2 November 2010

PRK Batu Sapi: Jika BN Kalah apa komen Musa Aman?

 
Konon gandingan Musa Aman-Salleh Said sebagai Pengerusi Umno negeri dan Timbalan merupakan tunjang kepada komponen BN negeri Sabah.

Kedudukan Musa pada hiraki parti juga bukan calang-calang, yakni di no 2 bersama Noh Omar pada AMT Umno.

Pada PRK Batu Sapi Musa dilantik sebagai Pengarah pilihanraya yang biasanya dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Persiden Umno.

Musa dilantik ke jawatan itu atas kapasitinya sebagai Pengerusi Umno Negeri dan Pengerusi BN negeri. Selain itu keupayaan Musa semasa menerajui BN pada PRU-12 juga telah diambil kira.

Pada PRU-12 semua kawasan bumiputera telah dimenangi oleh calon-calon BN dengan bergaya, terutama calon-calon daripada pihak Umno.

Batu Sapi adalah kawasan campuran. Walaupun demikian, kawasan itu berpenduduk majoriti bumiputera islam daripada RUMPUN USBO.

Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi termasuk 1,615 pengundi pos. Daripada jumlah itu;15,099 atau 59.02 peratus pengundi adalah Bumiputera Islam, 689 Bumiputera bukan Islam (2.69 peratus), 9,737 Cina (38.06 peratus) dan lain-lain, 57 (0.22 peratus).

Melihat kepada jumlah undi bumiputera islam, yang sudah tentunya sebahagian besar ahli Umno, maka OKB tidak nampak, calon BN akan kalah. Lagipun, kedua-dua ADUN yang berada pada kawasan Batu Sapi adalah wakil rakyat BN. DUN Karamunting di wakili oleh Peter Phang, Timbalan Ketua Menteri, manakala Sekong oleh Samsudin Yahya, wakil rakyat Umno penyokong kuat Musa Aman.

Semasa kempen yang bermula sejak 26 Oktober lalu, Selain kehadiran Musa sepenuh masa, juga kehadiran timbalannya dalam umno negeri Salleh Said telah berkampung di Batu Sapi sehingga hari pembuangan undi pada hari khamis, 4 November, 2010. Selain itu, Tan Sri Muhyiddin telah 2 kali turun berkempen di Batu Sapi, selain kehadiran semua naib Persiden Umno.

Jentera BN juga diperkuat oleh semua pemimpin PBS dan pemimpin komponen BN, termasuk persiden LDP, MCA, gerakan dan MIC. Hanya yang tidak sempat hadir adalah perdana Menteri, kerana cuti sakit dan Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Taib Mahmud, kerana kesibukan dalam persidangan DUN Sarawak.

Bagi OKB, ada lah pelik, jika BN kalah di Batu Sapi. Namun, dalam pilihanraya semuanya boleh berlaku. Siapa sangka Datuk Harris Salleh kalah kepada Kadoh Agundung pada tahun 1985 di DUN Tenom.

PRK Batu Sapi ada lah "acid test" kepada gandingan Musa-Salleh. Pada PRU-12, yang berganding adalah Musa-Safie. Gandingan Musa-Safie telah terbukti berjaya, namun gandingan Musa-Salleh ini lah pertama kalinya diuji cuba.

Berjaya kah gandingan Musa-salleh di PRK Batu Sapi dengan bergaya? atau kah gandingan ini gagal? hanya para pengundi Batu Sapi yang boleh menentukannya.

Namun jika BN Kalah, yang ingin OKB nak tahu apa komen Musa? kalau menang, semua boleh meramal komen Ketua Menteri Sabah itu.

Sebagai rekod pada pilihan raya umum 2008,Edmund Chong Ket Wah dariapada PBS suami Datin Linda mendapat 9,479 undi menewaskan calon Bebas Dr Chung Kong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Kini calon bebas itu telahpun masuk PBS semasa PRK ini.

24 comments:

tombolo said...

BN mempunyai potensi untuk menang dalam PRK batu sapi. apapun, kita lihat keputusannya nnti.

Jonny said...

Jika BN betul-betul kalah, barulah kita tengok apa komen KM. Buat masa ini, kita masih belum pasti keputusan PRK itu lagi. Kenalah tunggu sehingga hari esok.

joey said...
This comment has been removed by the author.
joey said...

kita tunggu sajalah hasilnya esok. BN mempunyai peluang untuk menang. apa pun keputusannya terpulang kepada pengundi..

Mahsiran said...

Kalah menang itu memang kita susah untuk menjangkakannya. Apa pun pengundi yang menentukan.

Hanafis said...

Memang di Batu Sapi ini acid test untuk kekuatan BN di Sabah. Adakah BN akan dapat mengekalkan kekuatan mereka atau sebaliknya. Sabah merupakan fixed deposit BN. Jadi kita mahu tahu adakah benar BN masih lagi FD dengan pemerintahan PM Datuk Najib.

evan medhousky said...

selepas keputusan Batu Sapi keluar nanti, mana2 parti yang kalah akurlah dengan keputusan itu dan jangan mempertikaikan proses perjalanan PRK atau sebagainya..

evan medhousky said...

banyak ramalan setakat ini yang berpihak kepada BN.. ramalan2 itu mungkin boleh melegakan sedikit tekanan sepanjang menghadapi PRK kali ini. tapi itu bukanlah jaminan, BN masih perlu bersedia dengan jawapan serta komen jika benar BN kalah...

zam said...

sukar untuk meneka. cuma dilihat BN lebih berpeluang untuk menang. biarlah penduduk Batu Sapi membuat pilihan mereka..

supra said...

sebelum piliharaya pelbagai ramalan akan timbul, bagaimanapun, keputusannya akan diketahui jua setelah piliharaya dijalankan.

Jason said...

Kalau BN kalah,apa boleh buat.Keputusan di tangan pengundi.

Jason said...

Yang penting, selepas pilihan raya kecil di Batu Sapi, BN dan pembangkang harus teruskan usaha mereka untuk meraihkan sokongan orang sabah bagi sediakan diri pada PRU-13. May the best man win!

onong said...

Kalau kita asyik memikirkan tentang kekalahan nescaya kita akan kalah.Jadi janganlah buat kesimpulan yang masih samar2.

songkilou said...

Jika BN Kalah, tidak ada siapa yang akan dipersalahkan kerana keputusan adalah ditangan para pengundi. Bagi saya jika BN kalah penduduk di Batu Sapi akan kembali merundum dahagakan pembangunan.

Jari said...

Keputusannya akan diketahui sekejap saja lagi. Masih punya harapan jika masih menjalankan aktiviti2 menawan hati rakyat.

wannabe said...

Ask god then.

Paquin said...

Kalah menang tu adat pertandingan so tunggu dan lihat sajalah nanti.

Paquin said...

Siapa menang, siapa kalah belum lagi dapat ditentukan... Jadi tak perlulah dengar komen KM. hehe

Paquin said...

Macam saya pula yang berdebar tunggu keputusan. hehhee

Paquin said...

tapi saya yakin pengundi BS tahu apa yang terbaik utk mereka. Saya yakin pemimpin yang menang itu adalah yang terbaik utk rakyat.

Paquin said...

Apapun, jom sama2 kita nantikan apa yang bakal berlaku nanti. jeng, jeng, jeng...

wannabe said...

Tonight will be a tense moment for Batu Sapi folks.

onong said...

BN telah menang jadi tiadalah komen CM ya.

chimchim said...

Yeay, the truth has prevailed.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels