12 January 2011

Datuk Salleh daripada Penasihat Sains dan Teknologi kepada Pengerusi FINAS serta Speaker DUN Sabah

Peranan Datuk Salleh Said telah bertukar, daripada penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah kepada Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Perlantikan Salleh sebagai pengerusi Finas yang baru telah diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim pada Ahad.Perlantikan Salleh berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Sebelum ini Pengerusi Finas adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Datuk Mohamed Mohd Daud.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Finas bagi memberi peluang kepada persatuan perfileman memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan industri perfileman tempatan.

Tahun lalu Finas telah menubuhkan Jawatan Kuasa berperanan memberikan pandangan dan nasihat kepada menteri dan Ahli Perbadanan dengan membuat syor berkaitan dasar dan program bagi meningkatkan prestasi pembangunan industri filem tempatan.

Jawatankuasa itu terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan dianggotai tidak lebih daripada tujuh ahli. Tiga daripadanya terdiri daripada ahli Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) manakala empat lagi dipilih berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam bidang perfileman.

Jawatankuasa tersebut diselia oleh Finas dan ia akan bermesyuarat setiap tiga bulan sekali.

Sebelum Salleh dilantik sebagai Pengerusi FINAS, mantan Ketua Menteri Sabah itu dispekulasi bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang kosong berikutan perlantikan penyandangnya Datuk Juhar Mahiruddin.

Dalam perkembangan terkini Datuk Salleh telahpun sah sebagai Speaker DUN Sabah-berikutan pengumuman Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman sebentar tadi.

20 comments:

azman said...

Tahniah kepada Datuk Salleh di atas perlantikan ini. semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan cemerlang.

azman said...

Datuk Salleh merupakan pemimpin yang berkebolehan. tidak hairanlah jika banyak pihak yakin dengan kemampuan beliau.

mantra said...

tahniah kepada Dtuk Salleh. beliau mmg layak memegang jawatan ini kerana beliau mempunyai byk kebolehan dan pengalaman. semoga dpt laksanakan tanggungjawab dgn baik.

Anonymous said...

Hope that Datuk Salleh can do a good job in this new position.

Anonymous said...

tahniah kepada beliau.. semakin banyak peranan yang dipertanggungjawabkan kepada beliau, menunjukkan semakin ramai pihak yang yakin dengan kemampuan beliau.

Anonymous said...

pelantikan ini menunjukkan bahawa Datuk Salleh mmg seorang yang berkebolehan dan diberi kepercayaan. moga Datuk Salleh dpt melakukan yang terbaik.

Sanih Alias said...

Harap Datuk Salleh dapat melakukan kerja dengan baik sebagai FINAS dan juga Speaker DUN Sabah.

Hosie Masie said...

Memang Datuk Salleh layak dengan jawatan yang diberikan. Beginilah orang yang berkebolehan senang untuk mendapat jawatan yang baik. Semoga beliau melakukan dengan jayanya.

Paquin said...

Taniah kepada Datuk Salleh. Semoga perlantikan beliau menjanjikan sesuatu yang positif :)

Paquin said...

Saya harap beliau dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Paquin said...

Tapi jangan pula penyongkong Datuk Salleh over excited ya:P K/kala pemimpinnya low profile tapi penyokongnya ja terlebih sudah. hahaha

Paquin said...

Jadi kita tunggu dan lihat sajalah perkembangan kepimpinan Datuk Salleh nanti.

Paquin said...

Apapun saya yakin perlantikan beliau mmg sesuatu yang sudah dijangkakan dan diharapkan!

Mohd Ishak said...

Tahniah diucapkan kepada Datuk Salleh said. Semoga beliau boleh menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai pengerusi Finas dan Speaker Dun Sabah.

Velove said...

Diam diam ubi berisi, memang tidak ku sangka2.

onong said...

Tahniah saya ucapkan kepada Datuk kerana berjaya naik pangkat.h

Nemia said...

Guess Salleh will have a great and very good future ahead.

Ezef said...

He deserves it.

chimchim said...

Congrats. He must be very happy now.

amy said...

Ada cerita sinopsis perjalanan politik Datuk Salleh oleh OKB tu buat saya kagum, jadi saya percaya dia merupakan calon yang terbaik di antara yang terbaik.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels