3 January 2010

Ibu Mentuaku Pergi Untuk Selama-lamanya

Tepat pukul 19:44:47 malam 1 Januari 2010 saya mendapat panggilan dari ibunya anak-anak saya. Berita yang disampaikan meminta saya pulang ke kampung kerana ibunya juga ibu mentua secara tiba-tiba sakit.Itu saja kata isteri ku dengan ringkas.(Ibu mentuaku terlalu sihat, tidak ku nampak pernah sakit berat, batuk-batuk dan selesam itu adalah, namun sakit berpanjangan, belum ku alami sejak tahun 1991)

Pada kala itu isteriku berada disisi ibunya dengan menyebutkan kalimah Allah diterlinganya. Rupanya pada saat panggilan itu dibuat ibu mertuaku sedang bersiap menemui penciptaNya.

Saya bersama anak lelaki saya bergegas pulang, namun kelajuan kereta tersendat kerana hujan begitu lebat sehinggalah ke kampung. Perjalanan kira-kira 100 km itu memakan masa yang sungguh lama, tepat 22.22 saya dan anak tiba di rumah kediaman kami.

Pada kala itu telah ramai sahabat andai,jiran-jiran dan anak-anak ibu mentua ku telah berkumpul. Saya dan anak meluruh ke jasad yang terbaring mengecup dahinya, rasa sedih yang sangat mendalam, tidak tertahan, sehinggakan airmata tidak terasa terus mengalir dikelopak mata.

Ibu mentuaku terlalu tua, sudah bongkok kerana di mamah usia,namun belliau masih aktif, masih boleh berjalan, masih boleh mengopak kayu api, masuk boleh mengupas kelapa tua, masih jelas penglihatannya, masih jelas pendenagarnya, seolah-olah tidak kurang apapun, masih boleh memasak, tentunya memasak makanan tradisi kegemaran kami sekeluarga.

Saya mengenali ibu mentuaku pada tahun 1991 kerana berkahwin dengan anak bungsunya yang telah berumur 24 tahun daripada 6 adik beradik, yang tertua berumur 64 tahun.

Ibu mentuaku dikebumikan di tanah perkuburan Rampayan Laut selepas sembayang zohor disisi suaminya Haji Karim bin Hassan yang telah berpulang ke rahmatullah pada 3 November 1993 semasa yang diperantuan.

Kami sekeluarga merasa sangat kehilangan. Semoga ROHnya disusuri rahmatNya.

Kami sekeluarga mengucapkan syukur atas bantuan dan simpati handai taulan termasuk ADUN Tempasuk Datuk Haji Musbah Haji Jamli kerana sudi datang mengucapkan belasungkawa.

3 comments:

musli oli said...

salam takziah buat sdra dan keluarga.

saya turut merasa sedih atas pemergian ibu mertua sdra.

salam MO

DEPU-DEPU said...

PAGARI...

Setiap yg bernyawa pasti akan mengalami kematian..

semoga sdr dan keluarga dapat bersabar menghadapi ujian ini.

semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah..

M.Rakunman said...

Terima kasih kepada ke dua sdr sdr ku

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels