25 July 2010

Pembangunan Sabah Siapa Yang Kuasai?

Pembangunan Sabah Siapa yang kuasai? Pertanyaan ini bukan sahaja menjadi isu kepada rakyat akan tetapi juga YB-YB.

Bajet pembangunan Sabah 70% bersumber daripada kerajaan persekutuan,manakala 30% digenerate oleh kerajaan negeri.

Memang benar berbilion ringgit disalurkan kepada pembangunan negeri daripada persekutuan, namun wang yang disalur itu tidak dikuasai oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri hanya dilantik sebagai pemantau dan mengenal pasti bentuk pembangunan yang diperlukan. Namun apabila tiba kepada pelaksanaan dan pelaksana Sabah tidak mempunyai peranaan langsung.

Projek-projek pembangunan yang dibiayai oleh persekutuan diatur sendiri oleh persekutuan. Bermula daripada pemberian kontrak dan kontraktor pelaksana seluruhnya dipilih oleh persekutuan.

Pelaksanaan dan pemberian kontrak pembangunan yang dikuasai oleh persekutuan tersebutlah yang menjadi isu di kalangan rakyat Sabah pada masa ini.

Ketua menteri dan jemaah menteri Sabah diasak dari berbagi sudut mengenai projek-projek pembangunan yang diperlukan oleh rakyat di kawasan-kawasan tertentu, namun baik ketua menteri apa tak lagi jemaah menteri, tidak mampu memberikan atau meluluskan projek-projek yang diperlukan. Para YB ini hanya mampu meluluskan peruntukan-peruntukan ADUN dan Parlimen, di mana jumlahnya sangat terhad.

Sebagai contoh, kawasan parlimen Kota Belud, wakil rakyatnya hanya mampu meluluskan pembinaan-pembinaan bastop dan pembaikan-pembaikan lorong kaki, kerana itu sahaja yang termampu diberikan melalui peruntukan 1.5 juta setiap kawasan parlimen setahun.

Sementara ADUN pula, dana bagi ADUn pula hanya 750 ribu setahun. Apa yang boleh dilakukan dengan dana sekecil itu?

Kawasan Kota Belud sama luasnya dengan Negeri Perlis, pun demikian hanya menerima tempias pembangunan sebanyak RM 3.75 juta setahun.

Namun apabila diambilkira projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan yang umumnya bersangkut paut dengan dunia pendidikan, jalan-jalan luar bandar, maka jumlahnya beratus juta. Untuk kawasan Tempasuk sahaja pada tahun 2009, jumlah projek di kawasan Datuk Musbah tersebut telah menjangkau 500 juta ringgit.

Malangnya seluruh pelaksana projek-projek yang bernilai ratusan juta tersebut,kurang daripada 5% dilaksanakan oleh kontraktor tempatan.

Disebabkan pelaksana adalah bukan orang tempatan, maka projek pembangunan tersebut terbengkalai. Sebagai contoh pembangunan sekolah SK Tamau, Labuan, Timbang Dayang dan banyak lagi.

SK Sembirai kebetulan dilaksanakan oleh kontraktor tempatan, kita menyaksikan sendiri bagaimana cepatnya penyiapan sekolah tersebut. Kata orang penyiapan SK Sembirai terlalu kedepan,kenapa? kerana orang tempatan merasakan sense of belonging.

Jika keadaan penguasaan pengagihan projek-projek pembangunan persekutuan ini tidak diperturunkan kepada kerajaan negeri, OKB sangat khuatir ianya menjadi isu utama rakyat negeri ini menolak BN. Jika ini berlaku, bukan sahaja Sabah sirna sebagai Fixed Deposit, malah kemungkinan menjadi pembangkang.

19 comments:

Milus bin Hj. Abd. Wahad said...

OKB memang betul, apakah pemimpin kita langsung tiada kredibiliti, tiada teras upaya, atau tidak lagi mampu menyatakan hak-hak rakyat Sabah atau mereka pun bersekongkol untuk memperbodohkan rakyatnya sendiri? di mana suara mereka yang telah diamanahkan sebagai wakil rakyat? apakah mereka bukan lagi wakil rakyat? atau mereka wakil kepada pihak2 tertentu? di sinilah kita lihat bagaimana para kontraktor kita dibagi projek bernilai 1 sen yang lain dapat RM1000. orang lain jadi jutawan, orang Sabah jadi ringgitan.

mantra said...

Sabah masih lagi perlukan byk pembangunan, kerajaan persekutuan harus mmberikan peruntukan yang lebih byk kepada Sabah.

madd said...

pada pendapat saya semua pihak perlu mempunyai kerjasama yang erat jika mahu melakukan pembangunan di Sabah. Kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan perlu berkerjasama bagi membangunkan negeri sabah.

Lucas said...

OKB,

jika sy tidak silap, adun boleh memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan negeri & MP pula memanjangkan permohonan tersebut ke kerajaan pusat...sy rasa justifikasi peruntukan kepada adun yg kecil itu untuk meminimakan berlakunya penyalah-gunaan dana...

Mahsiran said...

ini memang tidak patut, seharusnya peruntukkan yang diberikan untuk pembangunan sabah di berikan terus. bukan kerajaan persekutuan yang menguruskannya. apa guna kerajaan negeri kalau hanya untuk megenal pasti kekurangan dan tidak bertindak langsung. ini akan menyusahkan pembangunan dilakukan.

Mahsiran said...

Adun hanya di peruntukkan 750 ribu setahun. Apa yang boleh dilakukan dengan dana sekecil itu? keluasan kawasan Kota Belud sama luasnya dengan Negeri Perlis?

jadi peruntukkan yang diberikan memang tidak cukup untuk pembangunan lain.

Mahsiran said...

Disebabkan pelaksana adalah bukan orang tempatan, maka projek pembangunan tersebut banyak yang terbengkalai dan tidak siap sepenuhnya. sekiranya kontraktor tempatan, cepatnya penyiapan projek yang diberikan.

Anonymous said...

peruntukan yang diberikan adalah terlalu sedikit. peruntukan perlu ditambah lagi. selain tu, biarlah peruntukan itu diberi terus kepada kerajaan negeri bagi memudahkan pelaksanaan projek pembangunan di sabah.

dave said...

Sudah banyak pihak merungut berkaitan dengan isu kontrak kerajaan persekutuan di Sabah diberikan kepada orang luar...bagi sya, lagi mudah jika kontrak itu diberikan saja kepada orang sabah, kerana sya rasa byk jg kontraktor2 yg berkebolehan dapat melaksanakan kontak yg diberikan 'within the time frame given'. selain itu, kontraktor tempatan lebih arif tentang tempatnya sendiri & memudahkannya untuk melaksanakan kerja yg diberikan kepadanya...

Ted Medresher said...

kerajaan persekutuan tidak patut melihat negeri sabah sama seperti negeri2 di SM. setiap daerah disini cukup untuk mewakili negeri2 yang terdapat di SM. oleh sebab itu, penetapan peruntukan juga perlu seimbang berdasarkan keluasan geografi bukan berdasarkan istilah negeri.

Ted Medresher said...

berkenaan dengan projek2 pembangunan di sabah, kerajaan perlu lakukan pembaharuan kerana apa yang tertulis dalam artikel ini membuktikan rakyat juga telah mengetahui kelemahan2 dan punca timbulnya beberapa masalah. kerajaan tidak boleh sekadar menutup mata sebaliknya mengambil langkah2 yang bersesuaian dengan tuntutan rakyat.

Paquin said...

Rasanya hal ni perlukan perhatian serius. Jangan dibiarkan saja nanti lain pula kejadiannya:P

Paquin said...

Betul Ted Medresher. Jika rakyat sendiri sudah menyedari wujudnya kelemahan, inikan lagi kerajaan yg sememangya bertanggungjawab memastikan setiap perancangan pembangunan berjalan lancar kan... hehe

Paquin said...

Apapun saya harap kelemahan ni boleh diperbaiki. Kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Jadi usahakanlah utk ke arah yang lebih baik.

mandau said...

masalah ini juga wjud disebabkan karenah birokrasi yang terlalu ketat.

kb girl said...

Cara pengagihan peruntukan dan pemantaun dari jab persekutuan adalah punca utama terjadinya projek terbengkalai di negeri ini.

Unknown said...

Pemimpin negeri disaran lebih berani berunding dengan kerajaan pusat mengambil alih kuasa yang lebih besar dalam soal pembangunan negeri.

Unknown said...

Pihak yang berkaitan harus faham bahawa segala pembangunan bertujuan untuk membawa kesenangan pada rakyat
tidak kira siapa yang berkuasa.

Unknown said...

Dana pembangunan disalur ke agensi kerajaan tempatan dikira lebih sesuai kerana mereka
lah yang lebih memahami kehendak dan keperluan tempatan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels