12 November 2010

Kenapa 40% penduduk Sabah miskin?

Laporan Bank dunia telah memaparkan bahawa punca 40% penduduk Sabah miskin, kerana sumber pendapatan yang terhad. Jika ada pun peluang pekerjaan, namun upah yang rendah juga penyumbang kepada tarifan miskin.

Sabah merupakan negeri ke dua terbesar di Malaysia. Walaupun kawasannya luas, namun peluang pekerjaan sangat terhad. Kilang-kilang atau perladangan mampu membuka peluang pekerjaan, namun atas prinsip mencari keuntungan, maka kadar upah yang dibayar rendah. Melalui kadar upah yang rendah itu, maka para pekerja seperti berada pada kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Upah rendah tidak mampu mengejar kenaikan harga barang keperluan harian. Malah pendapatan para pekerja ini hanya mampu untuk keperluan 15 hari dalam sebulan, jika amalan pemakanan seimbang jadi amalan.

Memang diakui kerajaan berusaha membasmi kemiskinan namun cara yang diberikan hanya strategi jangka pendek, umpamanya bantuan subsidi membajak sawah, memberi alat-alat penangkapan ikan atau memberi ternakan untuk dipelihara. Kerajaan berfikiran, bahawa seseorang itu tidak akan mampu berubah, jika tidak mengubah dirinaya.

Petani sayur misalnya, tidak akan mampu berubah sampai bila-bila. Jika ikut teori ekonomi, semakin banyak keluaran maka, wang yang didapat daripada jualan itu akan meningkat. Pada petani, tidak berlaku demikian, kerana jika pengeluaran bertambah, maka harga menurun, akhirnya jika jumlah pendapatan dijumlahkan, pengeluran tinggi dan rendah hampir sama dari segi jumlah wangnya.

Pejual "tapai" di pasar Kota Belud misalnya, tiap hari hanya membungkus tapai sebanyak 100 bungkus, sebab apa, jika membungkus lebih dari itu, maka riskonya tidak habis dijual. Jika tidak habis dijual, maka si penjual tapai akan rugi dari segi beras dan tenaga. Sebab itu lah laporan Bank dunia melaporkan, bahawa kadar kemiskinan negeri Sabah, sukar diatasi, jika mengikut falsafah " Nasib seseorang itu tidak akan berubah, jika tidak mengubah dirinya".

Kerajaan sebagai "mother hood" perlu bertindak dengan berbagai perancangan yang jitu untuk memangkin pendapatan. Wujudkan persekitaran ekonomi yang rancak, sehingga permintaan kepada tenaga upahan meningkat. Melalui cara ini, tidak perlu lagi polisi gaji minima, kerana pasaran akan menentukannya.

Contoh kegiatan ekonomi yang mempunyai impak tinggi adalah penanaman padi secara besar-besaran. Seorang peniaga kilang padi (Fauzi-anak kg Taun gusi) yang membuka kilang padinya di Kota Marudu, berkata, jika 5 tahun lalu terlalu pekerja mahu menerima upah RM 10 sehari kerana suasana kerja yang santai, namun pada masa ini, terlalu sukar, kerana kerja-kerja telah bertambah.Melalui pemberian upah RM 25 sehari, sekurang-kurangnya kilang padi Encik Fauzi telah berjaya mengeluarkan beberapa orang daripada garis kemiskinan.

Kerajaan perlu bertindak melahirkan kegiatan ekonomi yang mampu memberi upah atau pendapatan yang boleh mengeluarkan rakyat daripada garis kemiskinan.

28 comments:

madd said...

usaha untuk membanteras kemiskinan dan mewujudkan peluang ekonomi perlu dilakukan secara berterusan. ini bagi memastikan penduduk boleh keluar daripada kemiskinan.

madd said...

selain daripada bantuan dan peluang yang disediakan oleh kerajaan, penduduk juga perlu bijak mencari dan merebut peluang ekonomi yang ada. semoga penduduk negeri ini akan menjadi lebih maju pada masa akan datang.

Anonymous said...

ya.. usaha berterusan perlu ada bagi membasmi kemiskinan. penduduk Sabah juga harus lebih berfikiran jauh untuk meningkatkan ekonomi mereka. gunakan segala sumber yang ada dgn sebaiknya.

Unknown said...

Bukan senang untuk membanteras kemiskin tetapi saya pasti kerajaan tengah berusaha untuk menyelesaikan masalah kemiskinan ini.

Unknown said...

Penduduk Sabah juga kena berusaha juga untuk merebut peluang ekonomi yang ada. Jangan selalu mengharapkan kerajaan.

Unknown said...

Sebaiknya jangan berkata-kata sahaja, lakukan tindakan dengan tangan.

nickko said...

negara2 maju mempunyai ekonomi yang baik kerana rakyat mereka terdiri dari pekerja2 mahir dan separuh mahir. dengan adanya kelebihan itu, rakyat mampu bersaing sekaligus meningkatkan taraf hidup masing2.

nickko said...

mengharapkan bantuan semata2, sudah tentu tidak memberi kesan yang memberangsangakan sepertimana kata penulis dimana ianya hanya bersifat sementara. walau bagaimanapun ia bergantung dengan bentuk bantuan yang disalurkan. mungkin jika gaji minimum dilaksanakan berdasarkan sektor yang memerlukan, pasti sektor perladangan di Sabah mampu menarik lebih ramai tenaga kerja tempatan.

Unknown said...

Kemiskinan di Sabah haruslah ditangani oleh kerajaan Negeri dan Kerajaan pusat.

nickko said...

saya harap kerajaan dapat merancang satu pendekatan yang mampu menjana ekonomi penduduk secara berterusan. bukannya bantuan yang bersifat sementara atau yang boleh dipindah milik(jual)..

onong said...

Masalah ini harus ditujukan kepada pemimpin kita.

Bujang Senang said...

Kenapa masalah kemiskinan ini masih tinggi di Sabah.Kajian perlu dilakukan untuk mengatasi maslah kemiskinan ini. Kita mengharapkan kerajaan perlu lebih menumpukan kepada masalah kemiskinan ini.

chimchim said...

The influx of illegals!

Antanum said...

Salah satu sebab kemiskinan ini adalah disebabkan sikap sabahan sendiri yang senang sungguh berpuas hati dengan apa yang mereka miliki.

mike said...

selain dari sumber pendapatan yang terhad, juga disebabkan oleh politik..hanya ahli2 politik berkuasa yang kaya, manakala rakyat menderita..

mike said...

mengapa boleh berlaku sumber pendapatan yang terhad sedangkan sabah kaya dengan sumbernya?

mike said...

kadar gaji minimum harus dilaksanakan secara seragam dan bukan berbeza2 mengikut wilayah atau sektor..bukan sahaja kepentingan golongan pemodal harus dijaga malah golongan pekerja juga..harus diingat tanpa pekerja, ekonomi tidak akan bergerak..

mike said...

selain itu, harga barangan juga harus diseragamkan..

mike said...

mengapa kadar sewa seperti rumah sewa dan sebagainya di sabah jauh lebih mahal? sudahlah gaji sikit, barangan, sewa semua mahal..apa tidak hidup kais pagi makan pagi..duit semua habis untuk membayar bil dan sewa..

mike said...

faktor lain adalah disebabkan oleh kemasukkan pendatang asing di sabah baik baik melalui depan atau belakang..kehadiran mereka seperti semut telah menutup peluang2 anak sabah tulen..apa tindakan wajar yang harus dilakukan? sering kali kita dengar kepentingan rakyat harus diutamakan namun apabila menyentuh soal pendatang asing, senyap seribu bahasa..

mike said...

diharap kerajaan akan membentuk strategi yang lebih baik dan berkesan untuk membanteras kemiskinan, meningkatkan taraf hidup rakyat tulen serta meningkatkan pendapatan penduduk..

mandau said...

hidup kita takkan berubah jika kita tak mengubahnya, semua penduduk Sabah harus berusaha menaikkan taraf hidup.

Velove said...

Peruntukan yang tidak sekata menyebabkan banyak penduduk yang dipinggirkan.

dollie said...

Sabahans shouldn't merely ask for assistance. We need to do something else.

Anak Sabah said...

Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membantu tapi rakyat sendiri juga kena berusaha. Ada kes dimana kerajaan memberikan baja untuk digunakan dalam penanaman, tapi mereka menjual baja tersebut kepada orang lain, walaupun boleh mendapat untungan yang cepat tapi tidak berkekalan. Ataupun diberikan tanah, tapi dijual juga... Kerajaan ada membantu tapi rakyat sendiri yang tidak sanggup berusaha.

Tapi, tidak dinafikan ada juga rakyat yang sanggup bekerja keras, tapi bertemu dengan pelbagai faktor dan cabaran yang lain.

Anak Sabah said...

Diharapkan kerajaan boleh membantu menghasilkan ekonomi yang rancak. Apa-apa pun, untuk membasmi kemiskinan, kerjasama antara semua pihak diperlukan kerana tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.

Sekolah Bahagia said...

saudara one kota belud,

sila baca artikel di malaysiakini

http://www.malaysiakini.com/news/148384

Unknown said...

Agak klise untuk mengatakan rakyat harus bergerak sendiri, jangan hanya mengharapkan bantuan kerajaan. Tapi adakalanya dari bantuan kerajaan boleh dijadikan insentif untuk lebih maju ke hadapan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels