13 May 2010

Disebalik Pengujudan Tamu@ Padian@Semiyu Kota Belud

1874 Gabnor pertama Negeri Tempasuk William Prettyman mengujudkan "Tamu" Kota Belud yang terletak bertepian sungai.

Tujuan pengujudan "Tamu' ini adalah sebagai tempat Pertemuan antara pemimpin dan rakyat, tempat berkumpulnya 3 suku kaum besar bagi daerah Kota Belud yang terdiri daripada kaum bajau, dusun dan Iranun serta sebagai wadah ke arah perdagangan (Musbah Jamli).

Tamu kota Belud telah ujud sehingga kini dan telah menjangkau usia 136 tahun. Tapak dan tempat adalah sama.

Kini Tamu Kota Belud yang diadakan setiap hari ahad, walaupun dizaman pra merdeka diadakan pada setiap hari jumaat telah pun dimasukkan dalam kalender pelancongan kerajaan negeri.

Tamu Kota Belud merupakan ciri daerah ini, adalah dirasakan Kota Belud selain dikenal sebagai cowboy town of the east, juga daerah ini terkenal kerana TAMU.

Terkini, hari-hari tamu telah bertukar, selain diadakan pada hari ahad, kini juga diadakan pada setiap hari rabu setiap minggu.

Sehingga kini, tujuan asal pengujudan daerah ini masih dipertahankan. Disini lah keunikan daerah ini. Jika mahu melihat dan menyaksikan konsep hubungan antara kaum maka datang lah ke TAMU Kota Belud. Konsep 1Malaysia dimana hubungan antara kaum adalah salah satu pilar dalam konsep Perdana Menteri Ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak, Tamu Kota Belud boleh mewarnainya.

3 comments:

2718 said...

tamu kota belud adalah bukti perpaduan kaum turun temurun di sabah. patut kita kekalkan sebagai tarikan pelancong dan sumber pendapatan penduduk tempatan.

tombolo said...

tamu kota belum merupakan warisan turun temurun masyarakat sabah. ia telah mewujudkan perpaduan kaum di sabah khususnya di kota belud.

kitakita said...

Konsep 1Malaysia ini sebenernya sudah lama wujud terutamanya di Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian suku kaum, bangsa dan agama boleh hidup aman dan damai. Tapak Tamu di Kota Belud yang sudah lama wujud sebelum ini harus dikekalkan dan akan diwarisi generasi akan datang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels