17 September 2010

Sabah tetap Fixed Deposit BN: Najib

Sabah kekal menjadi 'akaun tetap' Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 berdasarkan sokongan kuat yang diterima parti itu daripada masyarakat pelbagai kaum di negeri tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan yang diberikan oleh rakyat terhadap majlis-majlis anjuran BN dan UMNO seperti program Juara Rakyat peringkat negeri semalam yang membuktikan parti itu masih diterima di Sabah.

Beliau berharap sokongan terhadap BN akan terus meningkat hasil kerja keras kerajaan dan pemimpin-pemimpin parti berkenaan.

"Kepada sesiapa yang menyangkal bahawa UMNO dan BN sudah tidak kuat di Sabah, sesiapa yang mencanang cerita kononnya BN dan UMNO lemah sokongan, tengok sahaja majlis ini yang saya lihat seolah-olah lautan manusia.

"Saya tidak payah bagi dalil dan bukti lain buktinya sambutan amat hebat dan luar biasa yang saya saksikan ini. Kesimpulannya Sabah masih merupakan akaun tetap (BN)".

"Insya-Allah akaun tetap ini tidak cair dan kita masih lagi boleh mempertahankannya berdasarkan sokongan yang kita" katanya ketika berucap pada Program Juara Rakyat peringkat negeri Sabah dan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Padang Bandaran Sandakan semalam.

Kira-kira 50,000 penduduk pelbagai kaum di Sabah membanjiri program berkenaan.

Menurut Perdana Menteri, semua pemimpin BN harus bersama-sama bekerja keras bagi menjadikan UMNO serta BN parti 'juara rakyat'.

Justeru katanya, kegiatan turun padang harus diamalkan secara telus oleh semua pemimpin BN bagi meletakkan kepentingan rakyat di tempat teratas.

Dalam pada itu katanya, UMNO dan BN terbukti mempunyai rekod sebagai parti yang membela nasib rakyat sejak sekian lama termasuk memerdekakan Sabah dan Malaysia daripada penjajah.

Selain itu jelasnya, transformasi yang dilaksanakan kerajaan BN adalah jelas dan dirancang begitu teliti demi kepentingan rakyat.

Katanya, pembaharuan itu yang dilakukan melalui Pelan Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 juga dilaksanakan dalam semangat 1Malaysia.

"Ini bukan impian kosong, bukan angan-angan Mat Jenin tetapi ia sesuatu yang sudah kita rancang dengan begitu teliti.

"Kita buat kajian begitu mendalam, kita buat pelbagai makmal untuk membincangkan apa yang patut kita lakukan supaya 10 tahun akan datang impian kita akan kesampaian dan perubahan besar akan berlaku kepada negara Malaysia tercinta ini," katanya.

Menurut Najib, kerajaan juga tidak pernah mengabaikan masyarakat luar bandar di Sabah apabila memperuntukkan RM6.18 bilion bagi membangunkan pelbagai infrastruktur.

Menurutnya, peruntukan itu akan digunakan untuk tempoh dua tahun hingga 2012 bagi membina pelbagai kemudahan seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air serta projek perumahan rakyat.

25 comments:

zam said...

BN memang menerima sokongan yang kuat di Sabah. pemimpin-pemimpin BN perlu terus bekerja keras dan jangan lalai jika ingin terus mendapatkan sokongan rakyat Sabah.

Anak Sabah said...

BN perlu berusaha lagi untuk terus kekal mendapatkan sokongan dan keyakinan rakyat Sabah.

Anonymous said...

BN akan terus menjadi sokongan rkyat sabah jika BN terus mendekati rakyat disampaing prihatin dan peka dengan keadaan rakyat.

Unknown said...

Tahniah dengan pencapaian anda BN. Anda sudah banyak membawa perubahan positif kepada negeri Sabah. Namun, jangan lekas lalai dan manja dengan undian rakyat sahaja.

Hosie Masie said...

apa pun jangan terlalu yakin. Lebihkan dan perbanyakkan lagi program bersama dengan rakyat supaya rakyat lebih kenal dan mesra dengan pemimpin BN.

joey said...

BN perlu terus menjaga kepentingan rakyat bagi mengekalkan sokongan rakyat. dekati rakyat dan selesaikan setiap permasalahan rakyat.

mandau said...

BN harus lebih mendekati rkyat dan membantu rkayt sabah jika ingin terus mendapat sokongan penduduka sabah.

Sanih Alias said...

Kita berikan sokongan terhadap kerajaan yang telah membantu kita. BN mestilah terus menambat hati rakyat. Lindungilahhak mereka dan bantulah rakyat yang memerlukan bantuan.

kb girl said...

Sokongan terhadap Bn di Sabah masih kuat dan mantap.
Pulangannya Sabah diberi lebih banyak dana pembangunan.

mike said...

BN masih mendapat tempat di sabah..rakyat masih menyokong dan percaya BN akan membangunkan Sabah..

mike said...

pembangunan di kawasan luar bandar dan pedalaman terutama di sabah dan sarawak menjadi agenda pembangunan negara bagi mengimbangi pembangunan antara bandar dan kawasan luar bandar yang amat ketara..

mike said...

peruntukan sebanyak RM6.18 bilion untuk pembangunan pelbagai infrastruktur di kawasan luar bandar sabah diharap dapat disalurkan dengan segera..

mike said...

rakyat tidak harus terpengaruh dengan isu2 pembangkang kerana yang pasti pembangkang tidak mampu memberikan apa yang BN berikan iaitu pembangunan..

mike said...

diharapkan BN akan terus mengandakan usaha membangunkan negeri sabah dan meletakkan kepentingan rakyat di tempat teratas sekali selaras dengan konsep 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'..

Unknown said...

Jika pemimpin sanggup merendahkan diri menurun padang mendekati rakyat, BN tetap berkuasa lagi pada masa akan datang.

Anonymous said...

mungkin ini merupakan satu perkembangan yang baik dikala pihak pembangkang bertungkus lumus menjatuhkan BN di Sabah. walau bagaimanapun, BN perlu berhati2 dan teruskan membela nasib rakyat di negeri ini kerana rakyat Sabah berpengalaman menjatuhkan kerajaan yang disifatkan tidak lagi releven.

Anonymous said...

kadang2 penolakan rakyat terhadap kerajaan bukan disebabkan parti yang diterajui, tetapi pemimpin2 yang gagal melaksanakan tanggungjawab dan tidak mempunyai kualiti kepimpinan. para pemimpin BN perlu mengelakkan penolakan rakyat ini jika ingin terus kekal sebagai kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Bi said...

Sabah perlu bertindak segera, sedar akan peranan mereka untuk Sabah. Jangan lagi diperlekehkan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab.

gambir said...

sokongan rakyat Sabah terhadap BN adalah kukuh dan mantap...

gambir said...

jentera-jentera BN jangan hanya sekadar cuba meraih undi rakyat tetapi usahakan agar pembangunan di Sabah menjadi realiti untuk membawa rakyat keluar dari kepompong kemiskinan

gambir said...

saya tidak melihat Sabah adalah sebagai Fixed Deposit BN kerana undi terhadap Bn bukan paksaan...kenapa persoalkan?

Unknown said...

Kesetiaan rakyat Sabah terhadap Kerajaan BN patut diberi ganjaran yang setimpa.
JIak rakyat sering di kecewakan, kehilangan sokongan pasti berlaku.hinewing

Unknown said...

Saya tidak tahu 'fixed deposit' ini satu kepujian atau sebaliknya. Yang penting kesetiaan sokongan rakyat Sabah terhadap kerajaan mesti dihargai.

captain said...

Jangan ambil kesempatan terhadap rakyat Sabah atas hati yang setia terhadap kerajaan BN.

Unknown said...

Rasa macam tidak sedap kita dikatakan 'fixed deposit'.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels