10 January 2011

Apa yang rakyat Kota Belud mahu?

Apa yang rakyat Kota Belud mahu? Pertanyaan mudah-namun banyak jawapan. Apa yan OKB maksudkan adalah kemahuan rakyat merdeka.

Rakyat yang merdeka-sudah tentu mahukan keamanan, sumber pendapatan yang dapat dijangkau, kemudahan pendidikan, kemudahan perhubungan, kemudahan infrastruktur seperti bekalan litrik, serta bekalan air bersih.

Bagi kawasan pekan-sudah lama kemudahan yang disebutkan di atas telah menjama rakyat-namun bagi sebahagian besar rakyat terutama di perkampungan-hanya sebahagian sahaja yang menikmatinya, malah masih ada rakyat yang belum mengecap kemundahan bekalan litrik apatah lagi bekalan air bersih.

Untuk menghadirkan rakyat yang sihat-sudah tentu keperluan asas terutama air minum adalah sangat penting.

Tiada yang boleh menafikan-sehingga kini sebahagian besar penduduk daerah Kota Belud, masih mengkonsumi air yang tidak terawat aka air bawah tanah yang ditarik. Kandungan mineral yang tidak diketahui itu-telah menjadi santapan para penduduk sejak merdeka lagi.

Jadi jangan hairan dan pelik, sebahagian besar rakyat yang berumur menjangkau 50 tahun sudah ramai yang tidak bergigi, mengalami penyakit barah perut dan kerosakan buah pinggang. Memang data untuk itu-tiada, kerana penduduk kampung hanya akan ke hospital-jika malaikal maut hampir menjemput.

OKB kehilangan anggota keluarga yang sungguh ramai kerana penyakit hati- samada heptitas B atau A. Kita tahu-penyakit hati disebabkan oleh makanan yang kotor dan konsumsi berlebihan mineral yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Rakyat Kota Belud-merupakan kawasan yang mesra kerajaan sejak dahulu kala-namun kemesaraan itu belum berbalas sepertimana mestinya.

Menjelang PRU-13 akan datang-rakyat Kota Belud masih dianggap sebagai mesra kerajaan- dan boleh lah dianggap sebagai SIMPANAN TETAP KERAJAAN BN. Tiga kawasan dewan undangan negeri pasti akan dimenangi BN, demikian juga kawasan Parlimen.

Wakil rakyat satu penggal Kota Belud-Datuk Rahman Dahlan-anak muda daripada Tuaran-jiran Kota Belud- nampaknya telah berusaha membawa pembangunan untuk daerah ini-terutama dalam misinya mengatasi bekalan air bersih. Walaupun Rahman tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan-namun pendekatannya di peringkat persekutuan dan hubungannya dengan Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman, memungkinkan projek penyediaan air bersih berkos berjuta-juta ringgit mampu di bawa ke kawasan Kota Belud.

Demikian juga penjelmaan Kota Belud sebagai kawasan Jelapang Padi dan Agripolitan- berjaya dilaksanakan melalui usaha wakil rakyat Tempasuk Datuk Musbah Jamli.

Nampaknya para pemimpin muda yang diberi laluan oleh para pemimpin terdahulu-berjaya membawa misi keinginan rakyat.

Nampaknya kestabilan politik yang dimainkan oleh Ketua Umno Bahagian Kota Belud- Datuk Salleh membawa kepada pembangunan yang rancak di Kota Belud.

Datuk Salleh sebagai Ketua Bahagian UMNO menjaga kekuatan parti di peringkat Kota Belud, sementara itu para wakil rakyat menjaga keinginan dan pembangunan rakyat.

Keadaan ini lah yang seharusnya terus dipupuk-agar slogan Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan bukan merupakan retorik.

25 comments:

nickko said...

PRU13 semakin hampir, jika slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan masih belum dapat dirasai oleh rakyat di KB, pasti BN akan berhadapan dengan laluan sukar sepanjang PRU itu berlangsung.

madd said...

usaha untuk membangunkan KB sentiasa dilakukan termasuklah usaha menjadikan KB sebagai kawasan Jelapang Padi dan Agripolitan. program seperti ini perlu terus dilakukan demi memajukan KB.

madd said...

rakyat pasti akan terus memberikan sokongan jika kepentingan mereka dijaga.

nickko said...

jika pemimpin2 KB terus peka dengan apa yang sentiasa menjadi tuntutan kepada rakyat di KB, BN tidak perlu risau dengan kedudukan mereka sebagai parti yang memerintah. masih banyak yang BN perlu lakukan di KB terutamanya dalam soal pembangunan..

tombolo said...

semua rakyat inginkan pembangunan tak kira di KB ataupun kawasan lain. usaha untuk membangunkan KB harus diteruskan agar semua penduduk dpt menikmati kemajuan.

Jason said...

The government should take time and listen to the people needs.

Jason said...

Isn't the government suppose to practice the 1Malaysia slogan? People first, performance now..what happen to that???

Jason said...

Hopefully the government will take note of the people needs and start fulfilling them. After all, the only way to win the election is to get the people support by giving what the people want- development.

Mohd Ishak said...

Harap rakyat Sabah tidak akan terus diabaikan.

Ezef said...

The basic infrastructure, of course.

onong said...

Mereka mahu nasib mereka terbela.

chimchim said...

Making them as one of the 'rice bowls ' in Sabah.

Velove said...

Peningkatan hidup.

mandau said...

penduduk inginkan pembangunan dak kemajuan, inilah yang perlu ditumpukan oleh pemimpin.

noemi said...

Do something relevant.

Bujang Senang said...

Sudah pasti rakyat Kota belud mahukan pembelaan nasib mereka dan pembangunan kawasan mereka. Itu yang sangat dimahukan oleh rakyat sekitar kawasan itu.

Bhatera said...

Janganlah sia-siakan sokongan rakyat terhadap pemimpin. Berikan yang terbaik kepada mereka. Jangan pentingkan diri sendiri cubalah untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan. Wakil rakyatlah yang memainkan peranan demikian.

mike said...

sememangnya keperluan asas seperti bekalan air bersih amat diperlukan di mana saja..mengikut cerita di KB sudah bermula projek2 untuk memungkinkan bekalan air bersih dinikmati..diharap isu bekalan air akan selesai di KB.

mike said...

pemimpin komuniti dan wakil rakyat harus bekerjasama dengan rapat untuk memastikan isu2 rakyat dapat dikenal pasti dan seterusnya diatasi.

mike said...

pemimpin/wakil rakyat juga haruslah sentiasa turun padang dan sensitif dengan perkembangan isu rakyat yang cuba diatasi..jika tiada tindakan susulan, mungkin usaha2 tersebut tidak sampai kepada mereka yang benar2 memerlukan..

mike said...

ahli2 politik yakni pemimpin/wakil rakyat tidak seharusnya hanya tertumpu kepada kelangsungan karier politik mereka sahaja lebih2 lagi apabila menjelang PRU/PRK di kawasan masing2..jangan menabur janji2 manis yang tidak mungkin dapat dilaksanakan..fokus kepada penyelesaian isu2 rakyat yang kritikal terlebih dahulu seperti keperluan asas sebelum beralih kepada isu2 lain..

mike said...

dalam apa jua keputusan yang dibuat, harus mendahulukan rakyat yakni kepentingan rakyat harus menjadi prioriti..

mike said...

mungkin dengan kerap mengadakan dialog dengan rakyat di kawasan masing2 boleh memberikan gambaran yang jelas mengenai kehendak rakyat dan seterusnya mencari jalan penyelesaian terbaik..ini bukan saja dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat malah memberikan kebaikan dan kelebihan kepada parti..

Suara Rakyat said...

agreed nickko

Anak Sabah said...

Harap pemimpin dan wakil rakyat akan sentiasa peka kepada keperluan rakyat, dan berusaha menyelesaikan masalah mereka.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels