16 April 2010

BN Kota Belud Jangan Terlalu Seronok

Tahun 1985 semasa puncaknya kekuatan Kerajaan Berjaya di bawah pimpinan Datuk Harris Salleh, terlalu ramai pemimpin parti Berjaya pada masa itu terlalu yakin apabila ada pilihanraya umum, pasti Parti Rakyat Jelata Sabah itu akan menang.

Para pemimpin Parti Berjaya termasuklah wakil-wakil rakyatnya bagi daerah Kota Belud, terlalu yakin akan terus berkuasa.

Ekoran kekalahan Parti Berjaya pada PRK Tambunan pada tahun 1984, Datuk Harris Salleh merasa tercabar, kerana itu pada tahun 1985, Harris membubarkan dewan undangan negeri untuk membolehkan pilihanraya negeri dilaksanakan.

Semua kita tahu, bahawa pada PRU Negeri itu, Parti Berjaya kecundang dan hanya memang 6 kerusi, termasuk kekalahan Harris kepada Kadoh Agondung di DUN Tenom.

Parti Bersatu Sabah (PBS) di bawa pimpinan Datuk Pairin Kitingan, walaupun hanya ditubuhkan tidak sampai 6 bulan, mampu menumbangkan parti Berjaya yang telah berkuasa sejak tahun 1976.

Parti Berjaya ditubuhkan oleh para pemimpin Usno termasuk Harris Salleh dengan tujuan menghilangkan kuasa Tun Mustapaha, dimana pada masa itu, Tun Mustapaha kelihatan terlalu berkuasa oleh pihak Kuala Lumpur.

Keadaan tahun 80-an itu kini melanda semula. Bukan sahaja bagi daerah Kota Belud tetapi di seluruh negeri.

Para pemimpin negeri kini kelihatan terlalu berkuasa, sehinggakan matalamat utamanya untuk membela seluruh lapiasan rakyat nampaknya telah terlupakan.

Para pemimpin negeri terutama yang mempunyai jawatan walaupun sering turun padang, namun prioriti mereka hanya kepada lapisan masyarakat yang berada dalam epsilon ke-2 yakni lapisan masyarakat yang berpenghidupan agak selesa.

Para pemimpin yang mempunyai kuasa kini sering menonjolkan kejayaan mereka terutama dari segi material dan kebendaan. Aktiviti-aktivti mereka pun sering dikaitkan dengan kebendaan dan nampak mewah, seperti majlis makan malam atau majlis hiburan.

Jarang sekali aktivti para pemimpin yang melibatkan lapisan masyarkat yang terbelakang dari semua segi, apa kah ekonomi atau latar belakang masyarakat itu sendiri.

Sebenarnya bagi daerah Kota Belud terlalu banyak latarbelakang masyrakat yang boleh di tonjolkan di peringkat negeri mahupun nasional. Bagi wakil-wakil rakyat baik di dewan undangan negeri atau parlimen, jangan lah malu mendedahkan latar belakang rakyat yang miskin, keadaan infrastruktur yang daif dan sebagainya, kerana melalui pendedahan ini lah, perancangan yang jitu dapat dilaksanakan untuk mengeluarkan mereka daripada keadaan itu.

Isu seperti masalah LETAK KERETA di parlimen kerana seorang ahli parlimen susah mendapat letak kereta tidak sepatutnya mengisi masa dalam sesi perbahasan. Masih banyak isu yang perlu dibentangkan terutama pembasmian kemiskinan rakyat yang diwakili.

Isu remeh seperti Letak kereta adalah contoh bahawa wakil rakyat BN merasa telah seronok,kerana bagi mereka MUNGKIN tiada isu yang perlu diketengahkan di Parlimen, kerana itu perkara remehpun di bawa dalam perbahasan demi mengisi masa yang disediakan.

Pengalaman Penulis, keadaan tahun 80-an kini melanda Kota Belud, sayang parti pembangkang tidak dapat memanfaatkan keadaan ini kerana ketiadaan pemimpin yang berwibawa, namun seharusnya para pemimpin BN daerah jangan merasa terlalu seronok, kerana air yang tenang jangan di sangka tiada buaya

6 comments:

YANG GAMBI said...

Bro, kekadang kita tidak perlu menyalahkan sepenuhnya kepada kepimpinan kerajaan BN.... apa ertinya pihak BN melantik kepimpinan setempat yg seharusnya bertanggungjawab bagi memantau segala permasalahan rakyat setempat untuk dimajukan kepada pihak atasan....

Unknown said...

setuju dengan pandangan one KB...tidak wajar isu remeh dibawa dalam perbahasan. sepatutnya bawa kepada pihak pengurusan dewan parlimen sahaja.

Oh Ya...Parti Berjaya tinggal 6 kerusi tuan dalam PRU negeri 1985. Bukan 5 kerusi.

ISAC said...

Salam ziarah.

Tuan mohon linkkan dengan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com/

kitakita said...

Biasalah kacang lupakan kulit......masa nak piliharaya bukan main lagi menabur janji manis dan bila sudah menang...lantaklah! Wakil-wakil BN juga harus sentiasa waspada terhadap pembangkang.....jangan merasa puas hati terhadap apa yang ada. Setakat subsidi tangki...emmm belum tahu lagi undi nanti berpihak pada siapa? Masalahnya orang yang nak undi tu undi pada pembangunan yang telah dijalankan dalam jangka lama. Bukan jangka pendek.....jadi wakil rakyat berwaspadalah! setakat tangki...boleh beli sendiri.....

kitakita said...

Diharapkan agar pemimpin-pemimpin dapat memberikan perhatian terhadap permasalahan rakyat. Bagi wakil-wakil rakyat baik di dewan undangan negeri atau parlimen, harus menyuarakan permasalahan rakyat yang serba kekurangan samada daripada infrastruktur yang daif dan sebagainya, kerana melalui pendedahan ini lah, perancangan akan dapat dilaksanakan untuk mengeluarkan mereka daripada daripada terus dibelenggu kemiskinan.

karaabau said...

yup...ngam cakap c kitakita...wakil2 rakyat yang telah dipilih haruslah menunaikan tanggung jawab mereka kepada rakyat...ingat bahawa rakyat yang memilih anda dan rakyat juga berkuasa untuk menjatuhkan anda seperti Parti Berjaya...sekian...

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels