18 August 2010

Akan ada tikam belakang lagi kah?

Semasa PRU-1990 tepat diambang pembuangan undi, PBS komponen BN Sabah keluar BN dan bersatu dengan Barisan alternatif (BA) pimpinan Tengku Razalegh Hamzah.

Para pemimpin PBS yang mendesak Pairin Kitingan agar PBS keluar BN antara lain Yong Teck Lee dan Bernard Dompok.

Alasan yang diberikan mereka, jika PBS kekal dalam BN ada kemungkinan besar calon-calon Cina PBS akan tewas kepada calon-calon pembangkang khasnya DAP. Alasan kedua adalah menurut pemerhatian para pemimpin PBS, bahawa BA dan APU mempunyai peluang untuk menguasai 50% kerusi parlimen di Semenanjung, kerana itu PBS adalah penentu kepada gabungan itu untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Dalam satu perjumpaan di Audotirum Yayasan Sabah yang dihadiri oleh Presiden S-46 Tengku Razalegh dan Setiausaha Agong DAP Lim Kit Siang dan sudah tentu Pairin sendiri, semasa berucap- Lim Kit Siang dengan nada cukup yakin.. telah mengistiharkan bahawa Tengku Razalegh ada "the next prime minster of Malaysia".

Namun tindakan PBS tersebut telah menyedarkan kaum melayu di Semenanjung, bahawa kuasa mereka akan punah, jika memberi peluang kepada BA dan APU. Benar juga, BA dan APU telah kalah teruk di Semenanjung.

Sebaliknya PBS menyapu bersih semua kawasan yang ditandinginya, dan PBS seterusnya membentuk kerajaan negeri.

Akibat tikam belakang PBS tersebut, maka UMNO masuk dan dirasmikan pada Februari 1991.

Pada PRU tahun 1994, UMNO-LDP-AKAR ternyata belum berjaya menumpaskan PBS, namun PBS hanya sebulan dapat bertahan setelah pilhanraya itu dan akhirnya tumbang apabila kehilngan majoriti di dewan undangan negeri disebabkan keluarnya Lajim Okin dan Robin Balang untuk menyertai UMNO.

Apabila PBS kehilangan kuasa, maka PBS terpecah tiga, yakni PBS-PDS-PBRS. PDS kini UPKO diketuai oleh Dompok, PBRS oleh Joseph Kurop.

PBS akhirnya diterima ke dalam BN pada tahun 2006.

Tindakan Dompok pada tahun 1990 kini berulang kembali apabila pada Ahad lalu semasa mersamikan Zon C bahagian UPKO menyalahkan Para pemimpin Umno yang mengelilingi presiden Umno tidak ikhlas untuk menjayakan konsep 1Mlaysia cetusan Najib Razak, Perdana Menteri ke-6 Malaysia.

Dalam blognya Timbalan pengerusi perhubungan umno negeri Salleh Said Keruk telah menyuarakan bahawa UMNO Sabah kesal dengan kenyataan seorang pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang membayangkan UMNO menjadi halangan kepada usaha mempromosikan konsep 1Malaysia.

Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan menegaskan UMNO Sabah benar-benar memahami dan komited sepenuhnya terhadap konsep itu.

"Oleh itu tidak perlu bagi presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok mempersoalkan sama ada UMNO memahami maksud sebenar atau semangat konsep 1Malaysia," katanya dalam blognya ssk.blogspot.com

Katanya sebagai menteri Kabinet pusat dan presiden parti komponen BN, Dompok seharusnya tahu UMNO komited sepenuhnya kepada konsep yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO.

Salleh berkata demikian ketika mengulas laporan media yang memetik Dompok sebagai berkata sama ada Najib akan dibenarkan oleh partinya dan mereka yang mengelilinginya melaksanakan konsep itu.

Dompok dilaporkan berkata demikian semasa merasmikan Konvensyen UPKO Zon C (Penampang, Kota Kinabalu, Sepanggar dan Putatan) di Penampang, Ahad lalu.

Pada konvensyen tersebut, pemimpin bahagian UPKO mengulangi rasa tidak puas hati berikutan permintaan pemimpin UMNO untuk mendapatkan lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum termasuk satu kerusi yang disandang oleh UPKO.

Mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan masalah pendatang tanpa izin di negeri itu yang sudah berlarutan sekian lama.

Salleh berkata adalah menjadi kebiasaan bagi mana-mana parti politik menuntut bilangan agihan kerusi yang banyak tetapi akhirnya keputusan muktamad terletak di tangan pucuk kepimpinan BN.

Mengenai isu pendatang tanpa izin, Salleh, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, berkata adalah tidak adil bagi memberi persepsi salah kepada rakyat bahawa kerajaan pusat dan negeri tidak berbuat apa-apa bagi menyelesaikan masalah itu.

"Jutaan ringgit dibelanjakan bagi pasukan keselamatan dan pembelian peralatan canggih untuk digunakan di sepanjang pesisir pantai bagi tujuan pengawalan dan pemantauan.

"Kita semua mahu isu ini diselesaikan. Biar jangan satu pihak sahaja mendakwa menjadi wira dalam usaha ini," katanya.

12 comments:

madd said...

tidak perlu ada perpecahan atau tikam belakang. setiap ahli atau komponen BN perlu bersatu demi kepentingan rakyat. kepentingan rakyat yang perlu diutamakan.

Anak Sabah said...

Saya hanya berharap semua parti akan berusaha memperbaiki diri dan bukan memburukan parti lain. Rakyat akan menentu kemenangan sesuatu parti berdasarkan kemampuan dan prestasi masing-masing.

mandau said...

pemimpin2 BN harus bersatu dalam agenda mereka. segala masalah dan salah faham harus diselesaikan dgn cara baik.

Antanum said...

Sama2 mempejuangkan hak bersama, jangan ada yang hanya ingin menyuarakan kepentingan sendiri sahaja. Bersatu akan memberi kekuatan..

Hamdan Hadillah said...

Bersatulah semua, jangan asyik mahu mencari kesalahan orang lain, bersatu kita teguh bercerai kita kalah..Jadi para semua pemimpin dan kompenan kerajaan cuba yang terbaik untuk semua.

Anonymous said...

bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. semua pemimpin BN kena bersatu jika ingin terus kukuh dan kuat.

Bi said...

Jika bermusuh sesama semua pun tidak akan berjalan dengan lancar. Sepatutnya sepakat untuk sama2 maju, jangan mau maju sendiri saja nanti sendri akan kecundang...

Sanih Alias said...

tidak perlu mahu menikam belakang lagi. yang perlu hanyalah kita bersatu dan terus membantu rakyat kita dan bukan untuk kepentingan kita sendiri. Setiap kompenan BN harus berkerjasama.

samm said...

kerjasama dan semangat bersatu perlu diamalkan. janganlah ada berlaku perpecahan. Utamakan kepentingan bersama.

Milus bin Hj. Abd. Wahad said...

...memberi pandangan atau pendapat bukan bermakna berpecah...kalau dalam kompenen BN pun tak boleh bersuara...ini merupakan masalah, janganla satu pihak sahaja yang kontrol yang lain angguk saja...seharusnya kena dengar juga pandangan orang lain... kita kena terima kepelbagaian..itulah namanya perkongsian...setiap kaum mempunyai keperluan yang berbeza dan kena dengar apa mereka nak.. soal terima atau tidak itu lain cerita. Jelaskan apa yang tidak jelas..fahamkan apa yang tidak difahami...ingatkan apa yang tidak diingati....

kb girl said...

Dalam politik segalanya berkemungkinan. Kepentingan rakyat mengatasi segalanya.

samm said...

yang penting semua pihak kena bersatu untuk meningkatkan kemampuan dan kekuatan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels