15 October 2010

Intipati Bajet 2011

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.

Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010

Perbelanjaan kos operasi - RM162.8 bilion

Perbelanjaan kos pembangunan - RM49.2 bilion

Berikut petikan penting ucapannya:

* Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
* Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
* Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
* Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

* Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
* Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.

* Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
* Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
* Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
* Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah
* Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
* Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
* Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
* Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
* Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
* Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus
* Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan
* RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
* RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia
* Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam

22 comments:

Anonymous said...

intipati bajet 2011 ini dilihat dapat membantu menjadikan negara menjadi lebih maju dari segi pembangunan dan ekonomi. tapi apa yang penting perlaksanaannya nanti diharap akan berjalan dengan lancar.

Jason said...

Berdasarkan Intipati bajet 2011, saya berpendapat bahawa ia dapat memajukan Malaysia. Syabas! Yang penting sekarang ialah pastikan bajet 2011 dilaksanakan.

Hamdan Hadillah said...

Salam diucapkan kepada pengarang,

Memang kita mengharapkan semua yang dirancang akan berjalan dengan lancarnya. Apa pun kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menyokong semua kebaikkan yang dilakukan oleh kerajaan dan membantah atau menegur kesilapan kerajaan ini untuk memperbetulkan kesalahan tersebut. Oleh itu mari kita sama-sama meyokong apa yang dilaksanakan oleh kerajaan itu. Semoga Malaysia menjadi negara yang membangun dan maju pada masa akan datang.

Anonymous said...

bajet 2011 yang diperuntukkan dilihat dapat membantu membangunkan negara kita.

Hosie Masie said...

Membangunkan negara dan kepentingan rakyat diutamakan dalam bajet 2011 ini. harap ini akan terlaksana dengan jayanya.

lisa said...

Tidak dinafikan bajet ini kali telah mengembirakan majority penduduk malaysia. Apa2x pun saya berharap perlaksanaannya akan berjalan dengan lancar. Semoga kerajaan tidak akan menghampakan rakyat.

Unknown said...

Saya sokong dengan bajet 2011 ini kerana ia dapat membantu malaysia dari segi pembangunan dan ekonomi.

evan medhousky said...

keputusan Bajet 2011 adalah hasil pemikiran antara kerajaan dan rakyat dimana sebelum ini Najib telah mengalu2kan seluruh rakyat Malaysia mengemukakan cadangan untuk belanjawan negara. oleh itu, bajet 2011 ini sepatutnya dapat memuaskan semua pihak kerana sebahagian besar intipatinya adalah cadangan dan pandangan orang ramai.

evan medhousky said...

yang paling penting sekali, diharapkan bajet ini dapat mencapai matlamat untuk menetapkan rentak mentransformasikan Malaysia supaya menjadi sebuah negara maju dengan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020...

Unknown said...

Jika Bajet 2011 ini benar2 dilaksanakan, wah satu berita gembira yang besar! Benar2 ingin mmajukan negara.

samm said...

bajet yang baru diumumkan oleh PM adalah baik dan dapat memajukan ekonoomi negara. pada masa yang sama aspek pembangunan juga tetap diambil berat. semoga apa yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan baik.

Antanum said...

Semoga bajet ini dapat menanpung kemahuan rakyat seterusnya membawa kepada keselesaan hidup rakyat.

Unknown said...

rakyat Sabah mendapat banyak manfaat dari budget yang dibentangkan dan antaranya ialah projek akuakultur, pembangunan infrastruktur dan pelbagai prasarana, pembangunan kampus sandakan UMS, pembangunan projek karambunai dan SESB, dan banyak lagi lah...cuma penyaluran wang tersebut haruslah secara telus. jangan pula ada gigit sana sini dan yang rakyat dapat cuma tulang-tulang dan sisa baki....:)

Unknown said...

rakyat sabah amat mengharapkan prasarana dan kemudahan infrastruktur yang ada..setanding dengan yang terdaapt di SM

Unknown said...

syabas kerajaan!

Unknown said...

pemansuhan ptk membolehkan lebih ramai penjawat awam naik pangkat dan gaji. makin banyaklah mereka berbelanja dan makin banyaklah pendapatan kerajaan melalui cukai yang dikutip:)

Unknown said...

saya harap bukan saja penjawat awam dapat nikmati kenaikan pangkat lebih cepat....gaji minimum pekerja swasta secara menyeluruh juga harus dikaji dan diperluaskan kepada pelbagai sektor

mike said...

bajet 2011 ini dilihat mampu mencorakkan lagi pembangunan negara ke arah negara berpendapatan tinggi pada 2020..

mike said...

kerajaan haruslah memastikan semua perancangan yang terkandung dalam bajet 2011 dapat dilaksanakan dengan jayanya..jangan lah baet 2011 ini hanya cantik di atas kertas.

mike said...

diharapkan Malaysia akan terus membangun bagi mencapai matlamatnya..bajet 2011 ini dilihat mampu membentuk satu persekitaran baru yang lebih mesra rakyat..

Anak Sabah said...

Diharapkan bajet ini akan membantu meningkatkan kualiti hidup semua rakyat negara.

Anak Sabah said...

Semoga bajet ini boleh direalisasikan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels