6 May 2010

IMalaysia Adalah Peluang Para Pemimpin Kota Belud Memajukan Daerah Ini

1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Demikianlah motto Najib sebaik sahaja dilantik ke jawatan Perdana Menteri.

Melalui konsep ini pembangunan negera ini akan berpaksi kepada merentas kaum, ertinya pembangunan bukan lagi berasas kepada kaum, namun pembangunan berpaksi kepada rakyat negara ini.

Peluang ini lah yang perlu disambut oleh para pemimpin daerah ini. Otak dan fikiran yang bernas yang tersemai selama ini perlu diketengahkan. Para pemimpin Kota Belud sekarang ini tidak ketandusan idea, perancangan, luahkan semua itu demi pembangunan daerah kita.

Para pemimpin terpilih yang ada pada masa kini seperti Datuk Salleh Said Keruak, Datuk Musbah Jamli, Datuk Rahman Dahalan, Datuk Japlin Akim, Datuk Herbert Timbun Lagadan, pada mereka jangan lepaskan peluang ini. Peluang keemasan ini perlu dimanafaatkan sebaik-baiknya.

Memang benar, mengubah nasib seseorang itu tidak mungkin melalui orang lain, melainkan seseorang itu ingin mengubah nasibnya. Namun, jika seseorang itu tidak mendapat peluang mengubah nasibnya, jika pun ia berjaya, namun kejayaan itu memerlukan waktu yang sangat panjang.

Zaman canggih ini, net working adalah perlu, untuk mengejar masa dan peluang. Siapa yang tidak ingin maju? semua ingin maju, namun dalam perjalanan memajukan diri itu mesti ada mentor, panutan dan teladan.

Para pemimpin daerah ini, boleh jadi rujukan untuk memajukan diri. Apabila semuanya maju, maka pada gilirannya nanti, semua penduduk daerah ini merasa merdeka, bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dari segi spritual.

Musa Aman telah diberi peluang lebih 10 tahun sebagai ketua menteri Sabah, hasilnya kawasan pantai timur membangun dengan cepat dan pesat. Kini giliran pantai barat pula perlu di bangun.

Para pemimpin Pantai Barat ketika ini yang paling menonjol adalah Salleh Said, kenapa? Datuk Salleh adalah timbalan pengerusi Umno negeri.Siapa yang boleh menafikan? Jika dilihat daripada kedudukan ini, Salleh akan menggantkan Musa Aman, jika ketua Menteri itu merasakan bahawa semua halatujunya telah dicapai.

Seseorang pemimpin itu jika sudah mencapai titik optimanya, maka dia tidak akan boleh mencapai titik optima yang baru pada kaedah dan cara yang sedia ada. Titik optima baru, perlu bergeser atau berubah.

Demi meninggalkan nama yang harum, seseorang pemimpin itu perlu memberi peluang pada pemimpin lain, untuk meneruskan pemabangunan dan menemukan titik optima yang baru pula, dengan cara ini,maka rakyat dan negeri lah yang diuntungkan, kerana kemajuan yang dikecapi. Fikir-fikirkan lah

17 comments:

2718 said...

semua pemimpin perlu maju. maju dari segi keupayaan memikul atau melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin. dapat membela nasib rakyat dan membawa pembangunan.

kitakita said...

Pemimpin berhemah adalah yang melaksanakan tugas tanpa pilih kasih. Saya setuju sejak Musa Aman memimpin banyak pembangunan telah dilaksanakan di kawasan pantai timur. Namun seperti yang telah dikatakan kawasan pantai barat pun ingin kemajuan dan pembangunan seperti di kawasan pantai timur. So, para pemimpin yang telah dilantik di kawasan pantai barat haruslah proaktif dalam melaksanakan tugas dan janganlah tunggu diarah baru bergerak!

Paquin said...

Betul tu 2718.
Kalau semua pemimpin kita berfikiran maju & matang konpom rakyat pun dapat maju sama2 :)

Paquin said...

Betul kitakita. Para pemimpin yg rasa-rasanya kawasannya tu masih blm cukup membangun, bah pandai2 lah buat kerja. Jgn tunggu rakyat marah dulu baru kelam kabut buat. hehehee

mandara said...

pemimpin yang yang baik haruslah mempunyai sikap yang adil, berdedikasi dan berkemampuan. Sabah mengalami pembangunan yang semakin pesat ada;ah hasil usaha pemimpin kita yang berkaliber dan berpandanganjauh.

man said...

kawasan pantai timur sememangnya semakin membangun, namun kawasan lain juga harus dibangunkan seperti kawasan pantai barat dan kawasan-kawasan pedalaman. kawasan ini juga inginkan kemajuan. para pemimpin haruslah memulakan langkah untuk membangunkan kawasan mereka.

kitakita said...

Sebenernya masih banyak lagi kawasan yang perlu dibangunkan dan serba kekurangan di negeri Sabah ini. Oleh itu diharapkan pemimpin-pemimpin yang dilantik perlulah menjalankan tugas dengan sebaiknya.

kitakita said...

Perubahan dan kemajuan di daerah-daerah ini hanya akan berubah sekiranya para pemimpin aktif menjalan tugas dengan menyatakan pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk.

karaabau said...

1malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..well, kalo dari konsep ini, memang patut para pemimpin mainkan peranannya seperti yang diamanahkan oleh rakyat untuk memajukan kawasannya dan rakyatnya...maka, pencapaian yang membanggakan akan dicapai...konsep ini harus disemai dalam jiwa para pemimpin bukan sahaja peringkat kerajaan juga pada ketua kampung, pengerusi JKK dan sebagainya...well, nama sudah menjadi pemimpin kan..hehe

POP said...

Demi meninggalkan nama yang harum, seseorang pemimpin perlu memberikan peluang pada pemimpin lain, saya setuju. Sekarang Kota Belud sedang menunggukan pemimpin-pemimpin untuk membangunkannya, mereka kenalah bekerjasama dan belajar sesama orang lain untuk mencapai kejayaan ini.

2718 said...

pemimpin yang berjasa akan menjadi teladan dan sumber inspirasi/motivasi kepada pemimpin generasi baru untuk lebih cemerlang. ini yang perlu kita jangka untuk aspek kepimpinan masa depan.

2718 said...

kerajaan sabah masih perlu berusaha untuk membawa pembangunan yang sama rata di seluruh sabah. para pemimpin perlu beri tumpuan yang lebih kepada pembangunan asas seperti sekolah, hospital, etc.. dan sentiasa perihatin dengan tuntutan rakyat.

karaabau said...

tidak dinafikan sememangnya kerajaan sabah perlu berusaha untuk membangunkan negeri...pembangunan yang sama rata dilihat sebagi sukar disebabkan beberapa faktor namun ianya tidak mustahil...kini kerajaan sabah melipat gandakan usaha untuk membangunkan negeri melalui beberapa usaha/projek...antaranya adalah dari sektor pertanian di mana kota belud akan menjadi jelapang padi yang baru di malaysia yang dijangka akan membawa perubahan dari segi sosioekonomi dan juga pembangunan fizikal...

mandara said...

memang betul sabah masih lagi memerlukan labih banyak usaha untuk membangun, sabah mempuyai banyak sumber yang boleh dibangunkan. kita haruslah menggunkan sumber sumber ini dengan sebaiknya untuk memastikan sabah berkembang maju.

man said...

pembangunan yang diperlukan bukan sahaja dari segi infrastruktur, tatapi juga dari segi pendidikan dan taraf hidup masyarakat. masih banyak lagi yang perlu dibangunkan di sabah ini. terutamanya di kawasan pedalaman.

mandara said...

kawasan luar bandar memang merupakan kawaan yang belum lagi mencapai pembangunan yang diharapkan, harap kawasan tersebut akan dibangunkan dengan segera. ini selaras dengan konsep 1Malaysia dimana segala pembangunan dikecapi oelh semua rakyat.

karaabau said...

pembangunan secara menyeluruh (tidak hanya kepada pembangunan fizikal) perlu di setiap daerah di sabah....contohnya seperti pembangunan keluarga, pembangunan kebudayaan, pembangunan ekonomi, pembangunan pendidikan, pembangunan telekomunikasi dan sebagainya...

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels