8 October 2010

Technicians sekolah Sabah semuanya bukan penduduk negeri ini

Datuk Yong Teck Lee mendakwa bahawa 400 technicians untuk menyelenggara komputer di seluruh sekolah di Sabah bukan penduduk asal negeri ini.

Jika benar dakwaan ini, sebab itulah ramai sangat graduan atau diploma penduduk asal negeri ini yang memiliki kelayakkan ICT masih menganggur.

Berasaskan kepada contoh ini, Yong Teck Lee berjanji, jika SAPP memerintah negeri Sabah selepas PRU-13, maka tindakan utamanya adalah mengkaji semua pekerjaan yang sebenarnya mampu dilakukan oleh penduduk negeri akan tetapi disandang oleh bukan asli negeri ini ditinjau semula.

SAPP akan mengurus negeri ini berasaskan 20 perkara sepertimana perjanjian pada 16 September 1963, semasa Sabah-Sarawak-Semenanjung-Singapura membentuk Persukutuan Malaysia.

Yong Teck Lee mengatakan demikian pada 1Oktober lalu di Papar Sabah semasa merasmikan AGM SAPP peringkat Pantai Manis dan Kawang.

29 comments:

azman said...

sebaiknya peluang pekerjaan yang ada diberikan kepada penduduk Sabah. ini bagi membolehkan warga Sabah mengisi jawatan yang ada di negeri ini.

SAPP mungkin menjadikan pekara ini untuk mendapat sokongan, tapi selama ini apa yang SAPP sumbangkan kepada rakyat?

Unknown said...

Sabar...borneonisation sedang dalam proses sekarang...tidak lama lagi byk jawatan2 federal akan dipegang semula oleh Sabahan...so SAPP can play with the issues now before borneonisation policy fully implemented...

Unknown said...

Ya betul tu..tidak payah peranan SAPP pun memang semua rakyat Sabah nampak bahawa peluang pekerjaan sekarang seboleh-bolehya diutamakan kepada rakyat Sabah dulu untuk mengurangkan pengangguran di kalangan anak2 Sabah.

Anonymous said...

mmg penduduk Sabah perlu diberi keutamaan dalam mendapatkan peluang pekerjaan.

Hamdan Hadillah said...

Lebih baik jika kerajaan memberikan peluang kepada rakyat sabah sendiri untuk menjadi tecnician untuk sekolah-sekolah di Sabah.

azman said...

golongan muda atau belia Sabah juga patut berusaha untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada di Sabah. harap jawatan-jawatan yang ada di Sabah dapat diisi oleh belia yang berasal dari negeri ini.

Anonymous said...

isu pekerjaan telah dijadikan SAPP sebagai agenda politik mereka. tp bagaimanapun, masalah ini sudah mula berkurang di Sabah.

Unknown said...

YTL saja untuk membangkitkan isu ini. Memang sejak mula lagi peluang ini diberikan kepada rakyat sabah, tapi kerana belum cukup pengalaman maka mereka di awasi oleh tenaga mahir dari semanjung. Setahu saya, di sekolah saya dulu yang membuat penyelenggaraan adalah orang sabah sendiri dan mereka juga telah menyelanggara di berberapa buah sekolah di seluruh sabah. Mungkin YTL hanya mendengar dari orang lain tetang ini. Tapi kenyataan adalah kurang tepat.

Sanih Alias said...

Sebagai penduduk sabah yang berpelajaran, janganlah menunggu kerja datang sendiri tapi cuba untuk mencari dimana ada peluang. Persaingan sekarang sangat banyak bukan mudah untuk diperolehi sekiranya tidak dengan usaha.

Anonymous said...

teruskan menyumbang keperihatinan terhadap isu2 di Sabah, mana2 parti pun boleh menggunakan isu yang sama semata2 untuk kepentingan politik. tidak salah meluahkan keperihatinan, tapi bersabarlah jika rakyat masih belum bersedia menerima SAPP..

Anonymous said...

mungkin kerajaan boleh menggunakan dan menyelesaikan isu2 yang telah dibangkitkan oleh parti2 lain untuk mengukuhkan kedudukan sekaligus menghapuskan segala bahan2 politik pihak pembangkang.

Bi said...

Bulih Tahan janji2 yang dikatakan oleh Yong.... Mungkin kah sejarah SAS akan berulang????

mike said...

pekerjaan terutamanya sektor kerajaan di negeri sabah seharusnya diberikan kepada penduduk negeri yang berkelayakkan..ramai graduan2 sabah dalam pelbagai bidang yang masih menganggur kerana peluang itu telah diberikan kepada mereka yang bukan penduduk sabah.

mike said...

hak rakyat sabah harus diiktiraf untuk bekerja dalam sektor kerajaan baik negeri atau persekutuan di sabah. perjanjian 20 perkara harus dihormati dan ditunaikan sepenuhnya.

mike said...

SAPP cuba menggunakan isu ini dan isu tanah sebagai umpan politik mereka bagi memancing sokongan rakyat sabah..namun, kewibawaan SAPP kini tidak dipercayai oleh rakyat berikutan sejarah telah mengajar mereka.

mike said...

betulkah semua technicians di sekolah2 sabah bukan penduduk negeri ini? macam tidak masuk akal statistik YTL..takkan tiada seorang pun rakyat sabah? mungkin YTL sengaja memutar belitkan fakta untuk dia berpeluang menjadi KM sabah semula.

mike said...

inilah orang politik..senang saja menaburkan janji tetapi apabila dituntut untuk menunaikannya mereka membisu dan hilang entah ke mana..rakyat tidak harus percaya kepada janji2 seperti ini tetapi haruslah bersikap lebih realistik.

Unknown said...

adakah benar jumlah 400 technician tu warga asing? bagaimana dia tahu jumlah tu?

Unknown said...

memang benar pekerjaan sedia ada di Sabah adalah untuk rakyat tempatan. adakah semua technician tersebut mendapat gaji setimpal?

Unknown said...

SAPP telah menunjukkan belangnya bahawa dia sebenarnya mengidam pegang jawatan utama di Sabah. ia menunjukkan sikap desperate...

Anak Sabah said...

Setahu saya, kerajaan Sabah memberikan Kursus ICT secara percuma kepada sesiapa yang berminat.

Anak Sabah said...

Yong Teck Lee mengeluarkan kenyataan ini yang tidak seimbang. Dia hanya menyata bilangan technician yang bukan penduduk Sabah, tapi tiada amaun bagi penduduk Sabah. Bagaimana dia tahu tiada langsung penduduk Sabah yang menjadi technician?

Lucas said...

President SAPP perlu jg ingat kembali kesalahan yg dilakukannya ketika beliau menjadi Ketua Menteri Sabah...

kb girl said...

Kita tidak membantah jika Sabah tidak mempunyai rakyat yang mempunyai kemahiran tersebut.
Akan tetapi teknician yang dibawa dari Sem ini banyak terdapat dalam negeri Sabah, hairan kenapa peluang ini tidak diberi keutamaan pada rakyat Sabah.

Unknown said...

Tidak hairanlah kadar penganguran Sabah tinggi.
Kerja yang boleh dilakukan orang tempatan diberi kepada orang luar.

Unknown said...

Hairan, jadi bagaimana pula dgn graduan2 IT hasilan negeri Sabah?

Unknown said...

Borneonisation dapat menyelesaikan masalah ini.

Milus bin Hj. Abd. Wahad said...

...komen samsiah itu seolah-olah menghina pegawai-pegawai dari Sabah konon belum berkemahiran dan berpengalaman..kenapa universiti yang orang Sabah masuk itu tidak berwibawa...terlalu merendah-rendahkan kredibiliti pegawai Sabah...Sabah selama ini dibangunkan oleh orang Sabah, belum ada bangunan di Sabah yang tumbang lagi...tapi di Semenanjung dah banyak kejadian berlaku... siapa sebenarnya yang berpengalaman Sabah atau Semenanjung?

Brendan said...

heheheheh typical YTL...always want to exaggerated things & issues..why dont he try to find a way how not to look bald??oppss siouu...

to say 'ALL' the technician in Sabah are non-Sabahan is not true..Most of them are indeed Sabahan & only some from the peninsula was brought in...

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels