2 October 2009

Nizar-Pas Kamu Kata Kerajaan Pas Bebas Maksiat: Apa Hal dengan Harlina Ni

Wanita yang ditangkap khalwat bersama pasangan bukan Islam pada hari jadinya enam hari lalu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Harlina Harun, 31, ibu kepada dua anak perempuan dan berkerja sebagai pegawai imigersien yang bertugas di Sungai Petani Kedah mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan khalwat dibacakan terhadapnya di hadapan Ketua Hakim Syarie, Osman Ibrahim.

Pegawai kerajaan yang bertugas di Sungai Petani, Kedah itu didakwa berkhalwat dengan Yeoh Wei Men, 35, yang bukan suami atau muhrimnya di bilik bernombor 811, Hotel Putra Palace di sini kira-kira pukul 5.30 pagi, 24 September lalu.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 9(2) Enakmen Jenayah Dalam Syariah 1991 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Pegawai pendakwa syarie, Ahmad Fikri Ibrahim yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM5,000 tetapi Harlina memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan dia menyara anaknya.

Osman kemudiannya menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula pada 4 November ini bagi memberi peluang kepada tertuduh melantik peguam syarie.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah suami wanita tersebut yang juga berusia 31 tahun. Laporan akhbar minggu lalu menyebut, hasrat lelaki tersebut untuk menghadiahkan isterinya kek sempena hari jadinya berkecai apabila wanita itu ditangkap berkhalwat di sebuah hotel.

Malahan juruteknik kanan sebuah kilang di Sungai Petani itu turut menyertai pegawai Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) dalam serbuan di bilik hotel berkenaan

4 comments:

Anak Perelih said...

dia kena tangkap di Kangaq... bukan di Sungai Petani.... dan Kangaq bukan di Kedah....

YANG GAMBI said...

Salam, sebab dia buat maksiat di Kangar maka kena cekup Jabatan Agama Islam Perlis, kalau kat Aloq Staq pasti dan bebas macam Mat Sabu kena kat Kelantan dulu........

ISAC said...

Sayang...Cantik budak ni...

Ingatkan "negeri" Perak & Selangor aje yang kena jajah....

Walau macamanapun itu urusan dia lah...

Kerja ada, anak ada, suamipun ada lain kali berfikirlah dengan waras...

umNO said...

kalau x kenal keluarga pak harun nie x yah ckp byk la.. umah aku selang 7 umah jer dr umah pak harun nie.. btw, kerajaan Islam Muhammad S.A.W. x der org wat salah ker? bole tunjuk bukti x yg nizar ckp camtu?

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels