19 January 2011

Anwar akan demam jika debat dengan saya: Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu mendesaknya untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu 'demam' jika dibongkarkan ketika berdebat.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak gentar berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berkenaan hanya membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.

"Sudah cukuplah pembohongan, janji banyak tak boleh buat, ini nak debat dengan saya pula, buang masa. Saya boleh debat dengan dia, saya tak takut, saya dengan menteri saya tahu segala maklumat.

"Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Tengah Hari Bersama Rakyat dan merasmikan Dewan Semai Bakti serta Gelanggang Futsal di Padang Awam Felda Tenang, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad. Majlis itu dihadiri lebih 2,000 orang dan hadirin dihidangkan dengan nasi ambeng, makanan tradisi masyarakat Jawa.

Perdana Menteri menambah, 'Pelan 100 Hari' pembangkang juga merupakan perancangan yang songsang dan tidak betul dan diperkenalkan semata-mata untuk menarik sokongan rakyat.

"Saya tengok pelan itu hanya nak belanja sahaja. Ia tak ambil kira dari mana punca pendapatan. Kalau kita tak ada punca pendapatan, macam mana kita nak cari dana untuk belanja. Saya berharap rakyat jangan terpedaya dengan janji pembangkang ini," katanya.

Tambah beliau, Anwar sepatutnya membereskan janji seperti menubuhkan kerajaan baru 16 September dan masalah 'peribadinya' ekoran kes liwat yang dihadapinya daripada asyik mencabar dirinya berdebat mengenai 'Pelan 100 Hari' pembangkang.

"Nak tubuh kerajaan pada 16 September, tak tubuh lagi. Ini dah 2011. Kita tunggu sehari demi sehari tak jadi, dia kata 30 anggota Parlimen dari Barisan Nasional nak seberang masuk pembangkang. Kita tengok-tengok, belek-belek mana dia 30, rupanya lima anggota Parlimen dia (pembangkang) yang keluar jadi anggota Bebas.

"Tak payahlah debat, banyak hal lagi tak selesai. Bukan kerajaan yang bawa dia ke mahkamah, yang buat laporan polis ni Saiful (bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan)," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini semakin bercelaru kerana semakin ramai pemimpinnya keluar parti.

Menurutnya, belum pernah terjadi parti politik seperti PKR yang pemimpinnya daripada Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha dan hingga ke peringkat bawahan keluar parti.

Beliau berkata, bekas pemimpin tersebut semuanya menyatakan hilang kepercayaan terhadap PKR yang semakin goyah.

Sementara itu, beliau menegaskan, Felda yang diwujudkan lebih 50 tahun lalu kini berjaya membawa perubahan besar kepada golongan peneroka dan ahli keluarga mereka termasuk generasi kedua dan ketiga.

Malah, menurut Perdana Menteri, Felda kini bukan lagi jaguh kampung, tetapi berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

"Kini Felda sudah berjaya membuat pelaburan di Amerika Syarikat dan Kanada. Felda kini bukan lagi jaguh kampung tetapi sudah menjadi pemain di peringkat global. Malah banyak negara kini mencontohi Felda.

"Ada beberapa negara di Afrika seperti Sierra Leone dan beberapa negara lain turut menjadikan Felda contoh kerana mereka yakin Felda berjaya mengubah nasib rakyat. Ini bukan kita yang cakap, tetapi orang luar yang cakap," katanya.

Terdahulu, semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra dengan penduduk di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Felda Chemplak, Najib mendedahkan, beliau pernah berhasrat melepaskan jawatan sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Felda ketika baru menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, niat tersebut terpaksa dilupakan kerana masyarakat Felda mendesaknya untuk tidak melepaskan jawatan itu.

"Saya jadi menteri yang jaga Felda sejak 2004 yang dilantik oleh Tun Abdullah (Ahmad Badawi) sampai sekarang.

''Pada peringkat awal jadi Perdana Menteri saya nak lepaskan jawatan menteri yang jaga Felda tapi tak jadi setelah didesak masyarakat Felda," katanya yang disambut tepuk gemuruh kira-kira 10,000 masyarakat Felda.

Beliau berkata, walaupun keadaan para peneroka mengecapi hidup yang lebih baik tetapi mereka tetap tidak melupakan jasa Felda.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan tapak lot rumah generasi kedua Felda Chemplak yang berdekatan sekolah tersebut.

18 comments:

mantra said...

sejak Anwar digantung daripada parlimen, dia suka membuat bising d luar hingga sanggup membawa PM kita berdebat. PM tak perlulah nk layan Anwar ni. tak ada hasilnya.

Leo said...

Betul juga cakap Najib. Dari tahun lalu hingga sekarang, belum lagi Anwar tubuh kerajaan. Kalau setakat janji ini tiada dapat ditunaikan, macam mana pula Anwar akan tunaikan pelan 100 hari???

Leo said...

Baik Anwar selesaikan dulu masalah peribadinya seperti yang dinasihati oleh Najib. Selepas itu barulah Anwar ajak Najib berdebat lagi.

Leo said...

Lagipun, ia terpulang kepada Najib untuk menerima cabaran Anwar.

Mohd Ishak said...

Najib ada pendirian sendiri mengapa tidak berdebat dengan Anwar.

nickko said...

benar, jika diteliti janji 100 hari pembangkang, semua yang digariskan lebih menjurus kepada perbelanjaan. gambaran bahawa pembangkang tidak mampu membangunkan ekonomi negara lebih jelas jika kita lihat peranan mereka sebagai pembangkang negara ini yang asyik membangkang projek2 pembangunan ekonomi yang dibuat oleh kerajaan.

nickko said...

Anwar tidak perlu memaksa PM untuk berdebat jika PM tidak mahu berdebat dengan beliau, lebih2 lagi beliau juga enggan melayan debat dari Nazri, KJ dan Ummi. lebih baik Anwar guna masa yang ada ini untuk melaksanakan manifesto beliau dan menyelesaikan masalah2 rakyat di negeri Pakatan.

Anonymous said...

kerajaan 16 september pun belum lagi tertubuh kini nk buat reformasi 100 hari pla. siap nk bawa berdebat lagi. Anwar kena lihat diri dia dulu sebelum buat sesuatu.

Hosie Masie said...

Menyusahkan saja debat ini berlaku. Maka tidak perlulah debat. Memang demam Anwar jika berdebat. Nanti susah pula Anwar tidor.

Hamdan Hadillah said...

Memang Anwar bersemangat untuk berdebat dengan PM kita. Apa pun kita tunggu saja apa yang PM akan jawab. Terima atau tidak..

mike said...

apa yang dikatakan oleh najib adalah rasional..kerajaan mempunyai maklumat..lagi pun, tiada hasilnya untuk berdebat.

mike said...

banyak lagi perkara penting yang harus dilakukan..

mike said...

tumpukan kepada pembangunan negara dan masyarakat jauh lebih penting daripada berdebat..PR juga mempunyai negeri2 di bawah mereka..adalah lebih baik jika PR menumpukan perhatian kepada negeri2 tersebut.

samm said...

lebih baik jika semua fokus terhadap isu yang lebih penting dan bukannya asyik ingin mengadakan debat pula.

nurfatihah said...

Saya harapkan keamanan dan professionalisme di antara kedua pihak.

samm said...

yang penting sekarang ni, tumpukan kepada pembangunan rakyat dan negara. itu lebih penting.

Rizal Shamberi said...
This comment has been removed by the author.
Rizal Shamberi said...

takut kerana salah,berani kerana benar..kalau berani buat le.. :-P

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels