19 July 2010

Sabah: Siapa Pengerusi Umno negeri Beliaulah Mengisi Jawatan Ketua Menteri

Jangan berspekulasi mengenai jawatan Ketua Menteri. Untuk rekod siapapun dilantik sebagai Pengerusi Umno Negeri, beliau lah bakal ketua menteri, jika Umno atau BN menang pada pru-13 akan datang.

Para pemimpin Sabah yang mempunyai merit untuk jawatan Pengerusi Umno negeri selain Datuk Musa Aman, yang sekarang ini menjawat jawatan tersebut, adalah Datuk Salleh Tun Said dimana pada masa ini adalah timbalan pengerusi, Datuk Safie Apdal adalah pengerusi perhububungan Umno Kedah.

Dalam rekod, memang Datuk Salleh pernah menjawat sebagai pengerusi Umno negeri sewaktu sistem pengiliran Ketua Menteri tajaan Tun Mahathir mantan Perdana Menteri. Namun setelah sistem itu dihapus, maka keadaan Salleh yang pernah menjawat jawatan tersebut maka tamatlah jawatan Salleh sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, sama dengan tamatnya sistem pengiliran jawtan ketua Menteri.

Pada masa kini tersibar luas bahawa Musa Aman terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Umno negeri sekaligus juga jawatan Ketua Menteri.

Kita tidak tahu apa kah sebenarnya yang berlaku sehingga Musa Aman diisukan melepaskan semua jawatan baik jawatan kerajaan mahupun jawatan politik.

Menurut isu yang tersebar, Musa terpaksa melepaskan jawatan dalam Umno sebelum persidangan Umno pada bulan oktober ini. Alasannya jika Musa menyertai persidangan tersebut, ada kemungkin persidangan tersebut akan terbatal secara keseluruhan kerana Musa dikatakan mempuyai rekod yang melanggar peraturan parti.

Faktor kedua yang menyebabkan Musa berundur sebelum Pru-13 adalah isu pengubahan wang. Jika isu ini boleh ditutup dalam negera, akan tetapi di luar negara tetap tersebar. Najib tidak mahu imejnya tercalar, kerana itu meminta Musa berundur, demi negara dan pentadbiran Najib.

Nah,kembali kepada siapa pengganti Musa? Pemimpin yang paling dekat kepada jawtan pengerusi perhubungan umno negeri adalah Salleh Said. Dari segi kelayakan, tidak boleh dinafikan lagi, walaupun kepimpinan Salleh selalu mendapat tantangan daripada kawasannya sendiri.

Sebagai rekod, Salleh dilantik ke jawatan Timbalan Pengerusi Umno negeri di mana pada masa itu, mantan Ketua Menteri Sabah ini tidak mempunyai apa-apa kedudukan dalam parti,kecuali sebagai ahli biasa Umno.

Salleh dalam memperkukuhkan kedudukannya dalam parti, maka terpaksa bertanding jawatan ketua bahagian Kota Belud, di mana pada masa itu disandang oleh ADUN Tempasuk Datuk Haji Musbah Jamli.

Melalui pertandingan tersebut, Musbah mendapat sokongan padu daripada Musa Aman sendiri, Ahli parlimen Kota Belud, Rahman Dahalan dan ahli dewan undangan negeri kawasan Usukan Japlin Akim. Sementara itu, Salleh mendapat sokongan padu daripada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandkiar Amin dan Safie Apdal penaung Usbo.

Keputusan pertandingan tersebut Salleh menang dengan majoriti 47 undi.Yang menjadi persoalan besar pada masa itu adalah Salleh adalah pilhan presiden parti dan juga Perdana Menteri, pun demikan masih mendapat tantangan yang luar biasa di peringkat negeri umunya dan khasnya kawasan Kota Belud. Sekiranya Salleh kalah pada masa itu, yang kalah sebenarnya adalah Najib, bukan Salleh.

Salleh adalah pakar politik, seseuai dengan ilmunya sebagai master dalam sains politik.Setelah memegang jawatan Ketua Bahagian dan timbalan perhubungan umno negeri (jawatan yang ditinggalkan Safie Apdal), Salleh mengatur langkah; akhirnya keakraban dengan Musa berjaya tercipta. Penanda aras kepada keakraban tersebut ialah apabila Salleh dilantik menjadi penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri berstatus menteri.

Akibat penerimaan jawatan tersebut, ramai yang berspekulasi bahawa Salleh telah menjadi satu pasukan dengan Musa Aman, akibatnya hubungan dengan Safie Apdal semakin renggang, kerana Salleh dikatakan meninggalkan kawan seperjuangan.

Jika dihibau keadaan sebelum PRU-12, mac 2008, Salleh adalah MP Kota Belud. Salleh digugurkan dan tidak dipilih sebaliknya diganti oleh orang luar Kota Belud. Pada masa itu, ramai yang telah beranggapan, bahawa politik Salleh akan padam selama-lamanya. Namun atas kebijaksanaan ketiga-tiga pemimpin USBO tersebut, yakni Pandikar dan Amir Kahar serta Salleh, mereka mengatur perjumpaan dengan Musa diambang PRU-12. Ketiga-tiga pemimpin ini mengatakan sokongan padu dan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Musa. Akibat sokongan tersebut, BN Sabah berjaya menang dengan besarnya; walupun sokongan kepada BN di Semenanjung merosot sekali.

Akibat merosotnya sokongan kepada BN di Semenanjung, maka Tun Abdullah terpaksa melepaskan jawatannya kepada Najib.

Disini lah bermula perubahan kepimpinan parti di peringkat negeri-negeri, walaupun Sabah masih diterajui oleh lantikan era Tun Abdullah.

Sampai bila kah Najib mempertahankan lantikan-lantikan era Tun Abdullah? OKB merasakan Najib telah mempersiapkan semua pengganti itu melalui lantikan-lantikan Timbalan Pengerusi perhubangan Umno Negeri. Bagi Sabah, jangan berspekulasi lagi, PRU-13 akan datang akan dikemudi oleh Timbalan Pengerusi Umno Negeri, yakni Datuk Salleh Tun Said. Bagi Safie, Najib tidak akan melepaskannya di peringkat persekutuan,kerana Safie diperlukan di situ.

24 comments:

gunner said...

siapa nak jadi KM Sabah pun biarlah dia benar2 layak dan disukai rakyat.

M.Rakunman said...

Gunner: Tepat

2718 said...

sememangnya sukar untuk meramal siapakah yang bakal menggantikan Musa Aman, namun sebagai rakyat, kita cuma mampu berharap supaya PM dapat membuat pilihan yang terbaik untuk rakyat..

Bi said...

Apa yang dikatakan tentang Musa Aman tuduhan2 belum pasti lagi kebenarannya sebab beliau belum didapati bersalah. Jadi apa yang penting adalah kita sama2 berdoa untuk kesejahteraan bersama dan menyibukkan diri untuk terus maju kehadapan.

Jonny said...

Betulkah macam tu, pengerusi Umno negeri yang akan mengisi tempat KM? Tapi adakah calon ini paling baik untuk negari dan rakyat?

mandau said...

belum pasti lagi samada benar ka tidak Musa Aman aka nmeletak jawatan sebagai ketua menteri sabah.

linda said...

walaupun pelbagai isu yang dikaitkan dengan Musa Aman namun, rakyat tetap menyokong beliau kerana keprihatinannya terhadap isu-isu rakyat. jika ada yang ingin menggantikannya, calon tersebut mestilah sedia berkhidmat untuk rakyat.

Bi said...

Kita tunggu dan lihat siapa yang dicalonkan, tapi xganti pun ok, sebab ada banyak lagi tugasan yang belum diselesaikan oleh Datuk Musa dalam membangun Sabah.. Tapi apapun follow the flow...

boY said...

kenapa isu mahu jadi KM begitu pansa sekarang. sedangkan Datuk Musa belum lagi mahu letak jawatan pun.
Rakyat yamg tentukan. sekiranya rakyat tidak suka macam mana lah tu nanti. tidak ada guna jugakan.

veron said...

Sukar hendak meramalkan siapa bakal KM Sabah akan datang. Musa Aman paling sesuai buat masa ini. Jika beliau dilantik semula, saya sokong.

lulubell said...

Kenapa suka buat spekulasi? Sabar dan tunggu PRU akan datang. Semuanya akan jelas.

Dayang said...

Sukar untuk diramalkan. Kita kena tunggu dan lihat. Dalam dunia politik, anything can happen.

mimi said...

A week is too long in politic. Just wait and see.

cmuki said...

Ada orang tak sabar nak naik taktar.

toM said...

tidak pasti juga hal ini. Pengerusi Umno Negeri tidak semestinya layak untuk menjadi KM. sekiranya tidak cukup syarat dan persetujuan ramai maka walaupun pengerusi Umno sekali pun akan kecewa.

Kebenaran said...

PRU13 nanti yang akan tentukan siapa yang betul2 layak. adakah musa aman atau musa aman juga. tiada pilihan lain, hanya musa aman seorang saja. hehhehe

gunner said...

musa Aman byk memberi sumbangan terhadap negeri sabah. kita perlu hargai sumbangan beliau. pengganti haruslah berkebolehan sepertinya.

supra said...

ya.. kita patut hargainya.

matt17 said...

waspada peka pada setiap langkah, jgn sekadar jd pengomen atau memuji tak tentu arah. bebaskan minda meneroka,lihat dengar dan kita sendiri nilaikankannya.musa aman sebaiknya beredar sj.ganti dgn pemimpin sabah lebih berwibawa,biar rakyat sabah tentukannya!!!sabah ketandusan pemimpin pembela rakyat dan memelihara harta sabah..tak terasa kah getirnya???

mandau said...

ya. biarlah rakyat sabah yang menentukan pemimpim mereka. biarlah KM sabah nnti adalah pemimpin yang lebih baik.

mantra said...

siapa pun boleh menjadi Ketua Menteri, tak semestinya dia pengerusi UMNO negeri. biarlah orang itu benar2 berkebolehan.

Ted Medresher said...

tunggu ja la kenyataan rasmi atau tunggu sampai hujung tahun ini samada benar atau tidak seperti yang dikhabarkan.

tombolo said...

blum tentu lagi samada Musa Aman akan letak jawatan.

mandau said...

kita akan tahu juga kebenarannya nnti.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels