23 September 2010

Anwar buat janji JIKA Pakatan rampas Sabah;maka Kuasa Otonomi untuk negeri ini: Rahman Dahlan kata: janji itu hanya tipu!

Rakyat Sabah biasa ditipu. Sejak sekian lama rakyat negeri ini ditabur dengan berbagai janji. Janji politik lah itu.

Masa PRU-12 lalu banyak juga janji politik ditaburkan. Malangnya bukan janji politik daripada Anwar, tetapi daripada calon BN sendiri.

Kawasan lain, tidak perlulah diuraikan disini, cukuplah janji politik bagi kawasan OKB, yakni kawasan Kota Belud.

Selama kempen diambang pembuangan undi pada 12 Mac 2008, calon parlimen Kota Belud, masa itu telah berjanji, jika menang, maka prioriti pertamanya adalah tranpirasi pengagihan projek-projek peruntukan parlimen. Semasa kempen itu, calon BN itu berjanji, bahawa semua projek kawasan Kota Belud dilaksanakan oleh pengundi dan rakyat yang berasal daripada Kota Belud, tidak mengira suku keturunan.

Semasa kempen itu juga dilontarkan bahawa pengagihan projek-projek adalah sama rata antara 3 kawasan DUN.

Semasa kempen itu juga, dilaungkan bahawa dalam masa 100 hari, masalah air minum penduduk akan diatasi.

Nah sekarang, telah 2 tahun lebih selepas PRU-12! mana sudah janji-janji itu?

Jadi jangan salahkan Anwar, kalau dia membuat janji bahawa apabila Pakatan berjaya merampas Sabah, maka kuasa otonomi akan diberikan kepada negeri ini.

Jika rakyat terpengaruh dengan janji itu, tiada seorang pemimpinpun yang boleh mencegahnya.

Awal tahun 1985, kerjaan Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh, tiada tanda-tanda akan rebah, namun pada tahun itu juga kerjaan Berjaya kalah teruk kepada PBS.

Benar Anwar berbohong dengan gerakan 16 September 2008; kerana Anwar gagal mendapat sokongan daripada wakil rakyat BN untuk melompat. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku sebelum itu, sehinggakan Anwar berani mencangkan bahawa gerakan 16 September akan mengubah kerajaan pimpinan Abdullah Badawi?

OKB tidak berpihak kepada mana-mana; namun mesti ada satu gerakan yang menyebabkan gerakan 16 September Anwar dicanangkan.

Akibat canagan Anwar itu, maka mengakibatkan cepatnya Tun Abdullah turun tahta. Ada kemungkinan juga; jika Anwar tidak mencangkan Gerakan 16 September, kemungkinan Tun Abdullah masih Perdana Menteri.

Rakyat Sabah telah cukup matang berpolitik. Tiada siapa yang boleh mencegah, jika rakyat memilih parti mana pada PRU-13 akan datang.

Tiada salahnya mencuba kata seorang kawan. Tahun 1976, rakyat Sabah mencuba Berjaya. Tahun 1985, rakyat Sabah mencuba PBS. Tahun 1994, rakyat Sabah mencuba BN yang ditunjangi oleh Umno.

Senario politik Sabah, biasanya bertukar setelah 9 tahun. Pada PRU-13 maka masa senario tersebut menjelang. Akan ada kah perubahan kerajaan di Sabah? Apa kah rakyat Sabah menerima tawaran Anwar kepada negeri ini mengenai kuasa otonomi? Otonomi memungut cukai, otonomi melantik jawatan-jawatan, otonomi mengenai keselamatan dan sebagainya. Lagi pun, Anwar menjanjikan bahawa royalti minyak akan dinaikkan daripada 5% kepada 20%.

Jika rakyat Sabah menerima tawaran Anwar itu, apapun kata Rahman Dahlan, akan dianggap seperti mencurah garam ke laut. Fikir-fikirkan lah.

25 comments:

2718 said...

tawaran Anwar bagi memberi kuasa autonomi kepada Sabah sekiranya Pakatan menguasai Malaysia adalah suatu tawaran yang agak melebih walaupun pada dasarnya memberikan kebaikan kepada Sabah. Jika ini berlaku,ianya memberikan satu lembaran baru kepada sejarah negeri. Anwar sepatutnya tidak perlu berjanji menawarkan kelebihan tersebut kepada Sabah kerana ianya sama sekali bertentangan dengan semangat Persekutuan. ini kerana negeri dan Persekutuan sendiri sedia maklum akan Senarai Negeri dan Senarai Persekutuan yang telah termaktub. pasti menjadi kebimbangan pelbagai pihak sekiranya Sabah berjaya mendapat kuasa autonomi, lain2 negeri juga akan turut sama mendesak perkara serupa pada Persekutuan. adalah lebih baik jika Anwar melihat kemampuan beliau terlebih dahulu sebelum melafazkan janji itu dan terangkan secara terperinci apa bentuk autonomi yang beliau maksudkan.

linda said...

rakyat kena bijak buat penilaian dalam hal ini. berjanji itu memang mudah tapi belum tentu dapat dilaksanakan.

Alexandra said...

Tidak salahnya mencuba sekali lagi. ;P

Logop said...

Janganlah rakyat mempercayai 100% kepada kesemua janji2x yang diberikan oleh calon parlimen. Rakyat harus bijak menilai!

Nurul said...

Saya rasa, rakyat sendiri sudah matang dan pandai memikirkan kebenaran dan kenyataan. Jikalau sudah namanya politik tidak ada yang benar selain terdesak. Jadi fikirkan untuk masa depan kita.h

Nurul said...

Bermasalah sudah jikalau JANJI dipolitikkan. Merbahaya kepada yang menerimanya. Kerana susah untuk kita percaya sekiranya dalam politik ini. Kita tidak tahu mereka betul dengan niat atau hanya kata-kata yang tidak pasti kebenarannya. Yang JANJI tinggal JANJI. Apa yang anwar katakan itu tidak perlulah kita percaya betul. ada muslihat disebaliknya. Cuba tanya dengan Anwar kenapa kamu membuat janji ini? Adakah untuk kedudukan, pangkat dan nama atau kerana kemenangan. Mungkin alasan lain lagi akan timbul kerana untuk meyakinkan orang lain sanggup menipu untuk kepentingan sendiri.

maya said...

Biasalah ini cuma janji politik. Faham2 saja...

maya said...

Inilah semangat perjuangan yang perlu ada kepada para pemimpin. Cuma rakyat tidak lagi mudah terpedaya dengan janji2 yang hanya janji sahaja.

maya said...

Rakyat sabah harus berhati2 menilai perkara sebenar dengan memilih pemimpin yang dipercayai dan mampu membangunkan negeri ini.

langsat said...

Keutamaan adalah pemimpin yang mampu menunaikan permintaan rakyat.

langsat said...

Adakah kuasa otonomi merupakan salah satu bentuk amalan demokrasi tulen yang boleh digunakan oleh PR atau pihak tertentu? jika ya..mengapa baharu sekarang perkara ini dinyatakan...kenapa tidak dari dahulu lagi?

Jonny said...

Janganlah kita terus diperdaya oleh janji-janji yang mungkin tidak akan dilaksanakan. Kita mengundi berdasar kebolehan seorang calon dan bukan berdasarkan janji-janji yang dikeluarkan.

supra said...

janji PKR untuk memberikan kuasa outonomi kepada Sabah adalah terlalu tinggi, mampukan PKR melakukan sedemikian, kita seharusnya bijak dalam menilai perkara ini. jgn mudah terpedaya.

Paquin said...

Senanglah berjanji, tapi nak kotakan tu mampu ka????

Paquin said...

Janji punya la manis, tapi bila dah menang nanti rasa tu bertukar pula jadi masin, pahit & apa2 lah yang semaksud dengannya!!
So rakyat janganlah mudah terpengaruh dengan hal ni.

Paquin said...

Rakyat haru bijak dan matang dalam membuat penilaian. Ingatlah mainan politik banyak ragamnya, kadangkala sukar dijangka. so hati2 jangan sampai terperangkap.

Paquin said...

Setuju Jonny. Tak perlu hiraukan janji2 yang tabur. Lebih baik fokus & nilai samada pemimpin tu layak utk diundi atau tak. Saya yakin jika kita buat pilihan yang tepat, pasti semua masalah dapat ditanggani dengan baik walaupun memakan masa yang lama.

Paquin said...

Justeru pilihlah pemimpin yang berjiwa rakyat supaya dia tahu keinginan rakyat yang mahukan yang terbaik utk negara dan juga rakyat sendiri :)

tombolo said...

janji dan tawaran yang ditaburkan oleh pakatan Rakyat kepada sabah memang agak menarik, ia ingin memberikan kuasa autonomi kepada sabah jika berjaya menguasai sabah, namun, mampukah PR menunaikan janji tersebut? tawaran yang diberikan adalah terlalu tinggi. sebaiknya jgnlah kita terpengaruh dgn janji2 tersebut.

Bi said...

Adakah Anwar boleh memberi jaminan untuk menunaikan janji beliau? Jangan2 lebih teruk lagi keadaan!..

mike said...

Anwar sekadar mempergunakan tuntutan yang berasaskan kepada 20 Perkara untuk meraih sokongan daripada rakyat sabah agar boleh merampas sabah dari BN.

mike said...

memang kebiasaan atau trend bagi mana2 ahli politik menaburkan janji semasa berkempen..namun tidak semestinya janji2 itu akan menjadi kenyataan..

mike said...

yang penting rakyat haruslah lebih bijak dalam memilih wakil mereka.

mike said...

ahli2 politik juga seharusnya tidak mempergunakan kedudukannya untuk mempengaruhi rakyat dengan janji2 yang pasti tidak akan dapat ditunaikan..kita haruslah bersikap realistik dan tidak terlalu optimis..

mike said...

masalah2 rakyat harus diselesaikan..isu2 yang membebankan rakyat dan disifatkan sebagai isu yang kritikal seperti air bersih harus diutamakan..harus diingat bahawa kerana rakyat lah kita berada di atas dan rakyat lah juga yang akan menentukan sama ada kita akan kekal di atas atau akan jatuh.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels