23 May 2010

Status Sabah Dan Sarawak Sama Dengan Malaya

Sabah dan Sarawak tidak boleh dilihat dalam konteks yang sama dengan negeri-negeri di Semenanjung kerana kedua-dua negeri itu bergabung dengan Malaya untuk membentuk Malaysia, kata Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok.

"Berasaskan tujuan tertentu, bapa-bapa pengasas pada ketika itu telah membayangkan satu situasi untuk Sabah dan Sarawak serta Persekutuan Tanah Melayu membentuk sebuah negara bernama Malaysia.

"Saya rasa semangat perjanjian itu dicerminkan hari ini menerusi pentadbiran kerajaan Sabah dan Sarawak yang mempunyai kabinet masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Kaamatan Kampung Madsiang, di Penampang semalam.

Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi diminta mengulas isu yang dibangkitkan pensyarah Universiti Utara Malaysia Prof Dr Ranjit Singh semasa seminar mengenai polisi awam di sini pada Khamis lalu.

Pensyarah di Kolej Perundangan, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa itu dalam kertas kerjanya bertajuk "Politik dan Polisi Sabah dan Hubungan Persekutuan-Negeri 1963-1995", berkata Sabah dan Sarawak tidak boleh mendakwa Malaysia adalah perkongsian sama rata di antara tiga anggota.

Dompok berkata apabila Sabah dan Sarawak menyertai pembentukan Malaysia, peruntukan tertentu telah dibuat bagi memastikan hak kedua-dua negeri Borneo itu terpelihara dan terjaga, termasuk sistem pentadbiran dan kuasa ke atas isu-isu berkaitan imigresen.

Sementara itu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata faktor sejarah telah memberi asas kepada Sabah untuk menikmati kuasa autonomi tertentu berbanding negeri-negeri di Semenanjung.

"Dr Ranjit mengeluarkan pandangan daripada segi akademik," katanya.

"Cabaran di sini bukan saja untuk memahami keunikan di Semenanjung Malaysia tetapi juga untuk masyarakat Semenanjung termasuk pembuat-pembuat keputusan memahami sistem kita (Sabah dan Sarawak)," katanya.

Dengan kata lain kata Masidi, tidak wujud satu polisi yang boleh digunapakai oleh semua.

"Polisi mesti dibuat mengikut keperluan di Sabah dan Sarawak," katanya.

7 comments:

hulubalang said...

cuma yang mengelirukan sabah dan sarawak memasuki Malaysia ialah perjanjian yang mengatakan kekayaan semua negeri-negeri dibahagi sama rata dengan malaya. itu yang membuat brunei dan singapore keluar dari malaysia dan juga, sultan brunei tidak mahu taraf sultan di rotate antara negeri. so kalau persetujuan sudah dibuat harta dibahagi sama rata antara semua negeri dalam malaysia, ia bermaksud status sabah dan sarawak dgn malaya adalah sama. so wajarlah dikaji samada perkara yang saya nyatakan disini pernah dicatatkan di mana2 perjanjian sabah dan sarawak memasuki malaysia.

pagardawai said...

wajarlah dikaji semula samada kenyataan yang dinyatakan dalam artikel ini benar atau tidak. pada masa yang sama suka saya cadangkan agar, perkara ini tidak dijadikan isu dan dipolitikkan, dan pada masa yang sama hubungan sesama negeri dalam malaysia tidak terjejas..

langsat said...

kalau status sabah dan sarawak sama dengan malaya bermakna negeri2 ini berkuasa penuh terhadap pentadbiran dan tidak boleh dicemari oleh mana2 pihak. wajarlah kuasa pentadbiran di sabah dan sarawak ini dikaji semula agar tidak berlaku ketidakadilan terhadap kedua-dua negeri ini. cuma perkara ini harus ditangani dengan baik dan jangan ada perselisihan

Nicole said...

Even bahasa pun different....so what do you expect to the other side or culture or many more things??

karaabau said...

jika status sabah dan sarawak adalah sama, ini bermakna polisi sabah dan sarawak adalah tidak sama dengan malaya...polisi untuk sabah dan sarawak harus dibuat mengikut keperluan dan kesesuaian...hal ini kerana sabah dan sarawak adalah berbeza dari segi kependudukan, latar belakang sejarah, kedudukan geografi dan sebagainya yang sama sekali berbeza daripada apa yang dialami oleh negeri2 di semenanjung...perkara ini harus dikaji semula oleh kerajaan demi kepentingan dan kesejahteraan semua...

Anonymous said...

sabah memang mempnyai beberapa kuasa autonomi berbanding negeri-negeri lain seperti yang termaktud dalam perjanjian 20 sabah semasa pembentukan negara malaysia. namun bagaimanapun pentadbiran negeri sabah dan sarawak masih lagi terikat dengan kerajaan persekutuan.. oleh itu timbul persolaan sejauhmana kebenaran pernyataan bahawa status sabah dan sarawak sama dengan malaya seperti dalam artikel ini..? perkara ini perlu dikaji terlebih dahulu..

2718 said...

semasa pembentukan malaysia, telah ada peruntukan yang telah dipersetujui semua pihak bagi memastikan hak2 sabah dan sarawak kekal terpelihara. inilah yang membezakan borneo dengan SM. setiap polisi yang dibuat perlu dikaji terlebih dahulu mengikut kesesuaian dan keperluan sabah dan sarawak. kerajaan perlu melihat semula sejarah pembentukan malaysia agar setiap tindakan tidak bercanggah dengan perjanjian dan yang paling penting mengelakkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat dikedua2 negeri ini.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels