pun dia tak akan menang. Sayang, kamera digital saya rosak untuk merakam semua aksi itu

Ulasan

Sayang! mempertikai amalan agama seperti bertakbir dan tahlil dianggap hanya milik Pas. Takbir dan tahlil adalah milik islam sejagad, tidak terkecuali ahli dan penyokong UMNO.

Dakwaan ada pelajar sekolah belasan tahun.. salah kah mendedahkan mereka kepada perbuatan baik dan memperlihatkan yang bathil.

Bukti menunjukan bahawa pengundi DUn Bagan Pinang yang telah dewasa kerana layak mengundi (umur lebih 21 tahun) memilih yang benar dan menolak yang bathil.

2 comments:

85 Territories said...

Saya setuju Takbir itu milik semua orang Islam. TETAPI yang saya muskil... kenapa orang-orang UMNO telah menukarnya kepada "Take Beer" ? Bukankah itu satu perbuatan menghina?

pagipagi said...

mungkin saudara salah seorang yang "take beer" itu

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels