16 July 2010

Kenapa Ramai Sangat Mahukan Musa Aman Letak Jawatan??

Pagi tadi OKB menerima panggilan telepon daripada seorang pegawai kerajaan yang agak tinggi juga skelnya. OKB agak pelik atas panggilan tersebut,kerana individu tersebut bukan lah seorang ahli politik.

Rakan OKB ini kini bertugas di Sandakan pada sebuah agensi kerajaan yang sangat berpengaruh dalam perekonomian negeri mahupun negara.

Menurut rakan tersebut, terlalu kencang bertiup kini, malah telah menjadi topik dan buah mulut di kalangan pegawai-pegawai kerajaan baik negeri mahupun persekutuan bahawa Musa Aman mahu tidak mahu terpaksa melepaskan jawatan ketua menteri yang disandangnya pada April Pool tahun 2003.

Musa terpaksa meletakan jawatan kononnya kerana isu-isu pribadi terutama yang ada kaitan dengan masalah-masalah individu-individu yang kononnya mereka itu adalah kroni-kroni ketua menteri Sabah itu.

Isu utama kononya adalah jika Musa tetap memegang jawatan Ketua Menteri, maka impaknya adalah kepada Najib, di mata negara-negara luar.

Penyebab utama keadaan ini berlaku, apabila tertangkapnya agen yang membawa wang daripada Hong Kong dan yang celakanya agen itu mendakwa bahawa wang tersebut adalah untuk tujuan PRK Pematang Pauh, Pulau Pinang dan wang itu kononnya ada kaitan dengan Musa.

Penyebab kedua adalah "percakaran senyap" antara Musa dan Safie Apdal. Musa dikatakan "mengamalkan" kaedah "divide and Rule" apabila berjaya menyusup masuk ke dalam rangkaian USBO, di mana Presiden USBO Datuk Salleh Said yang sebelumnya begitu lantang terhadap kepimpinan Musa, kini kononya hubungan antara Salleh dan Musa ibrat "aur dengan tebing" dan "seperti kuku dn Isi".

Hubungan yang "rapat" antara Salleh dan Musa, bukan di dalaman sahaja malah secara terang-terangan. Buktinya adalah pada ucapan Salleh semasa merasmikan persidangan Umno kota Belud pada 11 julai lalu, Salleh mengulangi sokongan padunya terhadap kepimpinan Musa baik sebagai Ketua menteri mahupun sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri.

Sokongan Salleh kepada Musa yang tidak berbelah bagi, menyebabkan golongan-golongan tertentu dalam USBO tidak berpuas hati dan seterusnya mereka menjalankan gerak saraf, baik secara lisan mahu secara fizikal melalui pemberian-pemberian projek.

Keenggan Kerajaan Negeri berkerjasama dengan Kementrian Pembangunan Luarbandar dan Wilayah dalam melaksanakan projek-projek luarbandar adalah bukti kukuh menguatkan pergeseran antara Musa-Salleh dan Safie-Pandikar. Akibat keengganan kerjasama Kerjaan Negeri dengan KPLBW, maka akan mempengaruhi KPI kementerian tersebut. Bagi kumpulan Safie, tindakan tersebut merupakan sabotaj kepada pencapaian Safie sebagai menteri.

Bagi OKB petelingkahan antara pemimpin Sabah ini kemungkinan ada "unsur" peninggalan barat yang mempengaruhinya yakni "divide and rule" agar supaya kekuatan para pemimpin Sabah menjadi lemah. Apabila lemah, maka mudah lah mereka diperkotak-katik.

Berbalik kepada isu utama tulisan ini, kenapa ramai yang mahukan Musa Aman letak jawatan dengan secepatnya, jawapannya adalah pada diri Ketua Menteri itu.

Sejak mengambil alih jawatan ketua menteri, KPInya hanya berkiblat kepada kawasan-kawasan tertentu dan puak-puak terpilih. Akibat kepada tindakan Musa tersebut, maka hari demi hari makin ramai terutama pimpinan akar umbi terpaksa membuat kelohan dan disampaikan kepada para pemimpin mahu pemimpin tertinggi. Juga tidak ketinggalan mereka-mereka yang ditugaskan mencari kelemahan-kelemahan kepimpinan Musa. Pada akhirnya, isu pengubahan suaian wang menjadi faktor utama menjatuhkan Musa.

Di desas desuskan bahawa Musa dalam masa terdekat terpaksa melepaskan jawatan Ketua Menteri. Mereka yang sebelumnya menjadi pilihan menggantikan Musa, umpamanya Safie Apdal sendiri, pada masa ini tidak boleh dilantik ke jawatan Ketua Menteri kerana bukan ahli dewan undangan negeri (ADUN), demikian juga Salleh Said. Pilihan yang boleh menggantikan Musa terletak kepada 3 individu, yakni Datuk Rahim Ismail, yang awal-awal lagi sebelum PRU-12 bercita-cita untuk menggantikan Musa. Datuk Masidi Manjun, walaupun peluangnya agar besar, namun hubungan dengan Musa sejak sekian lama (mereka sama-sama menerajui dewan perniagaan Sabah, maka peluang Masidi semakin tipis; dan yang ketiga adalah pada anak Tun Sakaran Dandai, Datuk Nasir Sakaran. Datuk Nasir adalah yang berhormat yang bersifat low profile, sama dengan sifat Musa Aman sebelum dilantik sebagai Ketua menteri Sabah pada 1 April 2003.

Namun, daripada 3 ADUN tersebut, kononnya kata pegawai kerajaan yang menelepon OKB pagi tadi, YB Datuk Rahim Ismail akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada bila-bila masa, sehinggalah DUN dibubarkan. Sabah akan diambil alih oleh "pemimpin" tertentu samada Salleh Said Keruak atau Safie Apdal diambang PRU-13. Percaturan ini lah kononnya akan menjadikan bahawa Sabah terus menjadi Simpanan tetap Barisan Nasional.

Dalam kaninet Rahim Ismail nanti, kementerian kewangan Sabah akan diambil alih oleh Salleh Said Keruak, kerana perlantikan tersebut bukan lah baru di negeri Sabah, kerana semasa Pemerintahan PBS, Welfred Bumburing yang bukan ADUN masa itu, pernah dilantik sebagai menteri infrastruktur negeri. Sama-sama kita tunggu kesahihannya

52 comments:

2718 said...

pelbagai andaian dan pelbagai jangkaan.. namun persoalan yang paling hangat ialah siapa yang bakal menggantikan Musa Aman? apa2pun diharapkan Musa Aman akan terus memberikan yang terbaik untuk Sabah tanpa dibayangi dengan isu2 yang menekan beliau.

supra said...
This comment has been removed by the author.
supra said...

semua ini hanyalah andaian sahaja, kita belum tahu lagi kebenarannya. bagaimanapun, saya yakin bahawa sokongan rakyat terhadap Musa Aman masih lagi kukuh.

pacayang said...

ini cuma khabar angin saja yang didengar oleh orang lain. jadi, bila sudah tersebar itu yang menjadi isu sekarang. memang ceat angin sampaikan berita begini. Musa Aman masih lagi meneruskan kerjayanya sebagai Ketua Menteri. biar Musa Aman memberi keyakinan yang beliau tidak pernah terlibat dengan semua tuduhan tersebut.

adam said...

pelbagai andaian yang dibuat. bagi saya Musa masih lagi diperlukan oleh rakyat Sabah. diharap beliau terus berkhidmat dengan cemerlang.

linda said...

mungkin ada yang cemburu dengan kejayaan Musa. tapi yang penting rakyat Sabah masih memerlukan khidmat Musa.

mantra said...

siapa kata ramai nak Musa letak jawatan, kmi lebih suka jika Musa terus menjadi Ketua Menteri Sabah.

Kamal said...

Artikel ini penuh dengan perkataan "kononnya".Jadi, janganlah kita senang terpedaya. Pembaca harus pandai menilai mana yang betul dan mana yang tidak.

rojokobog said...

Salam OKB,
Agaknya ketagih tuan hamba ini menggunakan perkataan KONON NYA dalam penulisan, harus diingat penulisan OKB dapat dibaca di seluruh dunia, gunakan lah tatabahasa yang menunjukkan kita matang dalam penulisan...mohon maaf kerana membuat teguran untuk kali kedua...tq

Richard said...

Macam-macam saja cerita sekarang. terlalu banyak spekulasi tapi kenapa ramai mahu Musa Aman letak jawatan? Senang saja, sebab mereka pun mahu merasa kerusi Ketua Menteri atau rasa tidak puas hati.

Very obvious don't think? ;)

kumiya said...

Menurut rakan tersebut, terlalu kencang bertiup kini, malah telah menjadi topik dan buah mulut di kalangan pegawai-pegawai kerajaan baik negeri mahupun persekutuan bahawa Musa Aman mahu tidak mahu terpaksa melepaskan jawatan ketua menteri yang disandangnya pada April Pool tahun 2003.
Apa maksud ini??? tahun 2003?
Masih dalam mimpi?

mandau said...

orang yang nak Musa Aman letak jawatan ni adalah golongan yang dengki dgn kejayaannya. tp saya yakin bahwa rakyat Sabah masih lagi menyokong Musa Aman. lagipun cerita ni cuma khabar angin.

toM said...

Tidak ramai sebenarnya yang mahu musa aman letak jawatan. itu cuma orang tertanya-tanya kenapa musa aman mahu letak jawatan. Musa Aman masih lagi KM untuk sabah.

Jonny said...

Ya, sememangnya ada banyak pihak yang inginkan Musa Aman meletak jawatan, tapi masalahnya, lepas dia meletak jawatan, siapa yang akan menjadi KM kita?

mandau said...

susah nak agak siapa nak jd CM lepas ni. kita tunggu ja lah.

tombolo said...

ya.. tak tau sapa yang layak nak jadi CM lepas ni. apapun harap biarlah next CM seorang yang berkebolehan seperti Musa Aman.

Bi said...

Kenapa banyak? emm bagi sy xcukup banyak dan yang mahu perkara itu terjadi hanya dari beberapa pihak sahaja. Jika kita bertanya dengan rakyat pun bekum pasti kita akan mendapat

Bi said...

jawapannya. Jadi apapun kita kena tunggu pilihanraya yang akan datang dan ini akan menjawab persoalan yang ditimbulkan.

pacayang said...

ramai mahukah Musa Aman letak jawatan??tidaklah saya rasa. lebih ramai yang tidak mahu Musa Aman letak jawatan. beliau bnyak berjasa kepada sabah jadi rakyata sayang dengan Musa Aman.

Paquin said...

Rasanya hal ni makin diperbesarkan utk menekan Musa Aman. Tapi jangan risau datuk rakyat pasti akan bagi sokongan kuat pada Datuk, so teruskan perjuangan ya :)

Paquin said...

Setuju 2718... Moga2 hal ni berlalu cepat supaya takda lagi khabar angin yang mahu menekan Musa utk letak jawatan.

Paquin said...

Ya supra. Semua ni hanya andaian dan tak perlu kita risau kerana rakyat pasti akan terus menyokong Musa Aman.

Paquin said...

Betul pacayang. Saya harap Musa Aman akn terus kukuh berdiri dalam menjalankan t/jawabnya terhadap rakyat dan dalam masa yg sama buktikan pada rakyat bahawa beliau tidak ada kaitan langsung dengan andaian2 -ve tersebut.

Paquin said...

Memang bah adam. Telampau banyak andai ba orang zaman sekarang... hehehe
Harap Musa Aman mantain cool dalam jalankan t/jawabnya kan :)

Paquin said...

Bukan setakat cemburu tu linda, ada juga tu yang mimpi mahu ganti tempat Musa.. duii na kesian, mcm saja layak.. alalalaa...

Paquin said...

hahahha, Betul mantra :)
Patut tajuknya tu ditukar kepada "Ramai yang mahukan Musa kekal sebagai CM"... hehehe

Paquin said...

Maksudnya tu kamal dia pun nda konfiden ba tu.. hehehe
Nda pa lah yang penting kita konfiden sama Musa :)

Paquin said...

Betul mandau. Jadi teruskan sokongan terhadap CM kita ni. Hidup Musa Aman.

Paquin said...

Bah janganlah risau ya, Musa Aman masih lagi CM sabah. Kita sokong dia ja, dan tak perlu pening kepala dengan gosip yang tiada2.. hehhee

POP said...

Tetapi memang terdapat sebahagian orang yang hendak Musa berterus.

tombolo said...

nampaknya ramai yang tidak setuju jika Musa Aman letak jawatan.

tombolo said...

pemimpin yang baik akan disukai ramai. Khidmat Musa Aman masih lagi diperlukan.

tombolo said...

pemimpin yang baik akan disukai ramai. Khidmat Musa Aman masih lagi diperlukan.

mantra said...

Musa Akan terus menjadi KM sabah.

boY said...

itu memang sudah pasti mantra. Musa aman akan tetap menjadi KM untuk sabah dan tidak aka nletak jewatan sebagai KM sabah. belum masa lagi beliau untuk meletakkan jawatan tersebut.

boY said...

paquin begitu semangatlah..hehee

Sokong Datuk Musa Aman..pertahankan jawatan KM, kami semua akan menyokong beliau. Datuk Musa Aman yang terbaik untuk sabah.

boY said...

kesimpulannya, semua orang tidak mahu Datuk Musa Aman meletakkan jawatan, dan masih memerlukan Datuk Musa Aman untuk membangunkan sabah dan juga membantu rakyat sabah.

langsat said...

Susahlah kalau Musa Aman letak jawatan kerana sumbangan beliau terhadap negeri ini sangat baik, cuma mungkin ada pihak yang ingin menjadi KM.

langsat said...

Khidmat Datuk Musa Aman sangat diperlukan dalam membangunkan negeri ini daripada negeri termiskin di Malaysia.

langsat said...

Dengan adanya sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Musa Aman pasti beliau mampu bertahan sebagai Ketua Menteri Sabah.

2718 said...

mungkin ramai yang mahu, dan mungkin juga ramai yang tidak mahu.. seperti kata Masidi, beliau merupakan KM yang terbaik berbanding dengan KM sebelumnya. ini jelas membuktikan kepimpinan beliau amat disenangi oleh pemimpin2 sabah dan rakyat keseluruhannya.

2718 said...

setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi berkenaan dengan peletakan jawatan beliau. samada ia benar atau tidak, kita tunggu kebenarannya sehingga bulan okt ini.

toM said...

janganlah begitu yakin untuk mengantikan Datuk Musa Aman. kerana itu tidak pasti aka nberlaku buat masa sekarang. Datuk Musa tidak akan mengalah begitu saja hanya kerana khabar-khabar angin itu. Rakyat masih memerlukan beliau.

Bi said...

Datuk Musa kena bertindak cepat, hal ini kerana ada banyak lain benda yang belum selesai...Sokongan padu akan diberikan oleh rakyat jika kita betul2 berada di landasan..

toM said...

kenapa harus kita mahu Datuk Musa Aman meletakkan jawatan. Tolong kenang jasa yang telah dia lakukan untuk sabah dan rakyat sabah.

Dayang said...

Why? Itu kerana mereka merasakan beliau terlalu lama memegang jawatan tersebut dan juga, ramai yang mahu melihat beliau jatuh secepat mungkin.

pacayang said...

bukan lama sangat pun datuk Musa Aman memegang jawatan itu, baru 7tahun. kalau pemerintahan Datuk Musa Aman membawa kepada kebaikkan, salahkah beliau meneruskan perjuangannya untuk membangunkan sabah.

gunner said...

musa Aman byk memberi sumbangan terhadap negeri sabah. kita perlu hargai sumbangan beliau.

matt17 said...

saya yakin sokongan rakyat tidak lg begitu kukuh terhadap musa aman. 7 tahun cukup untuk rakyat merasai kehebatannya..dalam ketenangan ini.... baik musa aman letak jawata sebelum pru13 datang menghukum!!!

tombolo said...

sebenarnya ramai yang tak nak Musa Aman letak jawatan. rakyat sabah masih memerlukannya.

mantra said...

begitulah dalam politik, akan ada usaha untuk menjatuhkan orang lain.

Ted Medresher said...

setakat ini, semuanya masih diperingkat teka teki dan andaian. tidak semestinya jika benar beliau ingin letak jawatan adalah disebabkan isu2 peribadi beliau. kita tidak boleh membuat sebarang tanggapan yang disifatkan mendahului undang2..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels