21 May 2010

Tanah Rakyat Kampung Rampayan Ulu Kota Belud Habis: Diluluskan Kepada Syarikat KINSAMEWA SDN BHD

SATU kejutan besar, rupanya permohonan penduduk biasa tidak diluluskan rupanya ada naga menunggu di belakang.

Ini lah kejadian permohonan tanah bagi kampung Rampayan Kota Belud, rakyat tidak didahulukan rupanya syarikat besar diutamakan.

Satu surat yang diberikan oleh Ketua perhubungan RELA mukim kampung Rampayan sdr Akim Haji Salleh yang bertarikh 26 April 2010 dan ditandatangi oleh Penolong Pemungut Hasil Tanah Kota Belud yang bernama Mohd Najib Muntok menyatakan bahawa satu keputusan LUC daerah Kota Belud bertarikh 8 April 2010 telah meluluskan satu kawasan seluas 1200 ekar yang terletak di Kampung Rampayan Ulu Kota Belud. Rujukan permohonan tanah tersebut adalah PT20-09031305 dengan rujukan gred 77-D1, 77-DJ,77-EJ dan 77-EI yang dibuat pada 21 Oktober 2009.

Yang menjadi persoalan sekarang, kenapa kah perkara ini boleh berlaku? Penduduk kampung Rampayan telah mendiami kawasan ini sejak sebelum merdeka, namun permohonan tanah mereka tidak pernah diambil kira. Sebaliknya permohonan syarikat yang hanya membuat permohonan pada tahun lepas yakni tepatnya 21 Oktober 2009, telah pun diluluskan oleh LUC Kota Belud.

OKB merasakan ada sesuatu yang tidak telus mengenai permohonan ini? pihak yang berwajib perlu turun tangan memberi penjelasan, kenapa kah permohonan seumpama ini begitu cepat diproses dan diluluskan. Siapa kah di belakang syarikat KINSAMEWA SDN BHD INI.

OKB difahamkan, bahawa penduduk kampung Rampayan Ulu yang diketuai oleh Sdr Akim Haji Salleh akan berjumpa SUHAKAM dan temujanji telahpun dibuat.

20 comments:

musli oli said...

lapor pada BPR siapa di belakang syarikat ini? minta kerajaan batal kelulusan di bawah ordinan tanah negeri Sabah kerana tanah itu adalah untuk kegunaan awam iaitu perkampungan rakyat Rampayan yg lebih berhak! SIASAT SIASAT!

musli oli said...

Jika benar sebuah syarikat mendapat kelulusan berbanding dengan rakyat pribumi, PERKASA SABAH akan lapor kepada SPRM dan minta dibuat siasatan terhadap pemilik syarikat dan kenapa dengan mudah tanah seluas itu diluluskan!

drupadia said...

Perkara ini berlaku bukan sahaja di daerah Kota Belud, malah di daerah-daerah lain juga telah berlaku seperti di sebahagian daerah Kinabatangan. Permohonan penduduk kampung yang sekian lamanya tidak mendapat sebarang jawapan, namun apabila ada syarikat-syarikat besar dari luar seolah-olah jawapan yang di keluarkan hanya sekelip mata. Saya berharap perkara ini harus diberi penjelasan daripada pihak-phak terlibat.

drupadia said...

Jabatan Tanah dan Ukur atau pihak-pihak yang terlibat perlu menjelaskan perkara ini. Kawasan tanah yang melebihi 1000 ekar dan keatas kebanyakanya dimiliki oleh syarikat-syarikat besar dari luar. Siapa yang bertanggung jawap tentang perkara ini. Dimana keadilan dan hak bagi rakyat Sabah...tambah teruk lagi warga asing juga turut memiliki tanah di negeri ini....apa ini....masalah pertindihan permohonan tanah juga turut kerap berlaku oleh Jabatan Tanah dan Ukur seperti yang telah berlaku di Silam Lahad Datu.

drupadia said...

Pihak berkuasa harus menyasat perkara ini dengan segera dan mengenakan tindakan kepada individu yang didapati bersalah. Permohonan tanah oleh syarikat besar dari luar harus dibatalkan. Bagaimana kerajaan membasmi kemiskinan di negeri ini kerana kebanyakan tanah di Sabah dimiliki oleh syarikat luar. Sedangkan rakyat Sabah membuat permohonan tanah yang secara individu / berkumpulan dengan keluasan 5-10 ekar mengambil masa terlalu lama sehingga bertahun-tahun lamanya. setelah menunggu terlalu lama penduduk kampung mula membuka kawasan tanah untuk diusahakan bagaimanapun penduduk kampung tersebut dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa jabatan perhutanan dan sebagainya dan dimasukkan ke lokap kerana mencoroboh kawasan hutan seperti yang telah berlaku di Tenom baru-baru ini. Tolong fikir2kan lah nasib rakyat di negeri ini.

uranglama said...

siasatan perlu dilakukan terhadap dakwaan ini. talah lama penduduk kampung Rampaian membuat permohonan terhadap tanah tersebut namun tidak diluluskan, mengapa permohonan syarikat tersebut begitu diluluskan. ini merupaka satu tindakan yang tidak adil.

karaabau said...

rasuah...itu lah yang berlaku...rakyat dibuang di tanah sendiri...yang penting duit masuk dalam poket untuk perut...perkara ini sangat serius...bagaimana dengan nasib penduduk kampung? sepa kah yang bertanggungjawab dalam hal ini? harap tindakan segera akan dilakukan oleh pehaki berwajib...SPRM diminta untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini...

samanda said...

ada agenda tersembuyi sehingga permohonan syarikat tersebut begitu mudah diluluskan, penduduk harus melaporkan perkara ini kepada SPRM bagi menyiasat samada wujud unsur-unsur rasuah dalam perkara ini. diharap dengna ini hak-hak penduduk kampung Ulu Rampayan dpt ditegakkan.

somboi said...

penduduk Ulu Rampayan telah lama menduduki membuat permohonan terhadap tanah tersebut namun tida diluluskan tetapi begitu mudah sahaja Syarikat tersebut diberi kelulusan menduduki tanah tersebut.. apakah agenda perkara ini? dimanakah hak-hak penduduk yang telah lama menduduki tanah itu? penjelasan perlu diberikan.

POP said...

How about Najib's People first, performance now??

2718 said...

rakyat perlu berani bersuara dan mendesak pihak2 yang berkenaan agar menjalankan siasatan segera.. kita tidak boleh biarkan rasuah ini terus membelakangkan hak2 rakyat pribumi.. rakyat di daerah2 lain juga perlu bangun dan bersuara jika berlaku kes2 sedemikian.. SPRM perlu aktif memantau setiap jabatan yang disifatkan berpotensi sebagai lubuk rasuah.

2718 said...

We hope the land will be returned to the Bumiputera..

Paquin said...

Isu tanah lagi??? hmm benci betul dengan isu tanah ni oo...

Paquin said...

Saya harap hal ni dapat dilaporkan pada SPRM.. saya tak sabar mo tahu kesudahan isu tanah ni..

Paquin said...

Betul drupadia. Banyak tempat alami masalah tanah ni juga. kalau lah boleh tanya direct dgn pengarah tanah, dari dulu lagi saya da tanya napa penduduk kampung kami tak dapat2 perakuan utk proses dapatkan geran tanah. LUC da lulus so napa perakuan tak dapat2...cis...

Paquin said...

Yang bikin panas tu kan drupia, bukannya pohon 1juta ekar pun.. Kg kami just minta untuk tapak rumah saja.. pun tyak dapat2.. Pohon dari tahun 96... LUC lulus 2009 (kalau tak silaplah)... pas tu sampai hari ni, saat ni, time ku menaip ni... belum dapat perakuan oo.. hairan..
Saya harap jabatan tanah buatlah kerja dengan cepat sesuai dgn slogan 1Malaysia. Jgn sampai hal ni menyebabkan rakyat jauh hati dgn kerajaan k.

Paquin said...

Betul uranglama. memang tak adil. Jadi siasatlah ya. hehe

Paquin said...

Mungkin juga lah karaabau. Tapi biarlah hal ni disiasat dulu. Sebab kita hanya dapat buat andaian tanpa bukti.. so tak best juga la kan, kalau takda bukti. hehhee

Paquin said...

Ya, hal ni memang akag mencurigakan. appaun jgn putus asa, berusahalah pertahankan hak kita k :)

Paquin said...

Entah pa cerita da tu slogan POP. Tapi saya harap jadi jugalah kenyataan konsep rakyat didahulukan tu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels