9 November 2010

Kenapa Mangsa Banjir 16 Januari 2010 belum selesai?

Enam kampung yang membabitkan kawasan 180 ekar sawah padi di Kota Belud, yang dianggap sebagai jelapang padi di daerah itu, mahu kerajaan persekutuan dan Sabah mengotakan janji mereka pada 16 Januari lalu untuk menghulurkan bantuan berhubung masalah banjir.

Kampung-kampung yang dilanda teruk itu adalah disenaraikan sebagai kawasan miskin tegar sejak kerajaan Usno memerintah dan tumbang pada 1976.

"Saya tak boleh dipersalahkan jika ada cakap-cakap menentang kerajaan di kampung-kampung itu kerana sudah begitu lama kerajaan belum mengotakan janji untuk memberi bantuan,” kata Jamari Seleh, 51, yang mengetuai Jawatankuasa Kecil Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jawi-Jawi .

Bercakap bagi pihak enam kampung berkenaan, beliau menjelaskan bahawa perhimpunan aman yang dihadiri oleh kira-kira 60 pesawah di Kota Belud, minggu lalu bertujuan supaya rintihan mereka mendapat perhatian.

Selain Jawi-Jawi, kampung lain adalah Taungusi, Labuan, Wakap, Merabu and Katabungan.

Menurut Jamari, pesawah dan petani begitu kecewa kerana usaha mereka bagi mendapatkan bantuan setkat ini terus tidak dihiraukan oleh kerajaan.

Katanya, daripada tontonan TV, mereka dapati kerajaan persekutuan dan juga negeri lebih berminat dan prihatin untuk menghulurkan bantuan kepada negara lain yang terjejas akibat bencana alam dan peperangan.

Seorang lagi anggota JKKK, Razlan Saitim, 31 berkata tidak ada masalah bagi Malaysia membantu negara yang kurang bernasib baik tetapi bukan sehingga menjejaskan rakyat di negara ini.

“Jangan seperti kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan. Kita mesti bantu diri kita sendiri dulu,” katanya.

20 comments:

joey said...

harap bantuan tersebut dapat diberikan kepada penduduk. ini bagi membantu penduduk menghadapi kesulitan yang timbul kesan daripada banjir. keprihatinan yang diberikan pasti dapat membantu penduduk terlibat.

ferlo said...

telah lama penduduk kampung2 tersebut menunggu bantuan. bantuan harus diberikan segera.

elia said...

Kenapa masih belum ada yang bertindak sedangkan perkara ini sudah lama berlaku. Bagaimana untuk meneruskan hari2 secara normal jika pelbagai keperluan masih tidak lengkap. Saya percaya ramai yang telah melakukan atau berusaha sendiri untuk mendapatkan bantuan dari pelbagai pihak. Segeralah selesaikan masalah ini jika tidak, mulut pembangkang sedia untuk membawa pelbagai cerita...

Jonny said...

Kerajaan perlulah membuat penjelasan terhadap isu ini.

Jonny said...

Diharapkan bantuan akan diberikan oleh penduduk yang memerlukannya.

Kurt said...

"Kenapa Mangsa Banjir 16 Januari 2010 belum selesai?"

Satu soalan yang baik. Kenapa ya? Diharapkan kerajaan memberi bantuan kepada mangsa banjir seperti yang mereka janjikan pada 16 Jan yang lalu.

Kurt said...

Kerajaan harus memberi penjelasan kepada mangsa banjir. Ingat, PRU13 akan datang. Jangan kecewakan rakyat!

langsat said...

Menghairankan! sepatutnya mangsa banjir ini sudahpun mendapat bantuan tapi kenapa tiada pihak yang tampil dan menyuarakan masalah ini.

langsat said...

Bukan kerajaan yang dipersalakan tapi pemimpin2 di daerah ini yang sepatutnya memastikan perkara ini sudah diselesaikan.

langsat said...

Harap perkara ini mendapat perhatian untuk dipertimbangkan. Bantuan yang diberikan akan dapat meringankan beban para penduduk kampung dalam menghadapi pelbagai kesulitan akibat kesan banjir yang melanda kampung mereka.

Hanafis said...

Mungkin kerajaan haruslah mencari dimana harus ditangani masalah ini. jangan biarkan penduduk serik dengan masalah ini yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan.

akmalina said...

harap masalah ini akan dapat diatasi secepat mungkin. Kerajaan harus memberikan bantuan yang sepatutnya untuk menangani masalah ini. Jangan lupa tugas kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Paquin said...

Belum selesai??? fuhyoo, lamanya hal ni masih lagi belum selesai??? huhuhu

Paquin said...

Belum selesai??? fuhyoo, lamanya hal ni masih lagi belum selesai??? huhuhu

Paquin said...

Hal ni harus diberi perhatian segera. Jangan biarkan penduduk yang terlibat ternati-nanti.

Paquin said...

Betul langsat. Bantuan yang diberikan akan dapat mengurangkan bebanan penduduk yang terlibat. Jadi janganlah ditangguhkan lagi.

Paquin said...

Mungkin kerajaan patut campur tangan dalam hal ni. Pastikan para pemimpin jalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat sebaik mungkin. Jangan sampai kelalaian pemimpin menjaga kebajikan rakyat memberi gambaran buruk terhadap kepimpinan kerajaan.

Paquin said...

Saya harap hal ni diselesaikan segera demi kebaikan penduduk yang terlibat.

nickko said...

mungkin media perlu lebih aktif di Sabah bukan sahaja bidang penulisan malah merangkumi penggambaran.. pendedahan berterusan boleh menggerakkan jentera2 kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

nickko said...

pemimpin2 yang bertanggungjawab wajar tampil memberikan penjelasan sekaligus tindakan penyelesaian..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels