14 August 2010

Tidak mudah menyatukan bangsa!!!!

Menyatukan bangsa untuk menuju pucak tidak mudah. Terlalu banyak ranjau yang perlu dilalui.

Ranjau bukan sahaja apa yang ada dihadapan, tetapi ranjau yang dalam bangsa itu sendiri.

Tepat 4.30 petang tadi di restoran citarasa kota belud telah berlangsung pertemuan kedua para pencetus ilham untuk mengwujudkan wadah baru menyatukan bangsa dan dijadikan asas untuk menuju puncak.

Walaupun kehadiran tidak memberangsangkan, namun agenda membentuk jawatankuasa penaja tetap dapat dilaksanakan.

Jawatankuasa penaja ini bukanlah bermaksud mewakili seluruh masyarakat iranun, namun hanya sebagai pengerak pertama. Tiada yang bermula,kalau tiada yang memulakan.

Jawatankuasa penyaja ini diketuai oleh Sdr Almudin Kaida dan timbalannya adalah sdr Roslan Haji Mansor.

Dalam perbincangan dan percambahan pendapat petang tadi telah disepekati bahawa melalui wadah baru ini, semua kesilapan para pemimpin iranun terdahulu dinoktakan sebaliknya hanya kebaikan yang diambilkira dan dijadikan asas untuk menuju pucak.

19 comments:

Datu pitung said...

salam dan selamat berpuasa sdr

mengulas isu penyatuan ini, dgn jujurnya sy juga bersetuju. bukan mudah sebenarnya penyatuan ini, setiap individu berbeza idealisme politik. di situ byk rintangan dan halangan. tapi kalau dapat di atasi, kemungkinan itu memudahkan proses penyatuan ini.


apa pun sy mmg setuju dgn sdr.

Milus bin Hj. Abd. Wahad said...

memang susah, adik beradik pun payah bersatu..maka itulah perjuangan namanya, berjuang untuk satu minda, fikiran dan hati adalah lebih susah daripada mengawal 100 ekor lembu. Jangan putus asa teruskan usaha sehingga betul-betul berjaya.

Abu Hilmie

mandau said...

usaha penyatuan seperti ini perlu diteruskan, mmg pelbagai halangan dan cabaran akan dihadapi, namun sgn usaha yang berterusan, penyatuan ini akan berjaya, dgn bersatulah sesuatu kaum itu akan menjadi kuat.

madd said...

diakui untuk menyatukan bangsa itu memang amat sukar. cabarannya datang dari luar dan dalam. namun, usaha perlu tetap dilakukan. sekiranya setiap individu mempunyai semangat untuk bersatu demi kebaikan, maka penyatuan bangsa boleh dilakukan.

Leo said...

Walaupun ia tidak mudah, kita mesti bersikap positif. Saya pasti satu hari nanti, penyatuan bangsa tentu akan berjaya. :)

Ted Medresher said...

kesilapan lama harus dijadikan pengajaran. langkah2 mencegah dan mengatasi kesilapan2 lalu perlu juga diserapkan kedalam wadah baru ini supaya ia lebih kukuh dari sebelumnya. apa2pun semoga wadah baru ini mampu mencapai matlamat..

songkilou said...

Apa yang penting kerjasama dan bersatu hati untuk bersatu. Jika itu tidak dicapai maka memang tidak tercapailah penyatuan bangsa itu..

Anak Sabah said...

Sebenarnya tiada apa-apa yang mustahil jika kita bertekad.

Hosie Masie said...

Salam sejahtera,

Bukan mudah untuk menyatukan bangsa untuk menuju pucak. Banyak halangan dan dugaan yang akan dilalui. dengan kesabaran dan ketabahan saja dapat menyelesaikan masalah ini. Oleh iu, ambil kesilapan yang telah lalu sebagai pengajaran dan juga dari sana kita belajar memperbaikinya.

mantra said...

nak menyatukan bangsa mmg bukan perkar yang mudah, namun ia tidak mustahil, ia memerlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan. penyatuan bangsa boleh membentuk satu bangsa yang kuat dan berkuasa.

Sanih Alias said...

selama petang semua,

tetang penyatuan bangsa ini, memang tidak dinafikan lagi. Bukan senang mahu menyatukan satu bangsa. banyak hal dan perkara yang akan dihadapi dan dilalui. Tapi, apa yang perlu adalah usaha dan kegigihan seseorang itu dan sikap yang tidak pernah putus asa juga merupakan satu cara unutk menuju kejayaan. Cubalah yang terbaik untuk menyatukan semua.

Pacayang..

samm said...

menyatukan bangsa memang sukar tapi ianya tidak mustahil untuk dilakukan. setiap orang perlulah mempunyai matlamat yang sama dan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.

Unknown said...

Sememangnya tidak mudah untuk menyatukan bangsa sekiranya tidak ada kerjasama dari semua pihak. Leave differences aside, curb racism and start to find solutions.

kb girl said...

Tidah mudah tidak bermaksud tidak boleh buat. Setuju dengan Sdr M.Rakuman. 'Tiada yang bermula,kalau tiada yang memulakan'.
Terus berusaha agar cita-cita mulia ini berjaya.

Unknown said...

Kita perlu pemimpin yang mampu mejadikan tidak mudah kepada kepastian.

Unknown said...

Walau tidak mudah, kerja masih perlu diteruskan.

Unknown said...

Penyatuan kaum sendiri atau antara kaum di Sabah?

captain said...

Sikap mementingkan diri adalah halangan terbesar untuk menyatukan bangsa.

Unknown said...

Kerja ini memang tidak mudah dan tidak pernah mudah.
Seperti apa yang dikatakan saudara Milus, adaik beradik pun sukar disatu-padukan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels