29 September 2010

500 hektar tanah kampung Rampayan Ulu Kota Belud akan dimajukan

Menurut sumber yang boleh dipercaya, tanah seluas 1,200 ekar (500 hektar) yang terletak di kampung Rampayan Ulu, Kota Belud akan dimajukan sebagai pusat pelancongan yang berkonsepkan "green eco-tourism".

Tanah tersebut telahpun dipohon oleh dua rakyat Sabah, dan kononnya dua individu tersebut adalah proxi seorang kenamaan negeri Sabah.

Dikatakan juga, bahawa permohonan tersebut telah mendapat sokongan daripada wakil-wakil rakyat Kota Belud.

Apabila projek tersebut dimajukan, kononnya akan membuka 1,000 peluang pekerjaan bagi penduduk kampung berdekatan.

Kota belud kini selain dijadikan pusat Jelapang Padi dan agropolitan, juga akan dibangun sebagai pusat eko-pelancongan.

Kota belud hanya mempertaruhkan tanah, laut dan sungai untuk menjana pendapatan penduduknya.

Berlainan dengan kawasan lain di Sabah, di mana sumber hutan dan perladangan merupakan sumber pendapatan utama, Kota Belud tidak dikurniakan kekayaan semulajadi itu.

Kota belud, perlu memanfaatkan sumber alamnya seperti tanah, bukit dan laut demi kesejahteraan rakyatnya.

Kerajaaan perlu menjelaskan dengan segera perancangan tanah seluas 1,200 ekar tersebut agar supaya tidak menjadi bahan pihak pembangkang menghentam kerajaan pada PRU-13 akan datang.

Isu tanah merupakan perkara sensitif kini, kerana itu penjelasan yang jitu perlu diberikan.

16 comments:

Anak Sabah said...

Bagi pendapat saya, tanah ini dijadikan pusat pelancongan eco adalah cadangan yang amat menarik. Semoga semua berjalan lancar.

madd said...

jika apa yang dirancang dapat memajukan kawasan setempat dan memberikan kebaikan kepada masyarakat maka, ia memang patut dilaksanakan.

mantra said...

rancangan memajukan tanah di kawasan tersebut adalah bagus, ia membawa kebaikan kepada masyarakat setempat dalam memberi peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf ekonomi. harap rancangan ini berjaya.

Anonymous said...

benar, kerajaan wajar menjelaskan perancangan tanah tersebut bagi mengelakkan rakyat tertanya2 atau mempertikaikan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan ekonomi penduduk dan negeri.

Hosie Masie said...

Cadangan yang bagus untuk kota belud. Pembangunan untuk eco pelancangan ini mungkin dapat menarik lebih ramai berkunjung ke Kota beld dan apa yang penting sekarang, penjelasan yang terperinci perlu untuk masyarakat setempat dengan pembangunan tersebut.

Unknown said...

Dengan adanya pembangunan untuk perlancongan ini akan memberikan penduduk berpeluang memperolehi pekerjaan dalam sektor pelancongan yang akan dijangkakan memberi 1,000 kekosongan pekerjaan.

Mahsiran said...

Semoga kampung rampayan ulu dapat menjadi tunmpuan pelancong dengan cadangan memajukan sebagai eco-pelancongan.

Mahsiran said...

Sebelum melakukan sesuatu perkara seperi memajukan kampung rampayan ulu, kota belud ini pastikan tidak ada kelemahan yang akan dijadikan isu politik oleh pembangkang yang selalu mencari masalah orang lain. Kerajaan haruslah menampakkan kebolehan dalam pengurusan kepada PR.

Antanum said...

mungkin ada sesetengah orang yang berpendapat bahawa apa yang dilakukan adalah tidak membawa keuntungan atau hanya meletakkan tanah sebagai isu, tetapi jika kita lihat dalam konteks yang positif, jika tanah tersebut tidak diusahakan dan hanya terbiar begitu sahaja, juga tidak membawa apa2 kebaikkan kepada semua. Jadi adalah lebih baik tanah tersebut di usahakan dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada ramai orang. Jika kita melihat ini sebagaui satu yang negatif maka kita tidak akan melihat positif disebaliknya. Jadi saya fikir adalah lebih baik untuk menyatakan kedua2 baik dan buruk untuk projek ini dijalankan....

Anonymous said...

satu rancangan yang amat baik,lebi baik tanah tersebut dibangunkan dariapda dibiarkan, dgn pembangunan tanah tersebut, ia membawa byk kebaikan dan manfaat kepada penduduk setempat.

samm said...

projek pembangunan tanah tersebut mungkin baik untuk memajukan kawasan tersebut. namun, penjelasan perlu diberikan berkenaan manfaat pembangunan kawasan tersebut.

maya said...

Tiada masalah untuk membangunkan satu lagi kawasan sebagai pusat pelancongan di daerah kota belud asalkan ia membawa kebaikan bersama.

maya said...

Menjadikan kampung Rampayan Ulu Kota Belud sebagai salahsatu pusat pelancongan di negeri ini adalah cadangan yang baik. Mungkin sekiranya kawasan tersebut dimajukan sebagai kawasan perladangan pasti kurang menguntungkan ini kerana tanah di kawasan kota belud kurang baik (tidak subur) bagi tanaman2 tertentu dan tidak mampu mengeluarkan hasil yang lumaian.

maya said...

Selain menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat pelancongan, diharap juga dapat menyediakan pelbagai kemudahan lain yang mampu menarik lebih ramai pelancong samada dari luar negara mahupun dalam negeri.

maya said...

Untuk pengatahuan semua pihak juga diharap kerajaaan dapat menjelaskan perancangan tanah seluas 1,200 ekar yang akan dimajukan sebagai pusat pelacongan agar tidak menjadi isu yang boleh digunakan oleh pihak pembangkang untuk menghentam kerajaan pada PRU-13 akan datang.

maya said...

Diharap setelah projek tersebut dimajukan peluang2 pekerjaan dapat diberi kepada penduduk kampung yang berdekatan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels