30 December 2010

400 ekar Tanah di Kg Kulambai Dundau akan dibuka:Japlin

Seluas 400 ekar tanah yang sesuai untuk penanaman padi akan di buka di Kg kulambai Dundau dalam kwasan DUN Usukan.

Pembantu Menteri Pembangunan dan Infrastrukur Negeri Datuk Japlin Haji Akim berkata, keluasan itu adalah tambahan kepada 600 ekar yang sedang diusahakan sekarang.

Menurut Japlin, jika keluasan tersebut terealisasi, maka kg Kulambai Dundau akan menjelama antara pengeluar beras di Daerah kota Belud.

Daerah Kota Belud telah terkenal dengan pengeluaran padi sedia dahulu kala, namun masalah pengairan dan penanam padi telah membantutkan keluaran padi daerah itu.

Usaha Kementerian Pertanian Persekutuan (MOA) memberi projek yang berkos 1bilion di Kota Belud, akan merealisasikan daerah ini menjadi Jelapang Padi untuk Negeri Sabah.

29 December 2010

Speaker DUN Sabah- Mungkin Datuk Salleh Tun Said?

Ramai pengamat politik mengatakan bahawa jawatan Speaker DUN Sabah yang kosong bermula pada 1 Januari 2011 berikutan perlantikan Speaker DUN itu Datuk Juhar Mahiruddin sebagai TYT Sabah yang ke-10; kemungkinan disisi oleh mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Salleh Tun Said.

Jawatan Speaker mempunyai kedudukan Eksekutif ke dua tertinggi diperingkat negeri selepas Ketua Menteri.

Tidak salah bagi Datuk Salleh dilantik sebagai Speaker, kerana mantan Ketua Menteri itu mempunyai kelayakan dan pengalaman.

Pun demikian, melalui pelantikan itu, tidak bermakna kerjaya Salleh dalam politik berakhir. Beliau masih merupakan Ketua Bahagian Umno Kota Belud dan masih Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri. Tidak ada kemestian, bahawa jika dilantik sebagai Speaker, maka perlu melepaskan jawatan politik. Suatu masa dahulu, Speaker Dewan Rakyat adalah Tan Sri Ngah Talib-Beliau pada masa itu adalah wakil rakyat Pasir Salak-Perak dan merupakan ketua Bahagian Umno.

Walaupun, OKB hanya menulis berasaskan cakap-cakap para pengamat politik negeri, kepastian mengenainya adalah terserah kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman dan Perdana menteri-Datuk Sri Najib Razak.

Apapun sama-sama kita tunggu siapa yang bakal dilantik sebagai Speaker DUN Sabah. DUN Sabah, hanya akan bersidang pada April 2011.

28 December 2010

50 ADUN, 25 MP dan 25 Bahagian berkampung di Tenang: Datuk Ghani Othman

Strategi Batu Sapi dan Galas akan digunakan di PRK Tenang. Pengarah PRK DUN-5 Tenang dalam Parlimen P-142 Labis Datuk Ghani Othman yang juga Menteri Besar Johor berkata, bahawa 50 ADUN BN, 25MP BN dan 26 Bahagian BN akan berkampung di Tenang bagi menghadapi PRK ke-14 selepas PRU-12 lalu.

ADUN N-5 Tenang kosong berikutan, kematian penyandangnya daripada UBN- Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu akibat jangkitan darah dan kecing manis.

Datuk Sulaiman Taha merupakan ADUN dua penggal yang bermula pada tahun 2004.

Sementara itu, Ghani berkata senerai pendek calon BN akan diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib dalam masa terdekat dan seterusnya akan mengumumkannya sebelum penamaan calon pada 22 Januari tahun depan.jika ada pertandingan, maka pembuangan undi akan berlangsung pada 30 Januari.

Pada PRK Batu Sapi dan Galas 4 November lalu, BN menang dengan majoriti bergaya, malah ada yang mengatakan bahawa kemenangan itu menunjukkan bahawa sokongan kepada gabungan 13 parti kerajaan itu telah kembali.

Pada PRK-14 ini akan dibuktikan bahawa kemenangan pada 4 November itu, bukan kerana isu setempat, namun pola sokongan semula kepada BN telah kembali.

26 December 2010

Japlin dipersimpangan?

Sejak akhir-akhir ini aktibiti turun Padang ADUN Usukan itu sangat ketara di kawasannya. Sayang, disebabkan masalah parti yang melanda ADUN Usukan itu, maka masa depan politiknya masih samar-samar.

Namun Pembantu Menteri itu masih ada talian hayat, kerana Perdana Menteri mengatakan bahawa calon yang akan mewakli BN nanti, bukan semestinya berasal daripada parti, namun calon yang akan dikemukakan oleh BN adalah calon rakyat, yakni individu yang diyakini menang kerana disukai rakyat.

Japlin di mata rakyat Usukan adalah pemimpin yang diterima, bukan kerana kekayaannya, namun Japlin adalah pemimpin akar umbi yang mana dapat bergaul dengan rakyat di semua peringkat.

Sayang kalau pemimpin seumpama ini diketepikan untuk mewakili rakyat akan datang.

23 December 2010

Mangsa Banjir Kota Belud dapat perhatian daripada Rahman Dahlan

BANTUAN WANG EHSAN......Seramai 600 orang mangsa banjir terdiri daripada petani dan penternak di daerah Kota Belud telah menerima bantuan wang ehsan dari Jabatan Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri pada 20 Dis 2010 yang diadakan di Dewan Tun Said Kota Belud. Penyampaian bantuan itu telah disampaikan oleh Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz yang merupakan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Malaysia.Hadir sama Ahli Parlimen Kota Belud, Dato' Abdul Rahman Datuk Dahlan, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Japlin Akim, Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam serta para pemimpin setempat yang lain.

22 December 2010

Semua pemimpin Kota Belud adalah orang Ketua Menteri

Untuk pertama kali dalam sejarah Kota Belud, semua pemimpin daerah ini berjawatan.

Tan Sri Pandikar sebagai speaker dewan rakyat, Datuk Salleh Said sebagai Penasihat sains dan teknologi kepada Ketua Menteri yang bertaraf menteri, Datuk Musbah Jamli Pembantu Menteri pertanian dan asas tani negeri, Datuk Japlin Akim pembantu menteri dua penggal, Datuk Herbert Timbun lagadan pembantu menteri kebajikan masyarakat, semenetara Datuk Rahman Dahalan Pengerusi GLC negeri.

Sebenarnya tidak ada lagi pemimpin daerah ini yang tercicir. Berasaskan peranan yang diberikan kepada para pemimpin Kota Belud tersebut, tidak timbul kawasan Kota Belud tidak akan maju setimpal dengan kawasan-kawasan lain yang berdekatan dengan ibu negeri.

OKB merasakan hanya masa yang menentukan, bahawa Kota Belud akan berkembang pesat.

19 December 2010

Kenapa sibuk-sibuk soal calon?

Tiba masanya, BN akan pilih siapa calon bagi mewakilinya dalam pilihan raya. Jika BN mahu menang, maka BN akan letakkan calon yang akan menang. Jika BN mahu kalah maka akan terletak calon yang kalah.

Sebenarnya tiada sesiapa yang boleh meramal, calon mana kah yang boleh menang atau calon mana kah yang boleh kalah. Hakikatnya, selagi parti itu masih diterima rakyat majoriti, maka parti itu lah yang akan menang.

Kawasan Usukan misalnya, walaupun cuba ditawan oleh dua geragsi parti negeri sejak tahun 1976, yakni Berjaya dan PBS, namun kawasan itu tetap sahaja dimenangi oleh calon USNO. Pendek kata, selagi parti itu masih diterima, maka calon parti itu akan tetap menang, tidak kira siapa individu yang menjadi calon parti yang diterima itu.

Sebenarnya ini lah pendekatan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, Datuk Salleh Said Keruak. Mantan Ketua Menteri Sabah itu cukup yakin , bahawa BN umumnya dan khasnya Umno, masih diterima di kawasan Kota Belud.

Datuk Salleh yakin, sesiapa sahaja yang dipilih parti dalam PRU-13 akan datang pasti menang.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Najib, bahawa pilihan BN untuk menjadi calon yang mewakili BN adalah pilihan rakyat. Bagi OKB, pilihan parti juga adalah pilihan rakyat, atas sebab, jika rakyat dalam hal ini ahli tidak memilih pemimpin, maka tiada lah pemimpin itu.

Namun ada juga pertimbangan, ada juga pemimpin yang tidak mempunyai jawatan dalam parti, namun sangat dekat dihati rakyat. Tan Sri Pandikar misalnya, walaupun mempunyai kesibukkan di dewan rakyat, namun saban minggu berada di kampung bersama-sama dengan rakyat yang menyokongnya. Datuk Musbah, Datuk Japlin, Datuk Rahman, juga saban minggu berada di kawasan untuk bersama-sama rakyat.

Seharusnya rakyat Kota Belud perlu bersyukur mempunyai para pemimpin yang senantiasa dekat dengan rakyat.

Bulan Disember ini misalnya, jemputan majlis-majlis kahwin, turut juga di ramaikan oleh para pemimpin Kota Belud, sehingga Tan Sri Kasitah Gadam mengsyorkan, agar majlis perkahwinan mengikut suku kaum ini dijadikan produk pelancongan negeri mahupun negara.

OKB berpendapat, sesiapa yang sibuk mencari calon, lihat lah sumbangan yang diberikan oleh para individu terlebih dahulu, sebelum terjun membela rakyat.

18 December 2010

Sepatutnya ramai wakil rakyat BN ikut jejak Rahman Dahalan

Wakil rakyat Kota Belud Datuk Rahman Dahlan telah menjelaskan kebenaran mengenai fakta yang menyelubungi penggantungan Anwar Ibrahim dan 3 wakil rakyat Pakatan daripada Dewan Rakyat selama 6 bulan bermula pada 16 Disember lalu.

Wakil rakyat Kota Belud itu mengatakan bahawa sejak April 2010, Anwar telah diberi peluang dan masa untuk menjelaskan dan menunjuk bukti tentang dakwaannya bahawa 1Malaysia berasal daripada OneIsreal-1999, seperti mana dakwaan Anwar di Dewan Rakyat pada Mac 2010.

Namun menurut, Rahman, Anwar tidak langsung berminat dengan semua itu, akan tetapi Anwar telah merancang membuat kekecohan di dewan rakyat selama 2 hari berturut-turut bermula daripada 15 Disember 2010.

Rahman telah mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen terutama yang berkaitan dengan slogan OneIsreal 1999-di mana sebenarnya konsep isreal itu adalah manifesto piliharaya Eruad Barack bersama-sama tiga parti lain-ada yang parti berasas agama (sperti PAS) pada pilihanraya isreal tahun itu.

Penjelasan mengenai kedudukan bagaimana Anwar digantung, tidak mendapat perhatian daripada wakil-wakil rakyat barisan nasional, seolah-olah mereka kehilangan punca dan terpukau.

Inisiatif Rahman melalui blognya MP-Kotabelud.blogspot.com, untuk menguraikan perjalanan kenapa Anwar sampai digantung adalah usaha yang patut dicontohi oleh wakil-wakil rakyat BN, agar rakyat dapat faham dan tahu bagaimanakah perjalanan kes itu.

Wakil rakyat Kota Belud itu juga menjelaskan bagaimana Speaker bertindak dengan adil dan saksama. Speaker tidak pernah mengambil tindakkan berpihak, kerana wakil-wakil rakyat telah diberikan peluang untuk membahas isu Anwar itu, hanya pihak Anwar dan the gang tidak berminat membahasnya.

Speaker menurut Rahman, tidakpun mengambil bahagian dalam perbahasan mahupun mengundi, semuanya terletak pada keputusan wakil-wakil rakyat.

Biasalah siapa yang majoriti itu lah yang menang, Anwar kena terima hakikat ini.

Disebabkan Anwar dan the gang tahu, bahawa mereka akan tetap kalah, maka satu rancangan kekecohan telah dibuat. Lihat sahaja bagaimana wakil-wakil rakyat Pakatan membawa MANILA CARD ke dalam Dewan dengan bertuliskan macam-macam.

Walau apapun Syabas kepada DARD.

14 December 2010

Penangguhan pemilihan Umno apa kesanya?

Penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan yang kononnya bertujuan untuk memantapkan cengkaman parti di semua peringkat, ternyata bernilai negatif.

Kini, kegiatan atau aktibiti para pemimpin baik di peringkat daerah mahupun akar umbi agak perlahan kerana masing-masing mengetahui bahawa bahang pemilihan masih satu setengah tahun lagi.

Sebelum pengumuman penangguhan oleh Presiden parti 2 minggu lalu, nampak juga kelibat para pemimpin turun padang, namun setelah pengumuman itu, para pemimpin seolah-olah sukar didekati dan menjauhkan diri.

jika sebelum ini, para pemimpin parti peringkat daerah agak mudah di dekati, namun kini agar sukar, demikian lah keluhan secara rambang rakyat di peringkat akar umbi.

Malah ada yang mengatakan bahawa tujuan penangguhan pemilihan parti itu, yang bertujuan seperti mana disebutkan tidak akan mencapai sasaran. Malah akan timbul persepsi, bahawa para pemimpin hanya berminat pada jawatan parti, sebagai landasan untuk mendapatkan kuasa politik.

Namun mereka lupa, bahawa kretiria pemilihan calon-calon yang akan diketengahkan oleh Najib bukan semata-mata atas jawatan parti, tetapi pilihan akan bersandar pada individu pilihan rakyat.

Untuk itu, sebelum terlambat adalah elok bagi mereka yang bercita-cita untuk mengwakili parti, perlu lah daripada sekarang, senantiasa mendengar degup jantung akar umbi.

12 December 2010

Kenapa sungai Kota Belud dibendung?

Pembendungan sungai Kota Belud berdekatan dengan jambatan panjang telah menghalang laluan air, akibatnya kampung-kampung sekitar sungai itu terdedah kepada banjir.

Semalam, kampung Sembirai, kg bobot, kg Kota Belud. kg Labuan, Kg Wakaf telah digenangi air, walaupun hujan yang turun biasanya tidak mengakibatkan banjir di kampung-kampung tersebut.

Pembendungan sungai Tempasuk itu, bukan sahaja berakbiat banjir, namun juga berakibat sungai-sungai yang berkait dengan sungai itu, seperti Sungai kg peladok, Sungai Kg Merbau dan Sungai Kg Tamau telah kering. Yang menyedihkan, apabila air laut pasang, air laut menyusup masuk ke sungai-sungai yang telah kering itu.

Jika sebelum ini, sumber pengairan penduduk-penduduk kampung bersumber daripada sungai-sungai itu, kini, sumber air itu tidak boleh digunakan lagi untuk tujuan penyirman tanaman, kerana masin.

Pihak Jabatan Pengairan dan Salliran negeri sepatutnya mempunyai kajian rinci, sebelum membendung sungai tempasuk itu.

Kementerian pertanian dan Asas tani Negeri di mana JPS merupakan salah satu agensinya, perlu memberi penjelasan , kenapa kah, sungai Tempasuk itu di bendung.

10 December 2010

Apabila keputusan Speaker tidak dihormati

Dua kali sepanjang minggu lalu, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengurut dada kerana menahan sabar dengan karenah tidak beretika ahli parlimen Pakatan Haram Penipu Rakyat mengherdik arahannya.

Pertama pada 8 Disember 2010, Speaker telah mengantung 6 orang ahli parlimen Pakatan Haram ini selepas mereka berang speaker menolak permohonan Anwar membela diri di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung hubungan Umno dan firma perunding berkaitan Israel, Apco Worldwide. Kenyataan Anwar itu dianggap DS Nazri Aziz, selaku menteri bertangungjawab mendakwa Anwar sengaja membawa isu sensitif kepada pentadbiran negara.

Di dalam kejadian itu Azmin Ali, dengan jahatnya menuduh Speaker telah dibeli oleh BN dan UMNO serta menganggap tindakan Speaker adalah prejudis.

Pada 9 Disember pula, Speaker sekali lagi mengantung dua orang Ahli Parlimen DAP selepas kedua-duanya gagal mengawal emosi malah, Fong Po Kuan, Ahli Parlimen Batu Gajah, sanggup meminta Speaker turut berehat kerana dikatakannya sebagai gagal juga mengawal emosi. Diluar dewan, dia mengelar TS Pandikar Amin sebagai lebih teruk dari "Kangroo Court".

Dalam tempoh akhir tahun ini, kita semakin nampak, ramai sudah Ahli Parlimen Pakatan Haram ini semakin tidak beretika dan suka mengunakan emosi di dalam mengemukan soalan di dalam dewan. Malahan mereka sengaja melanggar arahan Speaker malah mereka begitu berani mencemar kesucian dewan yang mulia dengan kata-kata cemuhan ke atas Speaker. Tindakan mereka ala-ala samseng ini semakin menjadi-jadi selepas Wan Azizah mengelarkan Anwar sebagai anugerah tuhan. Jadi mereka yakin, orang yang mereka pertahankan adalah suci setaraf wali.

TS Pandikar Amin Mulia perlu bersabar kerana mereka semua ini akan disingkirkan rakyat dari kerusi parlimen pada PRU 13 nanti. /div>

9 December 2010

Safie Apdal juga setuju calon BN adalah calon pilihan rakyat

Datuk Safie Apdal yang juga Naib Presdien Umno bersetuju agar supaya calon yang mewakili BN pada PTRU-13 akan datang adalah calon pilihan rakyat, ertinya kedudukkan dalam parti tidak mustahak, kerana kedudukkan dalam parti tidak semestinya menjamin kemenangan.

Masalahnya bagaimana menentukkan calon itu adalah pilihan rakyat? Apa kah kretiria yang diguna pakai? Apa kah kerana rajinnya seseorang itu turun padang, terutama di saat rakyat memerlukan kehadirannya merupakan tolok ukur? Dan siapa kah yang merekod semua ini?

Seseorang dikatakan pilihan rakyat apabila individu itu bersama-sama rakyat di kala duka dan gembira. Seseorang itu dikatakan pilihan rakyat kerana individu itu berjuang, membuat perancangan demi membangun rakyat.

Apa akan berlaku kepada seseorang yang menganggap dirinya pemimpin, namun penuh dengan janji-janji retorik? Selama-lamanya menjanjikan bulan dan bintang, namun, walaupun semuanya tidak menjadi kenyataan, akan tetapi tetap dipilih sebagai pemimpin parti. keahlian parti adalah rakyat, ertinya rakyat juga yang memilih kepimpinan parti. Bezanya keahilan parti bukan seluruh rakyat bagi sesuatu kawasan, namun, suara keahlian parti boleh dianggap suara majoriti. Jika demikian kejadiannya, bagaimana kah Datuk Seri Najib menilainya? atau bagaimana Datuk Safie Apdal menilainya?

OKB sangsi, mungkin kah pemimpin pilihan rakyat akan dipilih atau kah pilihan parti akan dipilih?. Kawasan Kota Belud, agak pelik, kerana pemimpin parti bukan merupakan wakil rakyat pada masa ini.

Menurut pengamatan OKB, wakil-wakil rakyat KB masa ini telah berkerja dengan baiknya, baik ADUN Tempasuk, Usukan mahupun Kedamaian ataupun Wakil parlimennya.Demikian juga pemimpin parti, juga telah bekerja dengan baiknya. Sungguh malang, jika pada PRU-13 akan datang akan ada diantara mereka tercicir menjadi calon. Namun bagi OKB, yang penting peranan para pemimpin itu diketengahkan dalam bentuk apa jua, demi kepentingan rakyat jelata.

Najib semasa berucap pada Konvensyen BN di wisma MCA Ahad lalu telah menekankan calon pilihan rakyat merupakan aspek penting yang akan ditekankan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang bagi memestikan rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk mentadbir negara.

"Calon yang perlu diketengahkan nanti ialah calon yang boleh berkhidmat dan diterima oleh rakyat, bukan kerana calon itu kawan kita, bukan kerana calon itu penyokong kita...itu bukan menjadi penentunya," .

6 December 2010

Najib hanya pilih calon pilihan rakyat

Calon pilihan rakyat adalah juga pilihan Najib. Ertinya kedudukan dalam parti bukan pertimbangan. Ini lah pembaharuan politik Bn umumnya dan khasnya Umno.

Jika dahulu, rakyat dipaksa memilih calon yang dipilih oleh parti, walaupun calon itu tidak mesra rakyat.

Pada awal perlantikan Najib ke jawatan Perdana Menteri sekigus sebagai presiden Umno dan pengerusi Bn, Najib telah mencanangkan bahawa pada setiap pilihan raya, calon pilihan rakyat lah yang akan di pilih, bukan kedudukan dalam parti.

Nampaknya, keputusan Najib ini akan memperluas peluang pemimpin akar umbi untuk dipilih sebagai calon.

Agak-agaknya, di daerah Kota Belud, siapa kah pemimpin yang senantiasa dekat dengan rakyat?

Bagi mereka yang bermastautin di Kota Belud, pasti mengetahui pemimpin pilihan rakyat.

Tidak perlu lah disebut siapa pemimpin itu. OKB yakin, setiap penduduk yang telah mendaftar sebagai pengundi telah tahu siapa mereka.

OKB pernah dibisikkan oleh penggiat politik Kota Belud, kononnya pada PRU-13 akan datang ada seseorang di luar kepimpinan Kota Belud akan diketengahkan sebagai calon. Individu itu, dikatakan sangat terpelajar, namun kekurangannya, tidak mesra rakyat. Jika, kayu pengukur yang telah digariskan oleh Najib diguna pakai, maka bisikkan penggiat politik itu, tidak akan dipertimbangkan.

Kini, nama-nama seperti Tan Sri Pandikar, Datuk Salleh Said Keruak, Datuk Musbah, Datuk Japlin, Datuk Timbun Laggadan, Datuk Rahman Dahalan adalah pemimpin Kota Belud.

Di antara nama-nama itu, OKB tidak pasti siapa kah yang tercicir dalam senarai Najib.

Bagi OKB, para pemimpin yang disebutkan itu adalah pencorak politik Kota Belud kini. Usia mereka masih relatif muda dan masih berkemampuan.

OKB merasakan Najib akan menghadapi kesukaran untuk memilih, kerana semua mereka itu mempunyai kelebihan masing-masing.

Apapun kita tunggu PRU-13 siapa diantara mereka yang menjadi wakil BN.

4 December 2010

Esok konvensyen BN ke-2

Bayangkan Barisan Nasional sejak wujud lebih 50 tahun lalu, namun ini lah konvensyen ke-2 gabungan berbagai parti itu.

Esok di Wisma MCA Jalan Ampang, di Dewan Chan Choon, akan berkempul semua 13 presiden parti komponen, untuk berkonvensyen, berbincang, serta berpidato, demi mencari rumusan bagai mana mendapatkan semula sokongan rakyat kepada gabungan 13 parti itu, ekoran tsunami politik pada tahun 2008.

OKB meramalkan, bahawa esok akan ada kejutan-kejutan daripada presiden-presiden parti.

Sama-sama kita tunggu kejutan-kejutan itu.

OKB merasakan bahawa penumpuhan adalah kepada rakyat yang berada di atas pagar, terutama mereka yang berada dalam golongan usia 21-40 tahun.

Kadar jenayah, kadar penganguuran, kenaikan harga barangan serta rasuah, kemungkinan besar akan menjadi soroton para presiden parti.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels