13 March 2010

Laluan Sukar Bagi Pemimpin Pengamal Politik Wang

Siang tadi saya sempat menghadiri majlis kahwin di kampung Rampayan Ulu. Sementara menunggu majlis persandingan, di meja panjang saya ramai ahli umno dan rakyat biasa duduk sama. Kami bersimbang berbagai topik, termasuk situasi para pemimpin Kota Belud.

Perbicaraan berkisar kepada para pemimpin utama daerah ini, termasuk Tan Sri Pandikar, Datuk Salleh Said, Datuk Musbah, Datuk Rahman dan Datuk Japlin. Tidak kurang juga dalam perbincangan itu mengenai pemimpin pembangkang yang baru tumbuh.

Namun perbincangan hangat adalah berkisar pada pembangunan ekonomi daerah ini, keadaan kemarau yang sungguh panas, dan pencapaian pelajar-pelajar spm, di mana keputusannya baru saja diumumkan.

Masalah bayaran litrik dan air sekolah yang sebelumnya tidak ditanggung oleh jabatan, akhirnya terungkai melalui pengumuman TPM yang juga menteri pelajaran, bahawa semua bil-bil sekolah yang melibatkan litrik dan air adalah tanggungan pihak kementerian. Keresahan pihak sekolah, terutama sekolah-sekolah kampung akhirnya terjawab melalui pengumuman TPM itu.

Namun yang menarik sekali dalam bual-bual kosong itu adalah status pemimpin Kota Belud akan datang. Kebanyakan daripada mereka yang duduk di meja saya, cenderung mengenepikan pemimpin yang selama ini mempergunakan wang ringgit untuk mendapatkan kuasa dan juga kedudukan parti.

Mereka membuat alasan, pemimpin yang membawa pembangunan lah yang perlu disokong kali ini, kerana pembangunan ekonomi adalah penting, demi mensajterakan keluarga, kerana menurut mereka, melalui pembangunan ekonomi, maka pendapatan akan bertambah. Melalui pendapatan yang bertambah, maka mereka dapat memenuhi keperluan pemakanan yang bermutu tinggi untuk anak-anak. Melalui pemakanan yang berkualiti, maka selain mengakibat pertumbuhan jasmani tetapi juga berakibat kepada pekembangan otak. Melalui perkembangan otak, maka baru lah proses pendidikan atau penambahan ilmu mudah berlaku.

Ramai yang setuju, bahawa selama ini, proses pembangunan ekonomi diabaikan di kawasan Kota belud, kerana itu berakibat kepada proses pendidikan.

Ambil contoh kepada keputusan SPM, PMR atau UPSR, jarang penduduk kampung yang mendapat keputusan cemerlang.

Menutut mereka, apa kah melalui pilihanraya atau pemilihan parti, pemimpin yang mempunyai perancangan pembangunan ekonomi untuk mengeluarkan penduduk daripada kanca kemiskinan adalah pilihan mereka. Pemimpin yang mempergunakan kewangan dengan memelihara kelompok tertentu sebagai pencacai dan spinner akan diketepikan.

Namun, politik Kota Belud, tidak pernah terlepas dengan "money politik" kerana permainan ini sudah diwujudkan demi mengekalkan pemimpin berwang.

Sama-sama kita tunggu pemilihan Umno akan datang, benarkan borak-borak penduduk kampung ini?

3 comments:

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Saya rasa Anda ada lah bakal Calon Kota Belut yang sesuai, sebab rajin ke tempat pengantin.

DR 1221 said...

salam
pembangunan adalah pekerjaan

rojokobog said...

Salam 1KB,
Kalau kita amat-amati dan renungkan kembali Saya rasa tidak ada Pemimpin kita di Kota Belud yang TIDAK menggunakan WANG RINGGIT demi untuk melonjakkan kedudukkan mereka dalam politik khususnya di Daerah kelahiran sulung UMNO ini, para pengundi, dan sebahagian ahli UMNO faham akan pengaruh wang semasa PRU atau Pemilihan UMNO peringkat Cawangan juga Bahagian, untuk kita mengelakkan permainan kotor wang ringgit ini apa yang paling penting adalah mentaliti dan pendirian yang teguh untuk kita memilih pemimpin yang betul-betul berwibawa dan tidak mengamalkan RASUAH POLITIK, persoalannya sekarang berapa peratus kah dikalangan masyarakat Kota Belud yang mempunyai mentaliti yang teguh agar wang tidak mempengaruhi undi atau untuk melonjakkan seseorang itu menjadi KETUA.Sedangkan masyarakat alaf ini amat memerlukan wang ringgit untuk menampung kehidupan harian dan ditambah pula dgn kenaikkan harga barang keperluan harian yang melambung naik sedangkan ekenomi akar umbi berada ditahap agak kritikal..oleh yang demikian adalah lebih baik kita mencegah daripada mengubati penyakit yang dianggap barah ini...adakah kita sudah terlambat? belum, demi untuk generasi akan datang, agar kita tidak dipersalahkan oleh mereka nanti.ASAL DARI KAMPUNG

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels