23 November 2010

Agak-agaknya apa yang penduduk Kota Belud Tunggu?

Seribu janji daripada pemimpin telah biasa kita dengar sejak wujudnya negeri Sabah. Janji seperti "Tunggu kalau kita ada kuasa" pasti semua keluhan dan rungutan rakyat akan dipenuhi.

Namun tahun berganti tahun, rancangan 5 tahun telah berganti-ganti, namun rungutan dan keluhan rakyat, hingga kini pun belum terpenuhi.

30 tahun lalu, penduduk yang ada sawah masih mampu menghasilkan padi, kerana kawasan persawahan walaupun tergantung curahan hujan, pun masih bisa menghasilkan. Namun kini, persawahan yang tergantung curah hujan itu tidak lagi dapat menghasilkan apa-apa, kerana perubahan bentuk bumi. Jika dahulu, sungai Tempasuk dipenuhi air jernih, kini bukan sahaja menguning tapi telah menjadi tohor.

Jika dahulu air sawah tidak gantal, kini gatal apabila terkena badan, sebabnya aliran air sungai tidak selancar dahulu. Akibat endapan di muara, maka aliran sungai tidak seperti biasa lagi. Air tertakung, menyebabkan berkembang biaknya bakteria.

Jika dahulu ikan sepat, pahit, banglos,kabulan masih boleh hidup, kini hanya hanya tilapia dan jalak mutasi daripada ikan haruan yang masih menghuni kerana ketahanan jenis ikan tersebut kepada air kotor.

Persekitan telah berubah, namun keadaan penduduk masih ditakuk lama. Memang diakui bahawa telah banyak rumah-rumah mewah diperkampungan, namun itu semua milik mereka yang berkerja dengan kerajaan dan mereka yang mendapat bantuan daripada kerajaan kerana sifat hubungan mereka dengan pegawai-pegawai kerajaan.

Bagi penduduk yang bergantung harap dengan usaha sendiri, tidak dapat dinafikan, masih bisa hidup, tetapi kehidupan mereka masih ditahap primitif, yakni kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Apa kah penyebabnya? Kota Belud tidak mempunyai industri yang boleh memberikan pandapatan kepada penduduk yang bukan kakitangan kerajaan.

Apa yang penduduk Kota Belud Tunggu? Sabah Development Corridor telah pun bermula. Sejak bermulanya SDC telah hampir 500 juta ringgit telah dibelanjakan, namun tiada sedikitpun tertempias ke Kota Belud.

Memang benar kita mendengar projek Jelapang Padi, kita nampak bertimbun-timbun paip PVC bertimbun di kampung Kaguraan, kita nampak bagaimana transformasi persawahan di Kg Tamau Kota Belud yang menelan perbelanjaan 40juta mengikut kontrak, namun semuanya itu adalah kos kontrak, bukan projek yang secara langsung memberikan peluang pekerajaan kepada rakyat. Apabila projek-projek itu siap, maka mereka yang ada sawah sahaja yang dapat menafaatnya, bagi mereka yang tidak bertanah, mungkin juga sebagai kuli? Masih ada kah generasi sekarang mahu jadi kuli?

Kononnya apabila ada pemimpin Kota Belud ada kuasa, maka semua keluhan penduduk akan teratasi? benar Kah? bagi OKB semuanya itu hanya permainan kata-kata untuk menyedapkan telinga siapa yang mendengarnya.

Bagi OKB, setiap kemajuan itu mesti ada perancangan, kerana perancangan itu memperlukan masa yang panjang untuk merealiasinya. Tidak perlu menunggu "ada kuasa dulu" baru merancang, kerana telah terbukti, apabila ada kuasa maka "perancangan" tidak menjadi, kerana kesibukkan luarbiasa. Kesibukan mengatur pengikut yang marah-marah, pengikut yang memaki hamun para pegawai kerajaan dan perbuatan pengikut yang membuat ancaman sana ancaman sini.

Perancangan hendaklah dibuat daripada sekarang. Master Plan mesti ada, dan apabila "kuasa singgah di tangan" maka dengan serta merta master plan itu dapat dilaksanakan.

OKB tidak pasti apa kah para pemimpin daerah ini ada Master plan? Biasanya Master Plan bukan perkara rahsia, kerana ianya melibatkan R&D, dan kalau peringkat negeri sekurang-kurangnya melibatkan Pejabat Daerah atau pihak IDS. Namun hingga kini, OKB belum pun mendengar adanya Master Plan untuk daerah Kota Belud.

Jadi agak-agaknya apa yang penduduk Kota Belud tunggu?

25 comments:

Jonny said...

Diharapkan semua rakyat Sabah akan menikmati kualiti hidup yang lebih tinggi dengan bantuan kerajaan.

Jonny said...

Diharapkan kerajaan tidak akan mengecewakan rakyat yang menyokong.

ferlo said...

penduduk kota belud inginkan pembangunan yang boleh menperbaiki taraf hidup mereka.

samm said...

diharapkan penduduk Kota Belud akan mendapat pembangunan dan kemudahan yang mereka harapkan selama ini.

samm said...

selain itu, usaha untuk meningkatkan taraf hidup penduduk perlulah diambil berat agar penduduk dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan selesa.

Leo said...

Semoga janji2x yang diberikan oleh kerajaan ditunaikan. Sila jangan kecewakan rakyat.

langsat said...

Bagi saya, projek-projek yang terbengkalai harap dapat disiapkan. Sekurang-kurangnya ia dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk yang berhampiran.

langsat said...

Sebenernya rakyat tidak perlu menyuarakan lagi permasalahan mereka kerana pemimpin di setiap daerah tertentu sudah mengatahui permasalahan ini. Sepatutnya masalah-masalah ini sentiasa dikemukakan agar mendapat perhatian untuk dipertimbangkan.

mandau said...

pemimpin kota belud perlu peka dgn keinginan rakyat. segala pemasalahan rakyt yg diutarakan perlu diambil tindakan.

rebirth said...

akan ada masanya bila pemimpin2 yang tidak produktif kepada rakyat ini akan terjaga dan tersentak dari lamunan setelah rakyat memutuskan untuk memilih haluan lain walaupun haluan itu belum tentu ada jaminan masa depan yang baik. sekarang pemimpin2 ini boleh lah mengabaikan rakyat, tetapi bila sampai masanya rakyat pula akan mengabaikan pemimpin2 ini.

rebirth said...

rakyat bukannya minta yang pelik2 atau luar biasa. apa yang mereka perlukan adalah kemudahan yang paling asas bagi memperlengkapkan mereka dan daerah mereka setaraf dengan daerah2 lain. kerajaan tidak mempunyai masalah dalam merealisasikan tuntutan2 rakyat, tapi yang mencipta masalah ini adalah pemimpin2 lidah bercabang yang hanya aktif bila musim pilihan raya..

Paquin said...

Hanya orang KB saya yang tahu jawapannya.

Paquin said...

Setiap janji yang telah ditabur harus dikotakan dan jangan biarkan para penduduk ternanti-nanti. tengok apa dah jadi??? kan dah kena kritik!

Paquin said...

Para pemimpin KB harus lebih agresif dan buktikan pada penduduk KB mereka adalah pemimpin yang boleh diyakini. Jangan biarkan rakyat terus kecewa.

Paquin said...

Setuju langsat. Siapkan projek2 yang dah terbengkalai kerana hal ni secara tidak langsung mampu meningkatkan taraf hidup para penduduk dengan adanya peluang pekerjaan :)

Paquin said...

Saya harap para pemimpin akan jalankan kewajipan mereka sebaik mungkin.

Salmalini said...

Kerajaan buatlah apa yang telah dijanjikan kepada rakyat. Kita mahu kerajaan bukan pemimpin yang janji tinggal janji. Rakyat akan memberikan sokongan yang terbaik jika kerejaan berjuang untuk rakyatnya.

Ichigo said...

Apa yang penduduk KB mahukan dan tunggu??mestilah janji yang berikan. Berikanlah perubahan kepada mereka. Jangan lupa tugas sebagai pemimpin.

lyla said...

Penduduk KB harus proaktif memperjuangkan hak, jangan tunggu YB, YB tidak pengang janji, jangan undi dia lagi.

makmur said...

Apa yang ditunggu penduduk Kota Belud sama seperti apa yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat Sabah.

mirror said...

Penduduk Kota Belud sedang memimpikan impian mereka menjadi kenyataan.

shukri said...

Taraf hidup yang lebih baik, pendapatan yang tetap, infrastruktur yang sempurna.

kilat said...

Saya bukan penduduk Kota Belud, tapi saya rasa sama saja seperti rakyat Sabah yang lain. Kita mengharapkan masa depan Sabah yang lebih baik.

umiaida said...

Kita mengimpot 70% pada untuk kegunaan Sabah. Jelapang padi KB dapat meningkatkan keluaran padi negeri.

Antanum said...

Kerajaan dan rakyat perlu mengembleng tenaga bersama untuk menjadi lebih baik dimasa akan datang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels