10 December 2010

Apabila keputusan Speaker tidak dihormati

Dua kali sepanjang minggu lalu, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengurut dada kerana menahan sabar dengan karenah tidak beretika ahli parlimen Pakatan Haram Penipu Rakyat mengherdik arahannya.

Pertama pada 8 Disember 2010, Speaker telah mengantung 6 orang ahli parlimen Pakatan Haram ini selepas mereka berang speaker menolak permohonan Anwar membela diri di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung hubungan Umno dan firma perunding berkaitan Israel, Apco Worldwide. Kenyataan Anwar itu dianggap DS Nazri Aziz, selaku menteri bertangungjawab mendakwa Anwar sengaja membawa isu sensitif kepada pentadbiran negara.

Di dalam kejadian itu Azmin Ali, dengan jahatnya menuduh Speaker telah dibeli oleh BN dan UMNO serta menganggap tindakan Speaker adalah prejudis.

Pada 9 Disember pula, Speaker sekali lagi mengantung dua orang Ahli Parlimen DAP selepas kedua-duanya gagal mengawal emosi malah, Fong Po Kuan, Ahli Parlimen Batu Gajah, sanggup meminta Speaker turut berehat kerana dikatakannya sebagai gagal juga mengawal emosi. Diluar dewan, dia mengelar TS Pandikar Amin sebagai lebih teruk dari "Kangroo Court".

Dalam tempoh akhir tahun ini, kita semakin nampak, ramai sudah Ahli Parlimen Pakatan Haram ini semakin tidak beretika dan suka mengunakan emosi di dalam mengemukan soalan di dalam dewan. Malahan mereka sengaja melanggar arahan Speaker malah mereka begitu berani mencemar kesucian dewan yang mulia dengan kata-kata cemuhan ke atas Speaker. Tindakan mereka ala-ala samseng ini semakin menjadi-jadi selepas Wan Azizah mengelarkan Anwar sebagai anugerah tuhan. Jadi mereka yakin, orang yang mereka pertahankan adalah suci setaraf wali.

TS Pandikar Amin Mulia perlu bersabar kerana mereka semua ini akan disingkirkan rakyat dari kerusi parlimen pada PRU 13 nanti. /div>

19 comments:

zam said...

sikap segelintir ahli parlimen yang tidak mematuhi arahan adalah memalukan. sepatutnya mereka lebih beretika ketika berada di parlimen.

zam said...

ahli parlimen perlulah menunjukkan sikap yang baik dan menjadi contoh kepada rakyat. dengan itu mereka perlulah menjaga setiap perlakuan mereka sesuai dengan status mereka sebagai ahli parlimen.

evan medhousky said...

saya setuju, Pakatan sememangnya tidak beretika kerana dipengaruhi oleh kegairahan mereka untuk menduduki kuasa tertinggi kerajaan. apa sahaja yang terlintas akan dibangkang habis-habisan walaupun bangkangan mereka itu melibatkan sultan.

Anonymous said...

sebagai ahli parlimen mereka seharusnya bersikap profesional dan beretika, sikap yang biadap ini tak mencermin sikap seorang pemimpin.

evan medhousky said...

telah banyak kenyataan2 atau bangkangan mereka yang menunjukkan tahap kewarasan mereka yang rendah dan sama sekali tidak mempunyai ciri2 sebagai pemimpin. jika mereka berani melakukan apa sahaja sesuka hati mereka, tidak mustahil setelah mereka berjaya merampas kerajaan kita akan menyaksikan keberanian mereka membelakangkan rakyat.

Bujang Senang said...

Wan Azizah mengelarkan Anwar sebagai anugerah tuhan???Memang semua kita ini anugerah tuhan. Bukan Anwar seorang saja. Memang isteri mesti menyokong suami walau salah mana pun si suami.

Unknown said...

Bukan mudah untuk menjadi speaker dengan ahli perlimen yang tidak beretika ini. Apa pun rakyat sendiri boleh tahu dan menilai sendiri siapa mereka itu.

Unknown said...

Speaker memainkan peranan yang besar dalam dewan. Tapi jika ahli perlimen memang tidak mendengar arahan suruh dia menjadi speaker bolehkah dia menjalankan tugas itu. Menuduh bukan-bukan dengan speaker, memang patut digantung atau dibuang untuk menyertainya. Rakyat jangan pilih orang yang emosi ini. Tidak layak untuk membantu kita.

Anak Sabah said...

Janganlah terlalu beremosi, budi bahasa barulah budaya kita.

mandau said...

sikap pembangakang yang tidak beretika ni benar menunjukan bahwa mereka tak layak menjadi pemimpin.

Paquin said...

ya zam. memang memalukan. huhu

Paquin said...

Ya evan medhousky. Bikin hairan kan.. Dorang tak fikir kah karenah mereka tu bakal menjatuhkan nama baik mereka. hhuhuhu

Paquin said...

Ya supra. memang tak mencerminkan langsung ciri kepimpinan. Memalukan ada lah.

Paquin said...

Tapi lantaklah mereka bertindak sedemikian. Biar rakyat sendiri yang nilai mereka.

Paquin said...

Apapun semoga tuan speaker dapat menanggani hal ni dgn baik :)

Jason said...

Sungguh memalukan tindakan ahli parlimen tersebut.

Jason said...

Keputusan Speaker harus dihormati. Ahli2x parlimen tersebut wajar digantung.

Gopuk said...

Ikut suara ramai, jika ramai yang ma c menyokong Speaker dengan sesebuah keputusan maka keputusan itu adalah Sah.

Gopuk said...

Apapun, speaker berkuasa untuk menentukan sesuatu keputusan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels