11 January 2010

Belum Pun Jelapang Padi Jadi Kenyataan Harga Padi Turun 21 Peratus

BAYANGKAN jika volume padi meningkat dengan ketara sekali akibat keluasan yang bertambah dan frekuensi penanaman padi akibat tersedianya sistem pengairan yang sempurna, kemungkinan harga padi akan menjunam dengan teruknya.

Belumpun apa-apa terjadi,akibat kegahiran para petani menguasakan bendang sawahnya yang masih tersedia,harga padi telah turun sebanyak 21 peratus. Penurunan 21% ini juga bermakna pendapatan petani akan menurun 21%, ertinya petani akan bertambah miskin.

Jumlah rakyat yang dikatakan masih petani agak ramai jumlahnya terutama bagi kawasan Kota Belud. Apa kah tindakan kerajaan mengenai situasi ini? Adalah diharapkan kerajaan akan turun tangan agar supaya petani dan golongan yang perlu dilindungi ini tidak menjadi mangsa.

Laporan Akhbar Daily Express semalam ada mengatakan bahawa persatuan pengilang padi Sabah terpaksa menurunkan harga belian padi daripada RM 950 se Metriktan kepada RM 750 semetrik tan.

12 comments:

wakparpu said...

perlu diingat harga beras hampir 100%..jadi molek lah tu..nanti harga beras akan turun sikit

Mohd Amini said...

Salam Sdr OKB,Adalah menjadi harapan dengan penurunan harga padi itu harga beras akan turun.Sebenarnya harga beras naik amat membenankan penduduk luar bandar yang tidak mengusahakan tanaman padi.Hasil padi yang banyak akan menyebabkan jatuhnya harga beras.Keadaan ini mungkin lebih baik daripada harga padi naik dan harga beras juga ikut naik.

10 BUDAK HITAM said...

Assalamualaikum saudara,

Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,

http://10sibudakhitam.blogspot.com/

dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

Saya dengan ini juga secara rasminya menjadi followers blog saudara.

Dalam memantapkan ukhwah dan merapatkan saf, harapan saya agar dapat kita sama-sama jadi followers blog dan buktikan pengikut kita lebih ramai bersatu-padu dalam menegakkan agama,bangsa dan negara.Tunjukkan inilah generasi maya yang bersatu dalam perjuangan di alam siber.

Menjadi followers di blog saya di http://10sibudakhitam.blogspot.com, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam ukhwah dari 10 Si Budak Hitam..Assalamualaikum.

M.Rakunman said...

Harga beras bukan naik bukan kerana harga padi naik. Penyebabnya beras telah menjadi komoditi dagangan syarikat-syarikat besar. Jika kerajaan tidak menswastakan pembekal beras maka kenaikan harga beras akan selari dengan kenaikan padi. Namun pada masa ini, kenaikan harga beras lebih ketara dibanding dengan kenaikan harga padi.

azrone said...

Assalamualaikum pagari... kami mana ada sawah... cuma yang ada adalah jalan raya di tengah sawah.

kitakita said...

Pihak kerajaan perlu mengkaji semula harga pasaran beras. Ini kerana permintaan beras di dunia semakin meningkat. Penurunan harga padi juga membebankan kepada para petani, ini kerana kos-kos penyelenggaraan kawasan padi amat tinggi dan keuntungan petani juga tidaklah sebanyak yang disangkakan.

kitakita said...

Kalau harga padi semakin turun, ia nampaknya akan melemahkan semangat para petani. Dari tinjauan, harga beras yang diimport sebenarnya lebih murah berbanding beras yang dihasilkan dalam negera kerana kos pengeluaran yang tinggi.

kitakita said...

Bayangkanlah kalau harga padi semakin jatuh? Apakah mereka harus sentiasa mengharapkan subsidi dari kerajaan? Jika perkara ni tidak dibendung ..saya rasa para petani akan sentiasa mengharapkan subsidi baru nak mengusahakan tanah sawah. Dari apa yang dilihat sudah ramai yang menjual sawah padi untuk tujuan pembangunan rumah...dan pendapat saya, harus ada yang pengawalan harga padi ni agar tidak terlalu jatuh. Mungkin kurangkan kebergantungan terhadap beras import tetapi tinggikan penggunaan hasil sendiri. Kalau pergi ke Giant saya lihat...banyak betul beras yang import dijual. Emmm kita akan menerima akibat krisis makanan lagilah ni....

POP said...

Sejak beberapa tahun yang lepas, harga beras telah menaiki secara tiba-tiba menjadikan penduduk miskin tidak dapat membeli beras yang berkualiti lebih sihat. Tetapi sekarang harga beras akan turun, rakyat dapat makan beras dengan hati yang lebih senang. Tetapi juga masalahnya pendapatan petani akan diturunkan. Kerajaan haruslah memcri penyelesaian kepada masalah ini.

2718 said...

kalau harga naik pun susah, harga turun pun susah, kerajaan terpaksa buat penyelarasan semula agar kedua2 pihak iaitu pembeli dan pengusaha berpuas hati.

2718 said...

sebagai badan kerajaan, saya akui memang amat sukar membuat keputusan. namun saya pasti kerajaan mampu menyelesaikan masalah ini.

kitakita said...

Diharapkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan(KPDNKK)atau pihak yang bertanggungjawab dapat merujuk semula harga padi yang diturunkan. Ini kerana penyelenggaraan tanaman padi memerlukan kos yang tinggi selain menggunakan racun serangga, racun rumput, racun kulat dsbnya, petani juga terpaksa membayar sewa jentera sebelum dan selepas menuai padi tersebut.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels