22 October 2010

Kami hanya mahu kemudahan asas

Perhimupnan agung umno kali ini tertumpu kepada kandungan perlembangan yang telah dipersetujui oleh semua kaum diambang merdeka dan seterusnya menjadi kontrak sosoal negara selama 53 tahun.

Di Semenanjung, perkara-perkara dalam perlembangan perlu dibangkitkan semula, ekoran pembangkitan kaum cina dan india mengenai hak-hak melayu yang mana telahpun terkunci dalam perlembagaan negara.

Sebelum PRU-12, walaupun pembangkitan soal isi perlembagaan dibangkitkan akan tetapi pembangkitannya tidak terlalu menonjol. Namun apabila Anwar Ibrahim membangitnya, yang mengatakan bahawa hak-hak melayu dan bumiputera seperti mana yang terkandung dalam perlembagaan itu, adalah punca negara tidak mampu bersaing dalam penarikan pelaburan asing, kerana ianya dikatakan tidak adil adalah katalis kepada puak-puak pelampau pembangkang terutama DAP membangkitkannya.

Di pihak BN, MCA dan Gerakan terikut-ikut rentak DAP dalam mempersoalkan kandungan perlembangan, terutama artikel 153.

Namun bagi rakyat Kota Belud, perbahasan mengenai kandungan perlembagaan itu, masih jauh untuk ditelaah. Rakyat Kota Belud hanya memerlukan kemudahan asas bagi menunjukkan rakyat negara yang sudah merdeka.

Walaupun Kota Belud telah menikamti pembebasan daripada penjajah 47 tahun lalu, namun sebagai rakyat yang merdeka pada sebuah negara yang merdeka, kemudahan asas yang sepatutnnya perlu dinikamti oleh rakyat seharusnya telah tersedia berdekad yang lalu.

Silap siapa? wakil rakyat atau negeri atau negara?

13 comments:

samm said...

usaha untuk memenuhi keperluan asas penduduk perlu diteruskan. ini penting bagi penduduk untuk mendapat kehidupan yang lebih selesa.

Hamdan Hadillah said...

Kepentingan rakyat jangan dilukakan. Tidak kira apa bangsa, kaum dan agama sekali pun. Apa yang penting adalah adil terhadap semua.

Hosie Masie said...

Permintaan rakyat janganlah dihampakan. Kemudahan yang diingini perlu diberikan kepada mereka. Itu sudah cukup untuk mereka kemudahan asas yang lengkap. harap kerajaan akan memberikan yang terbaik.

evan medhousky said...

memberikan kemudahan asas jauh lebih mudah berbanding dengan meminda perlembagaan. kerajaan sepatutnya tidak mempunyai masalah dalam memenuhi tuntutan rakyat Sabah berhubung dengan kekurangan kemudahan asas. rakyat Sabah telah banyak kali bertolak ansur dengan kerajaan, oleh itu kerajaan juga perlu melakukan perkara yang sama.

Anak Sabah said...

Diharapkan kerajaan boleh membantu rakyat dengan memenuhi permintaan mereka.

Unknown said...

"Walaupun Kota Belud telah menikamti pembebasan daripada penjajah 47 tahun lalu, namun sebagai rakyat yang merdeka pada sebuah negara yang merdeka, kemudahan asas yang sepatutnnya perlu dinikamti oleh rakyat seharusnya telah tersedia berdekad yang lalu.
Silap siapa? wakil rakyat atau negeri atau negara?"

Tidak kira silap siapa, yang penting mereka berkerjasama untuk meningkatkan lagi usaha mereka untuk memenuhi keperluan asas penduduk. Penduduk akan hilang kepercayaan mereka terhadap kerajaan jika janji-janji yang ditaburkan tidak ditunaikan.

Unknown said...

PRU13 pun semakin dekat. Jikalau kerajaan tidak membuat apa2x yang sepatutnya untuk menolong rakyat, kemungkinan besar mereka akan kalah kepada pembangkang.

mandau said...

apa yang rkayt inginkan adalah pembangunan dari segi kemudahan asas, kerajaan harus mengutamakan kemudahan ini kepada semua rkyat.

Unknown said...

Masih ingat dengan janji PM ketika beliau merasmikan Hari Malaysia di Padang Merdeka, jika tidak silap saya "cuma beri kami masa selama 10 tahun saya percaya kemudahan2 asas akan lengkap sepenuhnya."

Another 10 years? After 47 years?

Unknown said...

Itulah hakikat sebenarnya. Kami hanya mahu kemudahan paling asas sekali. Selepas itu, jika pembinaan menara 100 tingkat itu mahu diteruskan, teruskanlah.

madd said...

diharapkan kemudahan asas penduduk dapat disediakan dengan sebaiknya kerana ianya merupakan keperluan bagi penduduk.

Anonymous said...

kerajaan perlu utamakan kepentingan rakyat, rkyat inginkan pembangunan terutama dari segi kemudahan asas.

Bi said...

Masih terdapat banyak lagi tempat yang mengalami masalah kemudahan asas. Saya rasa tidak akan berakhir masalah ini jika semua pihak tidak ingin bersama2 bertangungjawab untuk menyelesaikan masalah ini.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels