29 December 2010

Speaker DUN Sabah- Mungkin Datuk Salleh Tun Said?

Ramai pengamat politik mengatakan bahawa jawatan Speaker DUN Sabah yang kosong bermula pada 1 Januari 2011 berikutan perlantikan Speaker DUN itu Datuk Juhar Mahiruddin sebagai TYT Sabah yang ke-10; kemungkinan disisi oleh mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Salleh Tun Said.

Jawatan Speaker mempunyai kedudukan Eksekutif ke dua tertinggi diperingkat negeri selepas Ketua Menteri.

Tidak salah bagi Datuk Salleh dilantik sebagai Speaker, kerana mantan Ketua Menteri itu mempunyai kelayakan dan pengalaman.

Pun demikian, melalui pelantikan itu, tidak bermakna kerjaya Salleh dalam politik berakhir. Beliau masih merupakan Ketua Bahagian Umno Kota Belud dan masih Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri. Tidak ada kemestian, bahawa jika dilantik sebagai Speaker, maka perlu melepaskan jawatan politik. Suatu masa dahulu, Speaker Dewan Rakyat adalah Tan Sri Ngah Talib-Beliau pada masa itu adalah wakil rakyat Pasir Salak-Perak dan merupakan ketua Bahagian Umno.

Walaupun, OKB hanya menulis berasaskan cakap-cakap para pengamat politik negeri, kepastian mengenainya adalah terserah kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman dan Perdana menteri-Datuk Sri Najib Razak.

Apapun sama-sama kita tunggu siapa yang bakal dilantik sebagai Speaker DUN Sabah. DUN Sabah, hanya akan bersidang pada April 2011.

11 comments:

Mambang said...

sebarang spekulasi hanya adalah ramalan yang belum tentu ada kebenarannya...ada masalah dengan Speaker DUN Sabah baru-baru ni ke??

Mambang said...

speaker DUN Sabah TS Pandikar yang sudah tidak dihormati pembangkang...bukanlah bererti dia boleh diganti secara tiba-tiba...

fazlin said...

Datuk Salleh Tun Said memang mempunyai pengalaman dan kelayakan. tapi tidak tahu lagi siapa yang akan menjadi speaker DUN Sabah yang baru nanti.

fazlin said...

tunggu dan lihat sajalah siapa yang akan memegang jawatan tersebut. yang penting calon tersebut perlulah benar-benar berkelayakan.

tombolo said...

jika dilihat Datuk Salleh mmg layak untuk memegang jawatan speaker DUN Sabah.

M.Rakunman said...

Mambang. Tan Sri Pandikar Speaker Dewan Rakyat (Parlimen) bukan Dewan Undangan negeri- TSP juga mantan speaker DUN Sabah tahun 80-an.

supra said...

Datuk Salleh pernah menjadi ketua menteri Sabah semasa sistem penggiliran. beliau mempunyai pengalaman dan berkelayakan untuk menjadi speaker. harap beliau akan dipilih.

Larry said...

Hopefully they pick the right person for the job.

nickko said...

tunggu ja la kenyataan rasmi.. lagipun masih diperingkat khabar angin.

Jirunk said...

Siapa pun speaker tidak penting. tapi biar orang itu adalah pilihan majoriti.

Hanroizin said...

Beliau memang layak untuk menjadi Speaker DUN Sabah akan datang. Apa pun kita nantikan siapa speaker sebenar nanti. yang penting adil.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels