9 June 2010

Air Bersih Untuk Kawasan KOTA BELUD: Mana Sudah Janji MP Itu?

PRU-13 hanya 18 bulan lagi. Janji calon BN dan kini telahpun jadi MP tidak kunjung datang. Semua janji itu OMONG kosong. Rakyat dibohongi. Sampai kapan pembohongan ini akan terus berlaku.

Pasti pada PRU-13 akan datang mesti ada janji baru, mesti ada sebab musabab akan diberikan, kenapa janji itu hanya tinggal janji.

Kami perlu infra asas, bukan hujah muluk-muluk yang ada kaitan dengan globalisasi. Bukan hujah sokong lesen judi. Kami hanya mahu infra asas sebagai rakyat yang menghuni negara merdeka.

Tidak guna mempunyai MP yang hanya petah bercakap, dengan gaya bercakap yang berbelit-belit, kami mahu wakil rakyat yang mempu menunaikan janji.

Apabila Najib mahukan agar wakil rakyat turun padang, pada mulanya wakil-wakil rakyat ini sibuk turun padang, tujuannya agar mudah ternampak oleh rakyat. Namun kali ini, acara turun padang mula mengendur, mungkin kerana bosan, atau turun padangpun tidak membawa apa-apa untuk rakyat.

Rakyat Kota Belud tidak minta macam-macam. Mereka hanya minta keperluan asas. Mereka minta asas untuk cari makan.

Alangka elok kalau keperluan asas yang diperlukan ini diulang-ulang di parlimen. Jangan hanya berhujah sokong lesen judi yang diberikan pada Berjaya untuk tujuan judi.

18 comments:

somboi said...

MP harus menunaikan janji2 mereka terhadap rakyat, jika janji2 tak ditunaikan sokongan rakyat akan berbelah bagi.

Ted Medresher said...

jangan biarkan tanggapan dan hasrat negatif rakyat menjadi kenyataan. mana2 MP yang tidak produktif dan lemah perlu sedar bahawa rakyat mampu mengubah nasib mereka. oleh itu gunalah masa yang ada ini untuk membawa pembaharuan sebelum rakyat bertindak melakukan pembaharuan kerajaan.

jack said...

apa suda jadi dengan janji2 yg lebih manis dari gula oleh MP kota belud?
apakah telah dihubungi MP tersebut berhubung dengan masalah seperti ini atau MP tersebut sibuk dengan judinya?
sebagai wakil rakyat, yang telah dipilih oleh rakyat, atas harapan segala permasalahan mereka akan diselesaikan, MP tersebut haruslah peka dengan isu tempatan yakni kawasan yang mereka wakili..tidak perlu sibuk2 dengan isu nasional yang tidak membawa kebaikan kepada rakyat..rakyat harus didahulukan..setakat berkata2, tanpa tindakan, umpama mengetuk tin kosong...diharap MP tersebut sedar akan kelemahannya sebagai wakil rakyat...

jack said...

ada ckit kurang dlm artikel ini iaitu nama MP berkenaan harus disebut..untuk mengelak salah faham yg MP-MP lain juga bersikap demikian...

Ted Medresher said...

sebagai MP, beliau sepatutnya menjadi penggerak kepada usaha2 dan dasar kerajaan disamping memastikan rakyat terus meletakkan kepercayaan mereka terhadap kerajaan. diharapkan ada tindakan selepas ini sebelum lebih banyak keluhan dari rakyat daerah ini.

tombolo said...

MP harus menunaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat, janji2 mereka terhadap rakyat harus ditunaikan, rakyat di kawsan Kota Belud telah lama menantikan bekalan air bersih. jika kepentingan rakyat tidak diutamakan, bagaimana rakyat hendak memberi sokongan terhadap mereka.

tombolo said...

harap masalah ini akan dapat diselesaikan dengna segera. telah lama rakyat KB menantikan pembangunan.

Ted Medresher said...

kelalaian seorang MP boleh memburukkan imej keseluruhan parti pemerintah atau kerajaan. oleh itu, sebelum kerajaan menerima kesannya, baik ambil tindakan terhadap MP tersebut sekiranya beliau tetap dengan sikap lalai dan tidak ambil tahu keadaan sekelilingnya.

Anonymous said...

sikap MP yang tidak bertanggungjawab akan memburukkan nama kerajaan. ia tidak seharusnya berlaku, MP harus menunaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat. kepentingan rakyat harus diutamakan seperti prinsip 1Malaysia "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"

rojokobog said...

Salam One Kota Belud dan rakan2.

Sebelum kita bicara lanjut tentang Air bersih dan janji MP 169 kita, apa kata rakan-rakan imbas kembali penjelasan YB.MP 169kita bertarikh 28/02/2010 " KHABAR TERKINI AIR DI KB" atas label Air. Sila fahami maksud penjelasan coretan tersebut.. terima kasih

Hamdan Hadillah said...

jangan biarkan rakyat tetanya-tanya dgn janji2 MP...MP, rakyat yang membantu anda jadi mana janji2 kamu..Tolonglah rakyat2 kita ini..tunai kan lah janji yang telah di kata kan itu..saya setuju kata 2718, jangan sampai rakyat melakukan pembahuruan kerajaan..siapa rugi..MP juga nt kan..jd bertindaklah untuk rakyat yang di sayangi ini..

POP said...

Janji tidak ditunai, bagi rakyat ini imej buruk terhadap kerajaan. Macam mana boleh begitu?

Hamdan Hadillah said...

kenapa boleh jadi macam tu, janji2 kosong dan manis..tapi tidak ada di tunaikan..kepercayaan rakyat kurang jd ini akan membuat keburukan kepada kerajaan..tapi hak rakyat haruslah ditunaikan..

Paquin said...

Nice artikel.. Tapi boleh tanya ka napa ba bahasa yg digunakan dalam artikel ni mcm bahasa Indon. Siou tompinai kalau saya tersalah anggap. saja mahu tanya ba tu. hehhee

Paquin said...

Kalau betul dah dijanji bagus tunaikanlah. Tak baik, kalau tak tertunai... Kesian penduduk yg telah lama ternanti-nanti akan janji ni.

Paquin said...

Siapun yg dimaksudkan dalam oleh penulis ni, bah sedar-sedar lah ya. Ambil tindakan segera supaya kemarahan penduduk tak meletus. Kalaupun tidak dapat tunaikan, tampilah bg penjelasan supaya penduduk faham apa yg sedang berlaku.

Paquin said...

Betul samanda. MP ni patut ambil inisiati utk menunaikan janji yg telah ditabur kerana beliau sebanarnya memawikili gov utk membuktikan gagasan 1Malaysia. Kalau MP ni buat hal, konpom gov juga turut sama terpalit.

Paquin said...

Apapun saya harap hal ni dapat diselesaikan segera supaya tidak ada pihak yg guna isu ni utk kepentingan dorang sendiri.
Kepada penduduk yg berkaitan, laporkanlah hal ni kepada pihak yg berkaitan supaya hal ni mendapat perhatian sewajarnya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels