11 June 2010

Ali-Baba Tiada! Proksi Para YB Tetap ADA

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan hanya akan membantu usahawan bumiputera yang benar-benar menunjukkan keupayaan untuk bersaing sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu sejajar dengan keutamaan RMK-10 yang menjadikan prinsip meritokrasi sebagai syarat paling utama dalam menjayakan agenda pembangunan bumiputera.

Beliau berkata, berbanding sebelum ini usaha untuk memajukan agenda bumiputera tidak memberi penekanan terhadap langkah tersebut hingga menyebabkan berlaku ketirisan serta 'ali baba'.

"Kerajaan tidak mahu menggunakan cara lama seperti sebelum ini yang mana kita lihat ia tidak banyak memberi kesan. Akhirnya kita membuat keputusan untuk bersandarkan pada prinsip meritokrasi.

"Kerajaan mendapati di kalangan pengusaha bumiputera, ada antara mereka yang berkemampuan dan boleh menjadi usahawan yang berjaya.

"Dengan kata lain mereka mempunyai merit. Usahawan seperti ini akan kita dokong sehingga mereka menjadi pemain yang berjaya," katanya kepada pemberita selepas pembentangan RMK-10 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pengekalan sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti korporat bumiputera dan ekonomi di peringkat makro dalam RMK-10.

Menjawab satu soalan, Muhyiddin berkata, setiap usahawan bumiputera yang akan dibantu selepas ini tertakluk pada kriteria serta syarat ditetapkan.

"Ada kriteria tertentu tetapi yang penting mesti ada daya keusahawanan, kemahiran serta mempunyai rekod baik yang baik. Bukannya ali baba,'' tambahnya.

Mengenai majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan bumiputera yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, beliau berkata, ia bakal melancarkan lagi proses pembangunan tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, langkah kerajaan meneruskan perjuangan untuk meneruskan agenda tersebut merupakan bukti bahawa kerajaan prihatin dengan pencapaian golongan bumiputera khususnya dalam bidang ekonomi.

"Ini jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri peka dengan pandangan-pandangan daripada masyarakat bumiputera. Kita ambil kira keperluan ini dalam usaha mengurangkan jurang antara pembangunan masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera," tambahnya.

15 comments:

2718 said...

apa jua langkah kerajaan, diharapkan ia mampu membawa perubahan besar dalam negara. namun berkenaan dengan usahawan bumiputera yang tidak berdaya saing, sepatutnya meraka inilah yang patut mendapat perhatian dan bantuan dari kerajaan.

jack said...

usahawan bumiputera yang dianggap tidak berkeupayaan tidak harus disisihkan..mereka ini yang memerlukan bantuan dan sokongan dari kerajaan agar mampu menjadi usahawan yang berdaya saing...diharap kerajaan akan lebih sensitif berhubung dengan isu ini...

POP said...

Kerajaan patut menggunakan cara ini. Banyak orang yang berupaya boleh membantu memajukan negara. Tetapi janganlah hanya membantukan bumiputera, kaum lain pun perlukan bantuan...

2718 said...

diharapkan kerajaan tidak mengabaikan pengusaha bumiputera yang tidak berdaya saing. jika mereka diberi bantuan, galakan atau pendedahan, pasti mereka juga mampu menjadi penggerak kepada ekonomi negara. kerajaan perlu memandang impak yang kecil ini sebagai perangsang kepada impak yang lebih besar...

2718 said...
This comment has been removed by the author.
uranglama said...

pembanguunan usahawan memang perlu dilaksanakan bagi melahirkan usahawan yang berdaya saing. kemudahan bantuan yang diberikan haruslah digunakan oleh para usahawan dengan sebaiknya..

somboi said...

banyak sudah program yang dijalankan oleh kerajaan untuk membantu usahawan bumiputera seperti melalui MARA, PUNB daN TEKUN. namun tidak ramai bumiputera yang memanfaatkannya. bumiputera harus menggunakan sepenuhnya bantuan dan kemudahan yang diberikan ini untuk berjaya dalam perniagaan.

samanda said...

harap dengan ini lebih ramai bumiputera yang akan menceburi bidang keusahawanan. ia dpat meningkatkan daya saing negara dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan.

toM said...

usahawan di negara kita ini haruslah menigkatkan kebolehanan berdaya saing yang perlu di hadapi semua usahawan. oleh itu, harap usahawan bumiputera haruslah mencuba seboleh mana untuk menghadapi saingan dari usahawan buka bumiputera.

boY said...

kerajaan haruslah cuba untuk membantu usahawan bumiputera ini. bukan bermaksud untuk memanjakan mereka, tapi sebenarnya untuk mendidik dan memberi ilmu kepada mereka tentang usahawan ini. ini mungkin akan dapat membantu usahawan bumiputera nanti.

pacayang said...

usahawan haruslah berusaha lebih untuk membangun. kerajaan tidak dapat membantu 100% untuk mereka membangun, tetapi kerajaan hanya mampu untuk memberi sedikit pertolongan kepada usahawan2. oleh itu, usahawan haruslah bertindak cepat dan membuat sesuatu yang boleh menangani persaingan dalam usahawan.

Paquin said...

Baguslah kalau mcm ni. Usaha seperti ni patut diterima baik :)
saya harap ramai usahawan berjaya dapat dilahirkan.

Paquin said...

Apapn semoga usaha kerajaan ini membuahkan hasil yg baik. sama2 lah kita sokong usaha mereka dan tak perlu dengar mulut org yang mahu putar belitkan hal ni.

pagardawai said...

rakyat bumiputera sepatutnya mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan kepada mereka ini.

pagardawai said...

sebenarnya kerajaan sudah begitu banyak bantu rakyat bumiputera cuma mereka kurang membuka mata akan setiap peluang yang ada..maka sikap kurang berdaya saing orang bumiputera selalunya memberi peluang kepada nonbumi. salah siapa?

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels