10 April 2010

Di Sebalik Penubuhan Squad P-169 Kota Belud

Rahman Dahalan Dengan Kereta Yang Diubahsuai
Sebenarnya saya tidak tahu apa itu Squad P-169 Kota Belud. Saya mengetahui adanya skuad ini apabila saya terbaca "wall" facebook MP Kota Belud.

Tujuan dan objektif skuad ini tiada siapa yang tahu kecuali pencetus idea itu Datuk Rahman Dahalan sendiri. Namun apabila membaca posting Rahman Dahalan melalui blognya saya mula terang tujuan dan objektif skuad p-169 Kota Belud.

Tujuan dan objektif S-P169, beginilah simbol kepada skuad ini adalah bersifat riadah dan hiburan. Skuad ini memberi sasaran kepada kaum muda atau belia yang berumur di bawah 40 tahun.

Apabila membaca posting Datuk Rahman Dahalan, maka sifat Skuad ini adalah bersifat elite, ertinya mereka yang mempunyai keupayaan dalam segi material akan mampu menyertai Skuad ini.

Seperti kata Rahman Dahalan, jika dahulu permainan seperti sepak takraw adalah alat untuk menarik kaum belia berinteraksi, namun permainan sepak takraw telah bersifat usang. Permainan seperti x-games dan XPDC lebih mencabar dan lebih terkini kerana itu menjadi keutamaan S-P169 Kota Belud.

Kegemaran anak muda yang berduit seperti pengubahsuaian sound system kenderaan lebih menonjol dalam S-P169 ini, kerana bagi pemuda yang berasal daripada keluarga berduit, maka ini adalah satu kegemaran anak-anak muda.

Kota Belud adalah daerah yang tidak bersumber harta karun. Sumber Kota Belud untuk penghidupan rakyatnya adalah berasaskan kepada tanah dan laut. Kerana itulah rakyat yang dipanggil petani dan nelayan cukup ramai di Kota Belud.

Usaha kerajaan persekutuan dan negeri untuk menjadikan Kota Belud terutama kawasan Tempasuk sebagai kawasan Jelapang Padi adalah untuk meningkatkan nilai dan produktivti tanah, kerana tanah yang sepatutnya menghasilkan produktiviti maksima, belum diperolehi kerana ketiada system pengairan yang menucukupi dan memadai.

Kota Belud juga salah satu daerah termiskin di Malaysia, kerana itu usaha kerajaan untuk menaik taraf penduduk yang tergolong miskin tegar melalui projek agropolitan sangat dialu-alukan.

Kota Belud sebenarnya memerlukan satu perancangan yang jitu untuk membangun semua potensi yang ada terutama laut, tanah dan pantai demi menambah pendapatan penduduk daerah ini.

Membangun daerah hanya boleh dilakukan oleh kerajaan. Kerajaan adalah terdiri daripada orang-orang politik dan kaki tangan awam. Tanpa perancangan daripada orang-orang politik dalam hal ini wakil rakyat untuk dilaksanakan oleh kakitangan kerajaan, maka timpanglah semuanya.

Seharusnya wakil rakyat seperti Rahman Dahalan perlu mencadangkan master plan bagi membagun kawasan yang diwakilinya kini (Nota: Rahman Dahalan adalah ahli Umno Tuaran. Pernah bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian Umno Tuaran namun tewas).

Di khabarkan S-P169 bukan bersandar kepada parti dalam hal ini Umno, kerana S-P169 adalah pasukan atau pertubuhan yang berdiri sendiri dan kononya bersaing dengan Umno bahagian Kota Belud terutamanya pemuda.

Pemuda Umno Kota Belud kini dikatakan tidak mempunyai arah tuju dan perancangan, kerana itu Rahman Dahalan mengenepinya dalam S-P169.

Namun sifat S-P169 itu sendiri yang bersifat elite, dijangkakan skuad ini tidak akan mampu menarik ramai belia terutamanya belia-belia kampung yang merupakan kelompok majoriti daerah ini.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels