8 November 2010

Impak apa BN perolehi melalui PKR Batu Sapi

Barisan Nasional berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi pada PRK 4 November lalu. Kemenangan BN tersebut, ramai pemimpin BN negeri menggambarkan bahawa rakyat kini sudah kembali memberi sokongan kepada BN selepas tsunami politik di Semenanjung pada pilihan raya umum 2008.

Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin meraih majoriti 6,359 undi, beliau mendapat 9,773 undi menewaskan calon PKR, Ansari Abdullah (3,414 undi) dan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee (2,031 undi).

Walaupun pada PRK Sibu pada Mei lalu, DAP merampas kerusi Parlimen Sibu daripada BN dan didakwa pembangkang ia sebagai angin perubahan dan tsunami politik 2008 sudah menular ke Malaysia Timur, iaitu Sabah dan Sarawak.

Dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerusi gagasan 1Malaysia yang berjaya diterjemahkan oleh kepimpinan negeri yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ternyata diterima baik oleh semua lapisan rakyat di negeri ini.

Sokongan itu diterjemahkan menerusi kejayaan BN mempertahankan kerusi Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar daripada yang diperolehi pada PRU 2008.

Di samping itu, kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga merupakan Timbalan Pengerusi BN untuk membantu jentera kempen BN yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman turut memberi impak terhadap sokongan pengundi di Batu Sapi kepada BN.

Apa yang menarik dalam PRK Batu Sapi, ialah ramalan dan andaian awal yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk segelintir penyokong BN bahawa saingan sengit akan berlaku antara BN dan pembangkang khususnya SAPP jauh meleset sama sekali.

Walaupun BN menyandarkan harapan kepada calon wanita yang kurang popular, Linda Tsen Thau Lin balu mendiang Datuk Edmund Chung Ket Wah berbanding calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee, bekas Ketua Menteri dengan rekod tidak pernah tewas dalam mana-mana pilihan raya yang ditandinginya sejak terjun dalam politik bermula 1985, dan calon PKR Ansari Abdullah juga tidak kurang hebatnya.

Namun apa yang jelas rakyat di Batu Sapi tidak memilih populariti calon dalam membuat keputusan, mereka lebih terpengaruh dan menerima politik pembangunan yang di bawa oleh BN yang boleh membawa keamjuan kepada masa depan mereka.

Rakyat di Batu Sapi mahukan politik pembangunan dan ianya hanya dapat dilakukan menerusi BN, kerana BN adalah kerajaan di peringkat negeri dan pusat untuk memudahkan penyaluran peruntukan pembangunan di Batu Sapi.

Untuk membuktikan keseriusan BN dalam membela nasib rakyat, Ketua Menteri, pada sidang medianya selepas dua jam keputusan PRK Batu Sapi itu diumumkan berkata, bahawa satu Jawatankuasa akan ditubuhkan untuk memastikan apa yang dijanjikan oleh BN pada kempen PRK itu ditunaikan kepada rakyat di kawasan Batu Sapi.

Musa berkata, beliau sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa berkenaan supaya apa yang dijanjikan itu dilaksanakan secepat mungkin dan ianya tidak dikatakan BN hanya "bercakap bohong, berjanji kosong".

Selain kemenangan BN yang bergaya itu, juga didapati bahawa pengundi muda di negeri telah memberi isyarat bahawa mereka menyokong BN.

Berdasarkan perangkaan rasmi, butiran corak pengundian PRK Batu Sapi menunjukkan BN menerima undian pengundi muda berusia 21 hingga 45 tahun hampir semua pusat pembuangan undi melalui 46 saluran.

Calon Bn, Linda menyapu bersih semua undian generasi muda selain golongan tua terus setia di pusat pengundian Bumiputera islam termasuk di kawasan kepulauan.

PKR pula berjaya memenangi hati pengundi muda di tempat saluran yang kesemuanya di kawasan majoriti pengundi cina.

Apa yang mengejutkan calon SAPP, Yong Teck Lee yang kali pertama sejak 1985 meninggalkan kawasan tradisinya di DUN Likas dan Parlimen Kota Kinabalu (dulu Parlimen Gaya) untuk bertanding di luar kubunya bukan sahaja tewas buat pertama kali dalam pilihanraya malah tewas kepada calon PKR Ansari Abdullah.

SAPP yang pada awalnya diramal akan mendapat sokongan kuat pengundi Cina yang mewakili 38.06% daripada jumlah 25,582 jumlah pengundi keseluruhan di P-185 Batu Sapi melalui gagasannya Sabah for Sabahan ternyata ditolak sama sekali pengundi Cina apabila jumlah undinya di semua 21 saluran mengundi bagi masyarakat tersebut, gagal mengatasi jumlah undi Ansari di 12 saluran mengundi Bumiputera Islam, yang lainya semuanya berpihak kepada BN.

Apapun pengundi di Batu Sapi sudah memberikan mandat yang cukup besar kepada Linda Tsen untuk menjadi wakil rakyat mereka untuk tempoh lebih dua tahun lagi sebelum pilihanraya umum ke-13 beliau perlu membuktikan bahawa pengundi Batu Sapi tidak tersilap dalam membuat pilihan.

Beliau perlu segera turun padang untuk meninjau dan mengenalpasti keperluan rakyat di Batu Sapi termasuk kawasan kepulauan, ini kerana, beliau tidak mempunyai masa yang lama, disebabkan tempoh PRU-13 sudah semakin hampir.

30 comments:

azlishukri said...

salam bro, mohon maaf blog tuan lewat dipaut..terlepas pandang..

joey said...

BN perlu terus bekerja untuk membuktikan bahawa BN mengutamakan kepentingan rakyat. pemimpin BN perlu sentiasa turun padang bagi mendekati dan menyelesaikan masalah rakyat.

Anonymous said...

kemenangan BN di Batu Sapi menunjukkan bahawa sokogan rakayt trhadap BN masih lagi kukuh, Bn harus menunaikan harapan rakyat iaitu pembangunan. masalah rkyat perlu diselesaikan. rakyat memberi harapan besar kepada BN untuk mengubah hidup mereka.

Anonymous said...

BN should not be too confident as the victory for this time does not guarantee the same outcome for the next GE. They should not take the people for granted, without them, BN would not be who they are today.

jsiput said...

Kemenangan BN membuktikan BN tetap pilihan orang ramai. Tahniah kepada Datin Linda!

jsiput said...

Sekarang, BN kenalah menunaikan janji kepada penduduk Batu Sapi. Jangan kecewakan mereka!

Hosie Masie said...

Walaupun wanita tidak bermakna beliau tidak dapat melakukan kerja. Kita harus yakin selagi BN tetap untuk membantu rakyat. Memang tidak disangka kemenangan BN di Batu Sapi satu yang mengejutkan kerana kemenangan majoriti yang besar. Terima kasih kepada para pengundi kerana bijak memilih. Apa yang penting sekarang sebagai wakil rakyat, Datin Linda haruslah melaksanakan tugas beliau untuk membantu raktyat.

Sanih Alias said...

Rakyat lebih memberikan sokongan kepada BN berbanding pembangkang. Kita boleh nampak sendiri walaupun BN menurunkan calon wanita tetapi BN tetap dapat menang besar. Tapi yang kita tidak boleh terima ialah PR mula memberikan pelbagai isu atas kekalahan mereka.

Unknown said...

Diharapkan BN tidak mengambil mudah dengan kemenangan mereka pada pilihan raya kecil. Itu setakat pilihan raya kecil, bukan PRU-13. Oleh itu, teruskan usaha kamu untuk meraihkan sokongan dari rakyat dengan melaksanakan program turun padang untuk mendekati dengan rakyat dan mengetahui masalah2x yang mereka hadapi. Kerajaan harus mencari penyelesaian kepada masalah mereka.

Antanum said...

Ternyata PBS masih lagi dapat menambat banyak hati penduduk di Batu Sapi. Tahniah dan tingkatkan usaha..

Unknown said...

"SAPP yang pada awalnya diramal akan mendapat sokongan kuat pengundi Cina yang mewakili 38.06% daripada jumlah 25,582 jumlah pengundi keseluruhan di P-185 Batu Sapi melalui gagasannya Sabah for Sabahan ternyata ditolak sama sekali pengundi Cina.."

Satu kesilapan besar SAPP adalah memilih YTL sebagai calon untuk bertanding di Batu Sapi kerana YTL mempunyai pretasi yang kurang memuaskan.Lebih teruk dari Ansari.

Anak Sabah said...

Saya berharap BN tidak akan rasa angkuh dan yakin, mereka masih perlu berusaha lagi.

langsat said...

Kemenangan BN membuktikan rakyat telah memberikan sokongan sepenuhnya.

langsat said...

Perjuangan BN harus diteruskan bukan saja di Batu Sapi tapi di semua daerah di negeri ini.

langsat said...

Semua pemimpin diharap lebih aktif dalam memperjuangkan BN. Segala keperluan rakyat harus diberi keutamaan untuk ditunaikan.

Anonymous said...

penduduk Batu Sapi masih memberi kepercayaan kepada BN untuk mentadbir mereka, BN harus tunaikan tanggungjawab mereka dgn baik, jgn sia-siakan kepercayaan rakyat.

mike said...

kemenangan di batu sapi dan galas tidak seharusnya melekakan BN..BN harus berusaha lebih keras sebelum menjelang PRU13..buat yang terbaik untuk rakyat dan negara..

mike said...

harus diingat bahawa jika BN leka, maka akan memberi laluan dan ruang kepada pembangkang untuk ke putrajaya..oleh itu, semua anggota BN harus lebih peka dan proaktif dalam menyelesaikan isu2 rakyat..

Paquin said...

Bagi saya kemenangan BN ni mmg membuktikan BN masih relevan sebab itu rakyat memilih utk megundi BN :)

Paquin said...

BN harus tunaikan semua janji yang dah ditabur bagi memastikan BN tak dianggap cakap kosong saja.

Paquin said...

Setuju Hanafis. Sekarang ni saya hanya mampu berharap agar Datin Linda dapat mebuktikan kemampuannya terhadap rakyat.

Paquin said...

Laksankaan t/jawab sebaik mungkin dan jangan kecewakan rakyat. Saya yakin rakyat mengharapkan yang terbaik hasil daripada kemenangan BN di BS :)

Paquin said...

Setuju Kamal. Bn jangan leka dengan kemenangan itu. Pastikan rakyat terus didahulukan supaya sokongan rakyat terhadap BN akan kekal kukuh :)

nickko said...

setuju,, rakyat sebenarnya bukan memilih calon, tetapi mereka memilih parti yang benar2 mampu membawa mereka kearah yang lebih baik.

nickko said...

kekalkan sokongan rakyat dan penuhi janji2 serta tuntutan rakyat sebagai tanda terima kasih kepada rakyat serta bukti bahawa pilihan rakyat untuk mengekalkan BN di Batu Sapi adalah satu pilihan yang sangat tepat.

chimchim said...

A unity and trustful voters, I guess.

onong said...

Yang penting janji harus dikotakan kepada rakyat.

dollie said...

What are you talking about? BN and PKR will never work it out together.

Velove said...

Impak?Saya fikir sokongan rakyat terhadap BN tidak akan luput dek hasutan pembangkang.

Ezef said...

Well, you tell me.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels