9 December 2010

Safie Apdal juga setuju calon BN adalah calon pilihan rakyat

Datuk Safie Apdal yang juga Naib Presdien Umno bersetuju agar supaya calon yang mewakili BN pada PTRU-13 akan datang adalah calon pilihan rakyat, ertinya kedudukkan dalam parti tidak mustahak, kerana kedudukkan dalam parti tidak semestinya menjamin kemenangan.

Masalahnya bagaimana menentukkan calon itu adalah pilihan rakyat? Apa kah kretiria yang diguna pakai? Apa kah kerana rajinnya seseorang itu turun padang, terutama di saat rakyat memerlukan kehadirannya merupakan tolok ukur? Dan siapa kah yang merekod semua ini?

Seseorang dikatakan pilihan rakyat apabila individu itu bersama-sama rakyat di kala duka dan gembira. Seseorang itu dikatakan pilihan rakyat kerana individu itu berjuang, membuat perancangan demi membangun rakyat.

Apa akan berlaku kepada seseorang yang menganggap dirinya pemimpin, namun penuh dengan janji-janji retorik? Selama-lamanya menjanjikan bulan dan bintang, namun, walaupun semuanya tidak menjadi kenyataan, akan tetapi tetap dipilih sebagai pemimpin parti. keahlian parti adalah rakyat, ertinya rakyat juga yang memilih kepimpinan parti. Bezanya keahilan parti bukan seluruh rakyat bagi sesuatu kawasan, namun, suara keahlian parti boleh dianggap suara majoriti. Jika demikian kejadiannya, bagaimana kah Datuk Seri Najib menilainya? atau bagaimana Datuk Safie Apdal menilainya?

OKB sangsi, mungkin kah pemimpin pilihan rakyat akan dipilih atau kah pilihan parti akan dipilih?. Kawasan Kota Belud, agak pelik, kerana pemimpin parti bukan merupakan wakil rakyat pada masa ini.

Menurut pengamatan OKB, wakil-wakil rakyat KB masa ini telah berkerja dengan baiknya, baik ADUN Tempasuk, Usukan mahupun Kedamaian ataupun Wakil parlimennya.Demikian juga pemimpin parti, juga telah bekerja dengan baiknya. Sungguh malang, jika pada PRU-13 akan datang akan ada diantara mereka tercicir menjadi calon. Namun bagi OKB, yang penting peranan para pemimpin itu diketengahkan dalam bentuk apa jua, demi kepentingan rakyat jelata.

Najib semasa berucap pada Konvensyen BN di wisma MCA Ahad lalu telah menekankan calon pilihan rakyat merupakan aspek penting yang akan ditekankan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang bagi memestikan rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk mentadbir negara.

"Calon yang perlu diketengahkan nanti ialah calon yang boleh berkhidmat dan diterima oleh rakyat, bukan kerana calon itu kawan kita, bukan kerana calon itu penyokong kita...itu bukan menjadi penentunya," .

18 comments:

Larry said...

Good that everyone agrees.

azman said...

calon yang disukai rakyat lebih mudah untuk mendapat sokongan daripada rakyat.

azman said...

calon yang dipilih nanti perlulah menunjukkan prestasi yang baik dan boleh diterima oleh rakyat.

mandau said...

BN kena tetapkan calon yang terbaik dan disukai rkyat. biarlah rakyat menentukan calon yang disukai.

rebirth said...

jika rakyat diberi peluang menilai dan memilih, sudah tentu akan berlaku perubahan yang besar. pemimpin yang leka dan tidak sensitif dengan masalah rakyat jangan harap jadi pilihan rakyat.

supra said...

calon yang dipilih rakyat mempunyai potensi besar untuk mendapatkan sokongan majoriti rakyat.

shazla said...

Memang semua orang bersetuju dengan kata Batuk Najib. Safie tidak perlu risau, Safie layak atau tidak nanti jadi calon kerana rakyat yang tentukan. tunggu dan liaht saja nanti.

Salmalini said...

Kita nantikan bagaimana najib akan menguruskan calon yang dipilih oleh rakyat ini. Memang ini satu perkara yang baik, tapi berjayakah najib melakukannya.

Easter Albert said...

Lakukan yang terbaik untuk rakyat supaya sokongan rakyat tetap membara kepada BN. Jangan lupa diri, sombong dan angkuh itulah pemusnah diri sebagai pemimpin.

Paquin said...

Baguslah kalau semua setuju. Sepakat membawa berkat. hihi

Paquin said...

Ya azman. Dah hati berkenan konpom semuanya pun OK ja. hehe

Paquin said...

Harap calon yang dipilih tu benar2 terbaik utk rakyat.

Paquin said...

Salmalini, Najib pasti dapat lakukan asalkan ada kesungguhan.

Paquin said...

Apapun tunggu dan lihat sajalah nanti k.

Jason said...

The candidates are not the people choice, BN would surely lose.

Jason said...

All the best to BN in identifying a candidate that is people choice.

Gopuk said...

Kena setuju kerana ianya semestinya pilihan rakyat.

Gopuk said...

Hanya rakyat yang dapat memilih dan pilihan mereka itu adalah melalui penilaian mereka terhadap calon.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels