18 November 2010

BN kekal kuasai Sabah selepas PRU-13?

Apakah SABAH terus membuktikan bahawa ia masih kekal sebagai 'akaun simpanan tetap' Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13?.

Berasaskan rekod, BN Sabah memperoleh kemenangan besar dengan memenangi 24 daripada 25 kerusi Parlimen dan 59 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan untuk dua PRU berturut-turut (2004 dan 2008).

Meskipun BN Sabah mampu menebus semula kerusi Parlimen Sandakan dan DUN Kuala Penyu pada PRU-12, tetapi pada kali ini kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjong pula terlepas ke tangan DAP. Apa kah Datuk VK Liew masih mampu mempertahakan kerusi Sandakan pada PRU-13?

Memandangkan trend pengundi cina pada PRU-12 mahupun PRK-PRK selepas PRU itu, kemungkinan Sabah kali ini akan kehilangan banyak kerusi yang berpengundi majoriti cina. Sekurang-kurang 19 DUN akan hilang berserta 4 kawasan Parlimen.

Walaupun rakyat Sabah pernah mengalami zaman gelap politik Sabah sebelum ditadbir BN, namun rakyat kini merasa muak dengan sepak terajang para pemimpin BN itu sendiri. Rakyat telah memberi peluang seluas-luasnya sejak tahun 1994, namun keadaan rakyat terutama di kawasan-kawasan terpencil dan pinggir bandar seolah-olah masih dibiarkan tanpa pembelaan yang konkrit.

Kawasan Kota Belud misalnya, walaupun telah diuar-uarkan akan berlaku lonjakkan perekonomian kerana adanya projek Jelapang padi dan agropolitan, namun rakyat belum menikamtinya, kerana kelancaran projek itu begitu perlahan sekali. Infrastruktur yang diperlukan seperti pembinaan Dam yang merupkan komponen utama projek Jelapang padi itu, masih samar-samar, kerana masalah kawasan yang mendapat protes daripada penduduk setempat di mana Dam itu akan dibina.

Masalah air bersih yang merupakan desakan penduduk Kota Belud sejak tahun 2004, hingga kini belum ada tanda-tanda akan selesai.

Wakil Rakyat Kota Belud Datuk Rahman Dahalan, walaupun sibuk turun padang terutama pada hari-hari perayaan besar seperti Hari raya, namun kehadirannya hanya sebagai memenuhi undangan, tanpa ada ole-ole yang bersifat pembangunan untuk penduduk.

Memang diakui wakil-wakil rakyat Kota Belud samaada ADUN atau Parlimen, memang selalu turun padang, melihat permasalahan rakyat, namun kapasiti sebagai wakil rakyat tidak akan ke mana-mana-tanpa ada polisi daripada peringkat negeri atau pusat untuk membawa pembangunan bagi kawasan Kota Belud.

Seharusnya kerajaan Negeri perlu memberi keutamaan kepada pembangunan kawasan Kota Belud, kerana daerah ini tempat UMNO mula bertapak, sehingga UMNO menjadi tulang belakang kerajaan negeri.

Dalam Kabinet Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman-tiada seorangpun wakil rakyat Kota Belud menjadi menteri penuh, yang ada hanya pembantu menteri. Benarlah Musa Aman berterima kasih kepada pengundi Kota Belud dengan melantik semua ADUN menjadi pembantu menteri, namun kita tahu, kapasiti pembantu menteri rasanya belum berbaloi dibanding pengorbanan rakyat kawasan itu kepada keutuhan barisan nasional negeri.

Melihat kepada sokongan padu rakyat Kota Belud kepada kepimpinan Musa Aman, maka dua pemimpin kanan daerah ini telah diberi perananan, yakni Tan Sri Pandikar Amin sebagai Speaker dewan Rakyat dan Datuk Salleh Tun Said sebagai penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri berstatus menteri.

Namun penghormatan kepada dua pemimpin kanan daerah itu juga belum berbaloi, kerana apa yang penduduk Kota Belud mahukan adalah pembangunan yang bercorak ekonomi agar supaya penghidupan rakyat, dimana jumlah penduduk termiskin terramai di negeri di bawah bayu ini bermastautin di daerah Kota Belud.

Sejak tahun 1994, belum ada projek yang bercorak ekonomi dan bersifat mega yang membolehkan penduduk Kota Belud dapat meningkatkan pendapatan mereka, yang ada hanya pembinaan bas stop, membaiki jalan lorong kaki, membaiki jambatan gantung dan projek kecil-kecilan lainnya.

Bilakah giliran hub pembangunan merayap di Kota Belud? apa kah menunggu rakyat bosan sehingga menolak BN kerana protes? Kita nampak pada PRU-12 lalu, semua majoriti calon BN merosot sekali, kerana protes. Calon Kedamaian daripada PBS Timbon Lagadan, hanya mempunyai majoriti 649 undi.

Rakyat kini telah celik maklumat, pemimpin politik tidak akan mampu membendung kehendak rakyat, kalau kata mereka protes, atau tolak, maka ertinya tolak lah itu.

Kepada para pemimpin daerah ini... melangkah lah ... bawalah pembangunan yang bercorak ekonomi ke daerah ini, sebelum rakyat membuat keputusan. OKB rasa, jika penduduk Kota Belud membuat protes dengan menolak BN, ada kemungkinan kawasan-kawasan lain akan ikut sama. Sentimen Kota Belud, terbukti.. pada setiap penggantian kerajaan negeri ini.

35 comments:

Jonny said...

Rakyat Sabah telah menyokong kerajaan BN selama ini, Kerajaan BN perlulah berusaha berkhidmat untuk mereka.

Jonny said...

Jika bukan kerana rakyat yang menyokong, kerajaan BN tak akan menang besar dalam pilihan raya sebelum ini. Kerajaan perlu ingati sumbangan siapa yang paling besar.

mantra said...

rakyat telah memberi kepercayaan kepada BN untuk berkhidmat. BN seharusnya memanfaatkan kepercayaan yang diberikan rkyat. bantulah rkyat untuk maju, jika bersikap sambil lewa terhadap rkyat, sokongan rkyat akan hilang.

mike said...

adalah menjadi tanggungjawab wakil rakyat di KB untuk membawa isu2 rakyat ke peringkat pimpinan agar mendapat perhatian yang sewajarnya..

mike said...

walaupun KB melahirkan ramai pemimpin peringkat negeri mahupun persekutuan namun masih jauh ketinggalan dari sudut pembangunan berbanding dengan daerah2 sekitarnya..apakah pemimpin2 KB ini hanya mempergunakan undi di KB sebagai platform kelangsungan politik mereka..pemimpin yang ada pun bukannya tinggal di KB tetapi di bandar seperti KK..

mike said...

arus pembangunan yang sangat perlahan di KB kini merimaskan dan menjelekkan..namun halangan2 seperti protes penduduk terhadap pembangunan seperti DAM antara faktornya..mungkin penduduk harus menyatakan bentuk pembangunan yang diingini..

mike said...

kerajaan BN baik negeri mahupun persekutuan harus mempraktikkan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' sepenuhnya dalam khidmat mereka kerana dilihat hanya dipraktikkan dalam keadaan2 tertentu seperti masa pilihanraya dan di sektor2 tertentu..

akmalina said...

Mungkin itu tidak dinafikan lagi BN akan menguasai Sabah selepas PRU13, tapi jika BN tidak buat yang terbaik tidak juga dinafikan bahawa BN akan keluar dari Sabah. Oleh itu, BN harus memberikan yang terbaik untuk rakyat.

ali asgar said...

Kita boleh tengok sendiri,PRU12 pada kali ini kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjong pula terlepas ke tangan DAP.jadi BN harus mengatur strategik dan mencari dimanakah kelemahan dalam parti itu sehingga DAP boleh menawan kerusi tersebut. Kita percaya jika BN tidak buat yang terbaik BN akan jatuh di Sabah.

shazla said...

Jangan sia-siakan sokongan rakyat terhadap BN selama ini. Laksanakan tugas yang telah diamanahkan. jangan membuat rakyat hampa dengan cara pemimpinan BN. Kita mahu BN menang majoriti di Sabah Sarawak dan semenanjung.

Nicole Tasha said...

We only will know the answer after Sabahan done with the GE13.

onong said...

Ini saya tidak pasti. Saya cuma harap Sabah dapat yang terbaik saja.

rebirth said...

kita tidak tahu apa yang bakal menjadi pertimbangan rakyat dalam PRU akan datang. tetapi sebagai parti atau pemimpin yang telah banyak pengalaman dalam bidang politik, mereka sepatutnya tahu apa yang perlu dilakukan.

rebirth said...

jika desakan dan rungutan hari ini tidak membawa kesan kepada kerajaan, selepas PRU akan datang, kerajaan hari ini mungkin tidak perlu lagi mendengar desakan dan rungutan tersebut.. rakyat tidak akan mendengar semua janji pilihan raya kerana sudah terbukti semua itu sekadar janji tanpa ada tindakan seperti mana tahun2 sebelumnya.

rebirth said...

masa2 yang ada sekarang adalah masa kritikal, dan sepatutnya semua jentera BN sedang berkerja keras mengukuhkan kubu disemua peringkat. saya harap pemimpin atasan memandang serius serta mengambil tindakan terhadap ketidakpedulian pemimpin2 Kota Belud yang sengaja mengabaikan tanggungjawab mereka di daerah berkenaan.

Larry said...

Nothing is certain at the moment, we'll see how it goes after the next GE.

supra said...

jika dilihat KB merupakan derah yang melahirkan ramai pemimpin hebat2. tapi, hingga kini KB masih lagi mundur. apa guna ada pemimpin2 hebat jika kawasan sendiri diabaikan.

supra said...

pemimpin2 KB sering bersaing antara satu sama lain. masing2 nak mengukuhkan pengaruh sehingga kebajikan rkyat diabaikan. adalah lebih baik jika mereka bekerjasama untuk membangunkan KB. berjuanglah untuk rakyat.

Logop said...

Terpulang kepada rakyat sabah jika mereka masih mahu BN kekal di Sabah. Saya percaya rakyat sabah tahu apa yang terbaik untuk mereka.

Logop said...

Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja PRU13 nanti. Kemungkinan juga rakyat Sabah akan berubah fikiran. Taulahkan, dalam politik, apa2x pun boleh terjadi.

Logop said...

Oleh itu, BN kenalah berusaha. Jangan kecewakan rakyat sabah!

nurfatihah said...

Saya lihat sudah ramai blogger2 dari Kota Belud, jadi bermaksud anak-anak KB kini semakin celik IT dan mengambil berat akan politik KB. Jadi saya rasa pemimpin KB perlu ambil perhatian akan ini, jangan tuggu sampai rakyat meluat.

nurfatihah said...

Sudah berpuluh-puluh tahun BN menang di Sabah, BERPULUH-PULUH. Bila lagi mahu bangun dari tidur?

chimchim said...

It is hard to tell. Wait and see.

Velove said...

Apa yang penting ialah perjuangkan hak rakyat.

Velove said...

Apa yang penting ialah perjuangkan hak rakyat.

wannabe said...

It can be. We need assurance.

fazlin said...

ianya terpulang dengan rakyat Sabah. jika rakyat terus memilih BN maka, BN akan terus kekal mendapat sokongan di Sabah.

fazlin said...

jika BN menunjukkan prestasi yang baik pasti rakyat akan kekal menyokong BN. oleh itu BN perlu memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat.

nymala said...

BN besar kemungkinan menguasai Sabah selepas pru 13 memandangkan pembangkang sangat lemah di negeri ini.

murni said...

Saya percaya BN mampu mempertahankan Putrajaya pada pru 13 akan datang.

richard said...

Kekuatan BN tidak mudah tergugat oleh pembangkang yang lemah dan huru-hara.

myding said...

Kan Sabah 'fix deposit' bagi BN, keadaan ini akan kekal atau berubah? Tidak tahulah.

nininana said...

Siapa mampu mengugat kekuatan BN di Sabah? DAP? PKR? PAS? SAPP?

romeo said...

Belum ada pembangkang yang mampu mengugat kedudukan BN di Sabah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels