9 October 2009

Nizar-Pas Sekarang Adnan Yakob Tak Perlu Bayar 63 Juta!!

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak perlu membayar RM63 juta kepada syarikat balak Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd kerana tersilap dinamakan sebagai responden dalam satu kes melanggar perjanjian.

Hakim Datuk Zaleha Zahari yang mendengar rayuan itu bersama Hakim Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Jeffrey Tan, memutuskan bahawa Adnan telah tersilap dinamakan sebagai responden dalam prosiding semakan penghakiman di Mahkamah Tinggi, oleh Seruan Gemilang, untuk menuntut bayaran tersebut dari kerajaan negeri.

Berikutan itu, katanya, mahkamah membenarkan rayuan tersebut dengan kos atas alasan bahawa orang yang salah telah dinamakan sebagai responden dalam prosiding semakan kehakiman tersebut.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa RM63 juta yang terhutang kepada Seruan Gemilang, masih perlu dibayar kerana keputusan hari ini tidak menjejaskan penghakiman utama (mengarahkan kerajaan Pahang membayar RM63 juta) yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 2007.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Seruan Gemilang memberitahu media kemudiannya bahawa beliau akan memfailkan permohonan menangguhkan keputusan Mahkamah Rayuan itu, dan akan memfailkan sijil baru untuk menuntut pembayaran hutang itu dari pegawai kewangan Pahang.

Pada 20 April tahun ini, Adnan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan, yang mengarahkannya membayar RM63 juta kepada Seruan Gemilinag selepas membenarkan permohonan syarikat balak itu untuk mendapatkan perintah memaksa bayaran itu dibuat.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels