4 October 2010

Apa kah Safie Apdal dipersimpangan jalan?

Umum mengetahui bahawa Datuk Safie Apdal adalah "blue boy" Datuk Seri Najib Razak. Ertinya hubungan mereka telah dipupuk bertahun-tahun. Jika hubungan tersebut bertaut bertahun-tahun, sudah tentulah sudah ada persefahaman yang terjalin mesra.

Safie Apdal adalah rakyat pertama Sabah yang berjaya menduduki kerusi Naib Presiden Umno. Kedudukan tersebut, bukan sahaja kerana sokongan Najib, akan tetapi juga sokongan padu Umno Sabah.

Sebelum dilantik ke jawatan Pengerusi perhubungan Umno Kedah, Safie adalah Timbalan pengerusi Umno negeri, yang kini disandang oleh Ketua Umno Bahagian Kota Belud, Datuk Salleh Tun Said.

Jawatan Pengerusi dan Timbalan pengerusi adalah kuasa Presiden parti untuk melantiknya.

Sebelum PRU-12, hubungan para pemimpin Umno Sabah cukup baik. Pada ketika itu hubungan antara Datuk Musa Aman-Safie Apdal sangat elok. Hubungan antara Salleh-Safie juga elok, terutama dalam RUMPUN. NGO-Rumpun atau USBO adalah perhimpunan semua etnik BAJAU- antaranya iranun, sama, suluk dll.

Safie adalah penaung USBO, sementara Salleh adalah Presidennya, manakalah Tan Sri Pandikar adalah Timbalan Presiden, Amirkahar Tun Mustapha adalah bendaharinya.

Sebelum PRU-12, hubungan antara para pemimpin USBO cukup akrab, namun selepas sahaja PRU-12, kerenganggan itu amat ketara.Nampaknya skrip yang telah dipersiapkan sebelum ini dalam pengwujudan USBO tidak dipatuhi.

Nampaknya wujud sifat "cemburu" yang masih tersembunyi antara para pemimpin USBO. Terlalu sayang, apabila USBO telah diiktiraf, para pemimpinnya pula membuat karenah.

Puak-puak tertentu di kumpulan Safie Apdal menuding jari kepada Presiden USBO, kerana telah menjalinkan kerjasama erat dengan "musuh" mereka. Namun, mereka terlupa bahawa kuasa melantik Timbalan Perhubungan adalah kuasa Persiden. Pendek kata, apabila persiden melantik jawatan pengerusi dan timbalannya, sudah tentu Persiden mahukan kerjasama yang amat erat, agar supaya kekuatan parti senantiasa terpelihara, malah kalau boleh dipertingkatkan.

Mana ada persiden melantik nombor 1 kemudian melantik no 2 sebagai musuh?

Sejak perlantikan Salleh sebagai Timbalan Perhubungan Umno negeri, hubungan dengan Pengerusi perhubungan negeri yakni Datuk Musa Aman amat baik. Sebenarnya ini yang diinginkan oleh persiden parti. Salleh telah berjaya melakukan kerja dan peranannya.

Namun hubungan mesra antara Pengerusi dan Timbalannya dicemburui oleh puak-puak tertentu. Kononnya, hubungan tersebut akan membantut "misi' untuk kembali ke Sabah bagi menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah.

Politik Sabah amat unik sekali. Cuba lihat semasa sistem peggiliran ketua menteri Sabah, Chung Kah Kiat merupakan "loan ranger" dalam DUN, namun masih dilantik sebagai Ketua Menteri.Kata peribahasa-hendak seribu daya-tak hendak seribu dalih.

Senario dalam kepimpinan USBO, yang pada masa kini kelihatan bergolak, penyebabnya adalah Tak tahu menari dikatakan lantai jongkar balik.

Seperti dikatakan diatas, bahawa hubungan Safie Apdal-Najib Razak telah bertahun-tahun, malah Safie disebut sebagai "blue boy" Najib, susahkah sampaikan "Bos saya mahu kembali ke Sabah"- mudah kan.. daripada melakukan suatu aktiviti yang boleh melemahkan hubungan setiakawan, yang nanti pada gilirannya melemahkan parti.

Majlis sambutan Hari Raya bersama pemimpin pada 10 Oktober 2010, di perkarangan Giat Mara Kg. Botung Kota Belud merupakan tindakan yang boleh melemahkan ikatan setiakawan dan parti, apatak lagi, diisukan bahawa Ketua Bahagian Umno Kota Belud tidak merestui majlis tersebut.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Timbalan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, walaupun mendakwa bahawa Majlis tersebut dianjurkan bukan atas kapasiti jawatan dalam parti, akan tetapi sebagai YDP Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia cawangan Sabah.

Awadnir telah dibantu oleh mantan-mantan pemimpin UMNO Kota Belud untuk mejayakan majlis tersebut. OKB sekurang-kurangnya memahami hasat mantan-mantan pemimpin Umno itu, yakni apabila majlis tersebut mendapat sambutan, maka mereka masih boleh mendakwa, kepimpinan mereka masih relevan di Kota Belud.

Apa gunanya menang pertempuran kecil, jika kalah dalam peperangan. Namun, nama juga yang dicari.Sebenarnya kehadiran Datuk Safie Apdal pada Majlis itu nanti, membuktikan bahawa Naib Persiden UMNO dan Menteri Pembangunan Luarbandar dan Wilayah tersebut berada dipersimpangan. Menenruskannya mati bapa, membantalkannya mati emak? Fikir-fikirkanlah.

21 comments:

Anak Sabah said...

Tidak kira bagaimanapun, saya masih rasa Shafie Apdal ini tidak sesuai menduduki tempat KM.

Anak Sabah said...

Jika betul-betul mahu menukar KM, Shafie Apdal bukan calon yang baik.

Unknown said...

I think there are more qualified candidates than Shafie to take over the CM position.

Unknown said...

May it be someone else and not Shafie!

samm said...

apa pun setiap pemimpin perlulah saling bekerjasama dan menjalinkan hubungan yang erat sesama mereka demi kebaikan dan kekuatan bersama.

mantra said...

nampaknya Shafie telah mengorak langkah untuk mengambil alih jawatan ketua menteri. apapun, kita lihat ja nnti samada dia berjaya ataupun tidak.

Sanih Alias said...

Tidak salah untuk menjadi KM, tapi biarlah betul-betul layak seperti kepimpinan Datuk Musa Aman. Kita tunggu dan lihat PRU13 ini.

Bujang Senang said...

kuatkanlah hubungan tali persaudaraan parti. Janganlah kita asyik berpecah kerana perkara kecil. Musuh senang dicari, tapi Saudara dan Kawan tidak semudah itu. jadi UMNO bersatulah untuk menjadi lebih kukuh.

Anonymous said...

saamda Shafie berjya menjadi KM Sabah ataupun tidak kita lihat ja nnti.

madd said...

semangat setiakawan dikalangan pemimpin perlu dikekalkan. dengan kerjasama yang erat ia akan membawa kemenangan bersama kepada semua.

Antanum said...

Sudah lama isu ini menjadi buah mulut orang2.... namun tidak ada apa2 yang berlaku untuk masa yang lama.....Saya rasa ini hanya lah empty talk yang dilakukan oleh pelbagai pihak berkepentingan...

mike said...

jadi, bagaimana dengan USBO sekarang? di mana hala tuju yang harus diambil oleh USBO?

mike said...

sayang sekali di mana tatkala ada pemimpin yang boleh diharapkan, jadi seperti perang dingin. mungkin benar mungkin tidak berlaku perang dingin dikalangan pemimpin2 tersebut.

mike said...

jika benar lah KM akan ditukar, harus dipilih calon yang benar2 bertanggungjawab, bagus budi pekerti, tidak angkuh dan lain-lain yang sewaktu dengannya..lagipun jika orang yang sama juga menjadi calon, kemungkinan akan ditolak oleh rakyat jika rekod calon tersebut terdahulu adalah tidak baik.

mike said...

tunggu sajalah perkembangan cerita ini sama ada benar atau tidak..

Paquin said...

Apapun yang penting bagi saya ialah pemimpin harus bersatu... Utamakanlah kebajikan rakyat dulu k.

Paquin said...

Kalau terlintas niat di hati utk jadi CM, ba buatlah apa yang patut kerana semuanya tu terpulang pada rakyat juga ba.. Kalau rakyat yakin & bagi sokongan rasanya niat di hati pasti terkabul.

Paquin said...

Tapi sekarang ni Musa Aman adalah CM Sabah jadi kita kenalah hormati belia. Segala desas desus yang kononnya ada pemimpin nak jadi CM tu pedulikanlah... Kita tunggu & lihat saja perkembangannya nanti.

Paquin said...

PRU13 bakal menjelang bila2 saja. Jadi rakyat kenalah bijak membuat penilaian..

Paquin said...

Setuju dengan amrul. UMNOBN harus bersatu supaya lebih kukuh :) All the best!!!

Anonymous said...

dalam politik, yang kawan boleh jadi lawan dan yang lawan boleh jadi kawan. sebaik2nya, kumpulan parti yang berada dalam satu bumbung wajar berkerjasama dan mengekalkan hubungan baik untuk kebaikan bersama. malangnya politik hari ini lebih cenderung kepada memperolehi kuasa berbanding dengan tanggungjawab sebenar mereka. ini yang patut dielakkan jika ingin kekal lama dalam perjuangan politik.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels