29 September 2010

500 hektar tanah kampung Rampayan Ulu Kota Belud akan dimajukan

Menurut sumber yang boleh dipercaya, tanah seluas 1,200 ekar (500 hektar) yang terletak di kampung Rampayan Ulu, Kota Belud akan dimajukan sebagai pusat pelancongan yang berkonsepkan "green eco-tourism".

Tanah tersebut telahpun dipohon oleh dua rakyat Sabah, dan kononnya dua individu tersebut adalah proxi seorang kenamaan negeri Sabah.

Dikatakan juga, bahawa permohonan tersebut telah mendapat sokongan daripada wakil-wakil rakyat Kota Belud.

Apabila projek tersebut dimajukan, kononnya akan membuka 1,000 peluang pekerjaan bagi penduduk kampung berdekatan.

Kota belud kini selain dijadikan pusat Jelapang Padi dan agropolitan, juga akan dibangun sebagai pusat eko-pelancongan.

Kota belud hanya mempertaruhkan tanah, laut dan sungai untuk menjana pendapatan penduduknya.

Berlainan dengan kawasan lain di Sabah, di mana sumber hutan dan perladangan merupakan sumber pendapatan utama, Kota Belud tidak dikurniakan kekayaan semulajadi itu.

Kota belud, perlu memanfaatkan sumber alamnya seperti tanah, bukit dan laut demi kesejahteraan rakyatnya.

Kerajaaan perlu menjelaskan dengan segera perancangan tanah seluas 1,200 ekar tersebut agar supaya tidak menjadi bahan pihak pembangkang menghentam kerajaan pada PRU-13 akan datang.

Isu tanah merupakan perkara sensitif kini, kerana itu penjelasan yang jitu perlu diberikan.

26 September 2010

Sekolah Agama Kg Merabau dibiarkan daif?

Telah semua orang tahu, kalau mahu belajar, kalau mahu tambah ilmu, selain ketersediaan guru-guru, tempat untuk berlajar juga perlu tersedia. Selain itu, buku-buku rujukan juga perlu ada dan cukup.

Sekolah agama Kampung Merabau telah dibina sejak zaman USNO, di tapak yang sama dengan bentuk yang sama dan besar yang sama.

Sekolah agama sekurang-kurangnya ada bekalan air, ada tempat khas mengambil wudhu, ada tandas untuk membuang najis besar dan kecil, ada tempat untuk membersih diri.Namun, bagi sekolah agama kg Merabau yang terletak di kawasan Parlimen Kota Belud dan Dewan undangan N.6 Tempasuk, semua yang disebutkan tidak tersedia.

Malang sungguh! Sementara para pemimpin kita melaung-laungkan bahawa salah satu cara mengatasi gejolak sosial adalah melalui pendekatan agama. Malangnya, tempat-tempat untuk menunut agama adalah terlalu daif, sehingga langsung tidak menarik.

Remaja lebih suka lepak di perhatian bas yang dibina dengan cantik, lebih tertarik kepada panggung wayang, lebih tertarik lepak di pusat-pusat membelih belah.

Tahun 90-an, wakil rakyat Kota Belud adalah bukan beragama islam; atas sebab itu; tidak dapat disalahkan jika pembaikpulihan sekolah-sekolah agama tidak diutamakan, namun selepas itu, Kota Belud diwakili oleh mereka yang beragama islam.

Wakil rakyat Kota Belud kini adalah anak jati Tuaran, Datuk Rahman Dahalan. Anak jati Tuaran ini dihantar ke Kota Belud oleh tangan-tangan ghaib yang berada di Tingkat 4 Putrajaya pada masa itu.

Ekoran perancangan tangan-tangan ghaib tersebut, maka beberapa pemimpin rumpun terpaksa diketepikan untuk mewakili kawasan-kawasan masing bagi meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang mereka.

Sebagai rekod, sebelum tahun 2008, jalan kampung yang menghubungkan Kg Tawadakan, Kota Bongan dan Merabau, serta jawi-jawi sungguh elok dan menyenangkan untuk dilalui. Namun kini, jalan tersebut penuh dengan lopak, lubang, dan rupanya bukan seperti jalan.

Kemudahan asas seperti jalanrayapun tidak dihiraukan, apatah lagi sekolah agama yang menjadi pusat menambah ilmu diutamakan.

Nampaknya ada perancangan tersembunyi daripada pihak tertentu, untuk membiarkan semua kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah dibiarkan daif, agar supaya generasi perkampungan Iranun iitu menjadi terbelakang.

Apabila penduduk sesebuah tempat terbelakang, maka mudah untuk memperkotak katikkannya, kerana, penduduk itu terpaksa menunggu belas kesihan, jika tidak mereka akan senantiasa hidup seperti di zaman batu.

OKB merasakan para pemimpin daerah ini perlu memperseimbangkan perancangan mereka yakni antara pembangunan yang mengarah kepada pembangunan ekonomi dan juga pembangunan ke arah ke agamaan.

Sekolah untuk menutunt ilmu, tidak dapat dapat dinafikan telah tersedia, walaupun penyiapannya tersedat kerana karenah birokrasi semasa memberikan kontrak tersebut. Sekolah SK Tamau telah lari lebih setahun dari jadual penyiapan.

Sekiranya tulisan ini terbaca oleh mereka yang dekat dengan para pemimpin Kota Belud, terutama Idris Nanti, pegawai perhubungan Parlimen Kota Belud, bisikkanlah kepada wakil rakyat Kota Belud, tolonglah baik pulih sekolah Agama Kampung Merabau itu. Anggaplah sebagai amal untuk akhirat.

24 September 2010

Peritnya berhariraya di Semporna

Shafie Apdal patut meneliti surat pembaca berikut yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dua hari lalu dan merealisasikan hasrat Najib Razak untuk mendahulukan rakyat.

Pengalaman perit berhari raya di Semporna, Sabah

SAYA baru menghabiskan cuti raya selama dua minggu di rumah mertua saya di Semporna, Sabah bersama suami dan seorang anak kecil.

Ini kali pertama saya beraya di Semporna, Sabah dan tentunya saya menggambarkan keindahan beraya di perantauan.

Sayang seribu kali sayang, realiti kehidupan di Semporna tidaklah sesempurna namanya. kemudahan paling asas, iaitu bekalan air bersih amat-amat kritikal. walaupun dikelilingi laut, hakikatnya Semporna amat-amat dahagakan bekalan air bersih.

Sepanjang berada di sana, hanya dua kali bekalan air dapat digunakan. saya difahamkan, bekalan air ini dicatu di kampung-kampung, tetapi tiada masalah di taman-taman perumahan dan kuarters kerajaan.

Disebabkan kekurangan bekalan air bersih, penduduk terpaksa mengharapkan air hujan untuk digunakan. ini disebabkan bukan semua rumah yang mempunyai perigi sebagai bekalan air.

Begitu juga saya yang terpaksa berjimat-jimat dan menggunakan air hujan untuk mandi, membasuh baju dan memasak.

Apa yang lebih memeritkan, anak kecil saya dijangkiti kudis seluruh badan sehingga terpaksa ke klinik sebanyak dua kali disebabkan menggunakan bekalan air yang tidak bersih.

Saya juga terpaksa ke klinik kerana cirit birit selama dua hari, juga disebabkan bekalan air yang tidak bersih.

Setahu saya, setiap tahun kerajaan memperuntukkan sejumlah bajet yang tinggi bagi Sabah dan Sarawak, tetapi kedaifan di Semporna menggambarkan seolah-olah sabah tiada pembangunan.

Tiada lampu jalan, jalan yang kebanyakannya rosak, tiada pengangkutan awam, kawasan pasar yang lecak dan kotor dan kawasan hospital yang tidak dapat dilindungi daripada anjing-anjing liar.

Saya ingin menarik perhatian Menteri Kemajuan Luar Bandar dan wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkaitan masalah ini, apakah peruntukan tinggi yang disediakan oleh kerajaan pusat saban tahun tidak dapat disalurkan kepada kawasan-kawasan kampung dan pedalaman yang lainnya?

Tidak dinafikan bahawa kerajaan ada menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan modal untuk mereka berniaga kecil-kecilan, tetapi semua itu tidak berbaloi jika kemudahan asas yang penting masih lagi tidak dapat dibekalkan dan diatasi.

Saya sendiri tidak tahan dengan keadaan serba kekurangan ini selama dua minggu berada di sana, apatah lagi penduduk Semporna yang memang hidup serba kekurangan tetapi tidak tahu apa tindakan yang patut mereka lakukan demi memastikan generasi akan datang dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik.

MENANTU TERKILAN
Putrajaya
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

23 September 2010

Anwar buat janji JIKA Pakatan rampas Sabah;maka Kuasa Otonomi untuk negeri ini: Rahman Dahlan kata: janji itu hanya tipu!

Rakyat Sabah biasa ditipu. Sejak sekian lama rakyat negeri ini ditabur dengan berbagai janji. Janji politik lah itu.

Masa PRU-12 lalu banyak juga janji politik ditaburkan. Malangnya bukan janji politik daripada Anwar, tetapi daripada calon BN sendiri.

Kawasan lain, tidak perlulah diuraikan disini, cukuplah janji politik bagi kawasan OKB, yakni kawasan Kota Belud.

Selama kempen diambang pembuangan undi pada 12 Mac 2008, calon parlimen Kota Belud, masa itu telah berjanji, jika menang, maka prioriti pertamanya adalah tranpirasi pengagihan projek-projek peruntukan parlimen. Semasa kempen itu, calon BN itu berjanji, bahawa semua projek kawasan Kota Belud dilaksanakan oleh pengundi dan rakyat yang berasal daripada Kota Belud, tidak mengira suku keturunan.

Semasa kempen itu juga dilontarkan bahawa pengagihan projek-projek adalah sama rata antara 3 kawasan DUN.

Semasa kempen itu juga, dilaungkan bahawa dalam masa 100 hari, masalah air minum penduduk akan diatasi.

Nah sekarang, telah 2 tahun lebih selepas PRU-12! mana sudah janji-janji itu?

Jadi jangan salahkan Anwar, kalau dia membuat janji bahawa apabila Pakatan berjaya merampas Sabah, maka kuasa otonomi akan diberikan kepada negeri ini.

Jika rakyat terpengaruh dengan janji itu, tiada seorang pemimpinpun yang boleh mencegahnya.

Awal tahun 1985, kerjaan Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh, tiada tanda-tanda akan rebah, namun pada tahun itu juga kerjaan Berjaya kalah teruk kepada PBS.

Benar Anwar berbohong dengan gerakan 16 September 2008; kerana Anwar gagal mendapat sokongan daripada wakil rakyat BN untuk melompat. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku sebelum itu, sehinggakan Anwar berani mencangkan bahawa gerakan 16 September akan mengubah kerajaan pimpinan Abdullah Badawi?

OKB tidak berpihak kepada mana-mana; namun mesti ada satu gerakan yang menyebabkan gerakan 16 September Anwar dicanangkan.

Akibat canagan Anwar itu, maka mengakibatkan cepatnya Tun Abdullah turun tahta. Ada kemungkinan juga; jika Anwar tidak mencangkan Gerakan 16 September, kemungkinan Tun Abdullah masih Perdana Menteri.

Rakyat Sabah telah cukup matang berpolitik. Tiada siapa yang boleh mencegah, jika rakyat memilih parti mana pada PRU-13 akan datang.

Tiada salahnya mencuba kata seorang kawan. Tahun 1976, rakyat Sabah mencuba Berjaya. Tahun 1985, rakyat Sabah mencuba PBS. Tahun 1994, rakyat Sabah mencuba BN yang ditunjangi oleh Umno.

Senario politik Sabah, biasanya bertukar setelah 9 tahun. Pada PRU-13 maka masa senario tersebut menjelang. Akan ada kah perubahan kerajaan di Sabah? Apa kah rakyat Sabah menerima tawaran Anwar kepada negeri ini mengenai kuasa otonomi? Otonomi memungut cukai, otonomi melantik jawatan-jawatan, otonomi mengenai keselamatan dan sebagainya. Lagi pun, Anwar menjanjikan bahawa royalti minyak akan dinaikkan daripada 5% kepada 20%.

Jika rakyat Sabah menerima tawaran Anwar itu, apapun kata Rahman Dahlan, akan dianggap seperti mencurah garam ke laut. Fikir-fikirkan lah.

21 September 2010

Susu 1Malaysia akan sama kah dengan minuman SUDI-Sudirman Arshad?

“1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.” — YAB Datuk Seri Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Apabila gagasan 1Malaysia diperkenalkan YAB Perdana Menteri selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2008, ramai yang menganggapnya sebagai satu gagasan yang mampu mengangkat dimensi perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini ke tahap yang lebih tinggi. Malah gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan memungkinkan perpaduan boleh dipupuk berasaskan gagasan ini. Tentulah seluruh rakyat Malaysia turut merasakan semangat ‘kekitaan’, apatah lagi dilaungkan oleh pemimpin nombor satu!

Selepas beberapa ketika satu demi satu 1Malaysia muncul, kelab, yayasan, nombor pendaftaran kenderaan, klinik, dan yang terkini ialah susu 1Malaysia – ketika melancarkan Program Juara Rakyat peringkat negeri Sabah di Sandakan pada 16 September yang lalu. Antara lain tujuan susu 1Malaysia penting bagi melahirkan generasi baru negara yang lebih kuat, tegap dan cerdas, dan dinamik.

Saya bukan mempertikaikan kepentingan susu kepada kanak-kanak, malah susu telah diketahui sebagai sumber kalsium yang tinggi. Saya juga tidak mempertikaikan program susu sekolah ini, program susu sekolah bukanlah sebuah program yang baru. Malah saya tidak mahu mempertikaikan kemampuan Sabah sebagai negeri pengeluar susu terbesar di negara ini.

Program bantuan susu telah bermula sejak tahun 60-an lagi dan telah memberi impak positif terhadap perkembangan tumbesaran kanak-kanak terutamanya kanak-kanak miskin dan kurang berkemampuan. Program ini kemudiannya telah dikenali sebagai Program Susu Sekolah mulai tahun 1981.

Namun begitu Program Susu Sekolah tidak pernah sunyi daripada pelbagai masalah sepanjang pelaksanaannya. Pernah beberapa kali dihentikan akibat keracunan kepada murid-murid yang meminumnya sehingga Kementerian Pelajaran mengambil keputusan memberhentikan Program Susu Sekolah serta merta pada Ogos 2007.

Malah, Timbalan Menteri Pelajaran pernah memberitahu Dewan Rakyat bahawa Program Susu Sekolah ini akan ditangguh sehingga pengilang terbabit mematuhi syarat yang ditetapkan bagi mendapatkan sijil “Hazard Critical Control Point” (HACCP), selain memastikan edaran dan penyimpanan yang sesuai dengan keperluan susu yang dibekalkan. Itu ialah apa yang dilaporkan pada April tahun ini.

Soalnya bukanlah mengenai susu yang bakal memberi manfaat kepada ramai murid-murid sekolah randah di seluruh negara bermula bulan hadapan, tetapi ialah reputasi susu yang bakal dibekalkan, bolehkah dijamin akan tidak berulang insiden yang membabitkan kualiti susu tersebut sehingga menjejaskan kesihatan dan mengakibatkan kemudaratan kepada murid-murid ini. Apakah piawaian susu 1Malaysia ini akan jauh lebih baik daripada yang dihasilkan oleh pengilang-pengilang bertaraf multinasional? Apakah kita begitu mudah melabelkan susu yang belum terbukti piawaiannya sebagai susu 1Malaysia?

Kita tentulah tidak mahu, label 1Malaysia menjadi begitu murah dan mudah digunakan sewenangnya berbanding matlamat ketika gagasan ini diperkenalkan pada asalnya. Selepas ini mungkin pelbagai lagi produk akan dilabel dengan 1Malaysia, misalnya selipar 1Malaysia! Apabila kualiti susu 1Malaysia mengalami masalah seperti program susu sebelum ini – maka imej 1Malaysia akan dilihat sebagai satu bahan jenaka, sekurang-kurangnya itulah tanggapan daripada aspek pemasaran! Selamat menikmati Susu 1Malaysia, Oktober nanti.

Nota Kaki: Tulisan ini tidak bermaksud memperlekeh gagasan 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri, sekadar pandangan peribadi dan tidak bermaksud melukakan hati penyokong-penyokong tegar gagasan ini!

19 September 2010

Bumiputera sukar tolong bumiputera

Dunia perniagaan Melayu/bumiputera sangat berbeza dengan orang Cina. Kita perlu mengakui dalam dunia perniagaan Melayu/bumiputera memang jarang dan sukar usahawan Melayu/bumiputera akan tolong sesama usahawan Melayu/bumiputera.

Keadaan ini jauh berbeza dengan dunia perniagaan orang Cina yang akan saling bantu membantu sesama mereka.

Dalam konteks Melayu/bumiputera tolong Melayu/bumiputera, pengalaman menegaskan bahawa cuma kakitangan awam kerajaan yang mengamalkan perkara tersebut. Ini pun disebabkan polisi kerajaan.

Cuba kita renungkan persoalan-persoalan ini. Adakah pengilang-pengilang Melayu/bumiputera mengeluarkan barangan yang boleh dijual di kedai Melayu/bumiputera atau dijual peniaga atau pembekal Melayu/bumiputera? Jawapannya tidak, majoriti mereka membuka kilang untuk tender/kontrak kerajaan melainkan perniagaan makanan dan minuman sahaja.

Adakah pengilang-pengilang Melayu/bumiputera membeli barangan keperluan kilang daripada usahawan Melayu/bumiputera atau pembekal Melayu/bumiputera?. Jawapannya juga tidak, keseluruhannya mereka mendapatkan daripada peniaga Cina dengan alasan sudah biasa dan harga lebih murah.

Selain itu, adakah juga kontraktor-kontraktor binaan Melayu/bumiputera yang dapat kontrak kerajaan bernilai jutaan ringgit mendapatkan bekalan mereka daripada pembekal Melayu/bumiputera? Jawapannya juga tidak, hanya kontraktor-kontraktor Melayu/bumiputera yang dapat projek sahaja, menjadi kaya dan mendapat manfaat ialah ratusan malah ribuan pembekal Cina.

Contoh lain, mengapa orang Melayu/bumiputera lebih suka menghantar kereta mereka ke bengkel orang Cina dengan alasan sudah biasa dan lebih yakin perkhidmatan di bengkel orang Cina. Orang Melayu/bumiputera juga lebih suka minum di kopitiam kepunyaan orang Cina yang diragui status halal makanan disediakan.

Dalam dunia perniagaan Melayu/bumiputera sebenarnya tidak ada sikap ‘bagai aur dengan tebing’. Justeru, sikap dan mentaliti usahawan Melayu/bumiputera perlu berubah secara total terhadap slogan ‘Melayu/bumiputera tolong Melayu/bumiputera’ dan hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran 30 peratus usahawan melayu/Bumiputera.

Sebenarnya, kunci kejayaan dan kekuatan bangsa Cina dalam bidang ekonomi terletak pada kewujudan apa yang dipanggil ‘jaringan pohon buluh’ dalam kalangan usahawan mereka. Malah jaringan ini diamalkan dalam dewan dan persatuan perniagaan bangsa Cina dalam kalangan usahawan mereka. Dalam kata lain orang Cina mempunyai tahap perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan usahawan mereka hingga dapat menguasai bidang ekonomi di Malaysia, malah di serata pelosok tempat di dunia ini.

Walaupun kerajaan melalui agensi-agensinya sentiasa memberi sokongan dan membantu usahawan Melayu/bumiputera, ia tidak akan berjaya sekiranya mereka tidak mengubah sikap ‘ Melayu/bumiputera tolong Melayu/bumiputera’ dan mengamalkan ‘jaringan pohon buluh’ seperti diamalkan kalangan usahawan Cina selama ini di negara kita.

Justeru, orang Melayu/bumiputera harus sedar, siapa lagi yang akan menolong mereka, jika tidak bangsanya sendiri. Dalam kontek lebih luas, orang Melayu/bumiputera bukan sahaja memerlukan perpaduan politik tetapi juga perpaduan ekonomi untuk kekuatan dan maruah bangsa Melayu/bumiputera di tanah airnya sendiri, Malaysia dengan konsep 1 Malaysia.

Pemimpin perlu rasai derita rakyat: Najib

Para pemimpin masyarakat perlu memiliki sifat rendah diri dan tawaduk dalam menjalankan tanggungjawab serta sanggup merasai kesusahan yang dialami rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seseorang yang bergelar pemimpin bukan bermakna berada pada kedudukan tertinggi atau memiliki keistimewaan tetapi ia satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

"Para pemimpin juga perlu berhemah dan sentiasa sanggup bersama rakyat tanpa mengira masa terutama ketika mereka berada dalam kesusahan.

"Oleh itu, apabila musibah atau mala petaka menimpa rakyat, pemimpin seharusnya berada di barisan hadapan dan menjiwai kesusahan rakyat serta membantu mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pekan di Dataran Pekan di sini hari ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, beliau yakin Barisan Nasional (BN) berada di landasan yang betul kerana parti itu benar-benar berjiwa rakyat dan menjuarai kepentingan setiap lapisan masyarakat di negara ini.

''Suka saya mengingatkan selagi kita bersikap demikian dan berpegang kepada gagasan 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, pasti rakyat akan sentiasa bersama-sama BN," tegasnya.

17 September 2010

Sabah tetap Fixed Deposit BN: Najib

Sabah kekal menjadi 'akaun tetap' Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 berdasarkan sokongan kuat yang diterima parti itu daripada masyarakat pelbagai kaum di negeri tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan yang diberikan oleh rakyat terhadap majlis-majlis anjuran BN dan UMNO seperti program Juara Rakyat peringkat negeri semalam yang membuktikan parti itu masih diterima di Sabah.

Beliau berharap sokongan terhadap BN akan terus meningkat hasil kerja keras kerajaan dan pemimpin-pemimpin parti berkenaan.

"Kepada sesiapa yang menyangkal bahawa UMNO dan BN sudah tidak kuat di Sabah, sesiapa yang mencanang cerita kononnya BN dan UMNO lemah sokongan, tengok sahaja majlis ini yang saya lihat seolah-olah lautan manusia.

"Saya tidak payah bagi dalil dan bukti lain buktinya sambutan amat hebat dan luar biasa yang saya saksikan ini. Kesimpulannya Sabah masih merupakan akaun tetap (BN)".

"Insya-Allah akaun tetap ini tidak cair dan kita masih lagi boleh mempertahankannya berdasarkan sokongan yang kita" katanya ketika berucap pada Program Juara Rakyat peringkat negeri Sabah dan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Padang Bandaran Sandakan semalam.

Kira-kira 50,000 penduduk pelbagai kaum di Sabah membanjiri program berkenaan.

Menurut Perdana Menteri, semua pemimpin BN harus bersama-sama bekerja keras bagi menjadikan UMNO serta BN parti 'juara rakyat'.

Justeru katanya, kegiatan turun padang harus diamalkan secara telus oleh semua pemimpin BN bagi meletakkan kepentingan rakyat di tempat teratas.

Dalam pada itu katanya, UMNO dan BN terbukti mempunyai rekod sebagai parti yang membela nasib rakyat sejak sekian lama termasuk memerdekakan Sabah dan Malaysia daripada penjajah.

Selain itu jelasnya, transformasi yang dilaksanakan kerajaan BN adalah jelas dan dirancang begitu teliti demi kepentingan rakyat.

Katanya, pembaharuan itu yang dilakukan melalui Pelan Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 juga dilaksanakan dalam semangat 1Malaysia.

"Ini bukan impian kosong, bukan angan-angan Mat Jenin tetapi ia sesuatu yang sudah kita rancang dengan begitu teliti.

"Kita buat kajian begitu mendalam, kita buat pelbagai makmal untuk membincangkan apa yang patut kita lakukan supaya 10 tahun akan datang impian kita akan kesampaian dan perubahan besar akan berlaku kepada negara Malaysia tercinta ini," katanya.

Menurut Najib, kerajaan juga tidak pernah mengabaikan masyarakat luar bandar di Sabah apabila memperuntukkan RM6.18 bilion bagi membangunkan pelbagai infrastruktur.

Menurutnya, peruntukan itu akan digunakan untuk tempoh dua tahun hingga 2012 bagi membina pelbagai kemudahan seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air serta projek perumahan rakyat.

15 September 2010

Esok 16 September 2010: 47 Tahun sudah Sabah Dalam Malaysia

OKB hanya tua 3 tahun berbanding usia Sabah menyertai Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk negara baru dan kemudian dinamakan Malaysia.

Esok 16 September 2010, 47 tahun sudah Sabah dalam Malaysia. Setelah usia itu sudah tentu kedudukan rakyat Sabah dimana majoritinya adalah bumiputera dapat sudah dinilai.

Tahun ini untuk julung kalinya pembentukan negara dirayakan. Secara kebetulan Sabah dipilih sebagai penganjur sulung acara bersejarah itu.

Tidak dapat dinafikan ada juga bumiputera yang berjaya namun peratusan yang mereka yang berjaya terlalu rendah dibanding mereka yang masih terkapai-kapai.

Keperluan asas seperti air bersih, lampu litrik, jalan-jalan berturap masih merupakan masalah utama sebahagian besar penduduk.

Penyediaan keperluan asas seperti yang disebutkan terlalu sukar dipenuhi secara serentak, memandangkan luasnya negeri yakni 3/4 Semenanjung Malaysia (Malaya).

Selain itu taburan penduduk yang berselerak juga menyumbang kepada kesukaran tersebut.

Pada tahun 70-an Sabah merupakan negeri terkaya di Malaysia. Pada masa itu Tuan Yang Terutama (TYT) masih lagi bergelar Yang Dipertua Negara.

Masa berlalu, kekayaan Sabah mula terhakis, dimana pada masa itu pendapatan negeri hanya tergantung kepada balak. Apabila balak mula punah, di mana sebelumnya sumbangan balak kepada perekonomian negeri mencecah 1.3 bilion ringgit, kini hanya 150 juta ringgit setahun.

Di masa-masa puncak perolehan daripada balak cukup tinggi, setiap rakyat negeri ini pada masa itu dibayar RM300 setahun apa yang disebut Amanah Tun Mustapha. Kemudian istilah itu ditukar kepada saham amanah yayasan Sabah.

Setelah tahun 1985, semua pembayaran kepada rakyat negeri telah dibekukan hingga kini.

Pada tahun 1990-an, satu berita yang sungguh mengejutkan, apabila statistik masa itu telah memaparkan bahawa Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia.

Status miskin itu telah bertahan hingga kini.

Di mana kah silapnya?

Sabah kaya dengan dengan sumber alam. Perairan Sabah mengeluarkan minyak. Tanah darat Sabah mengeluarkan hasil pertanian. Laut Sabah mengeluarkan ikan berkualiti.

Produk pertanian Sabah dikenal di dunia, malah menjadi punca eksport negara.

Berasaskan kepada keluaran kasar negeri, sepatutnya rakyat negeri ini tidak tergolong miskin, namun kenapa sebahagian besar rakyat negeri ini miskin?

Juga berasaskan kepada jumlah projek yang mengalir ke dalam negeri ini, kenapa keperluan asas yang merupakan hak sebagai warga merdeka belum terpenuhi?

Usia negeri telah 47 tahun, sepatutnya jika dianalog dengan kerjaya seorang manusia, sepatutnya telah mapan. Namun, hakikatnya, sebahagian besar penduduk negeri ini masih di ambang merdeka.

Jangan salah kan jika ada pemimpin politik mengenegahkan isu kedudukan rakyat negeri ini. Umpamanya Setiausaha Agong DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengatakan bahawa kedudukan bumiputera di Sabah dan Sarawak masih tidak dipedulikan manakala kedudukan ekonomi rakyat di kedua-dua negeri itu juga masih menyedihkan.

Lim Guan Eng juga berkata, pada masa yang sama, ada "pihak-pihak tertentu" yang mengaut keuntungan besar daripada negeri itu tanpa mempedulikan nasib anak negeri.

"Di satu sudut, ada pihak di semenanjung yang berjuang mempertahankan kedudukan istimewa Bumiputera yang mereka anggap sebagai hak asasi dan dianggap tidak boleh dibincangkan sama sekali.

"Di satu sudut yang lain pula, para pejuang ini tidak mempedulikan kedudukan istimewa yang sama untuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak," katanya.

Dalam satu kenyataan sempena sambutan hari Malaysia esok, Lim berkata, gagasan Malaysia diharap membawa kepada perpaduan yang lebih erat di kalangan rakyat melalui perkongsian dan pengagihan sumber yang lebih adil.

Katanya, jika kerajaan pusat benar-benar mahu menjamin dan melindungi keistimewaan Bumiputera, ia perlu memastikan pelaksanaan keadilan untuk semua Bumiputera tanpa mengira suku, kaum, agama dan kedudukan geografi.

Sehubungan itu, tambahnya, kerajaan perlu memastikan Sabah dan Sarawak menikmati peluang-peluang yang sama seperti yang dinikmati oleh negeri-negeri di semenanjung.

7 September 2010

Mana sudah janji-janjimu?

Masa kempen itu, bukan main lagi, sumpah janji semuanya mengalir bagaikan buih. Kata calon itu, "saya pastikan bahawa semua projek atau pembangunan yang di bawa oleh kerajaan wajib dilaksanakan oleh rakyat kawasan ini"

Setelah menang dan benar-benar jadi wakil rakyat; benar juga semua projek yang di bawa oleh kerajaan dilaksanakan oleh kontraktor yang berdaftar di Kota Belud; namun itu hanya berasaskan pendaftaran, tetapi pemilik lesen tersebut bukanpun penduduk asal Kota Belud, akan tetapi berasal dari daerah jiran.

Itu ok, akan tetapi kebetulan pelaksana projek dan juga yang mendapat projek adalah proksi kepada sahabat karib atau pendek kata ada hubungan kekeluargaan dengan wakil rakyat itu.

Semalam OKB bersama dua orang pegawai kerajaan; boleh tahan juga pangkat dua orang kawan ini; semasa dalam perjalanan ke pantai Sarang Kota Belud; kami berbual-bual; dalam perbualan tersebut; kononnya telah berekar-ekar tanah telahpun dimiliki oleh wakil rakyat itu- terutama tanah-tanah yang berpontesi dijadikan kawasan pelancongan.Benar kah demikian?

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels