7 January 2011

Mana yang anda pilih? Politik pembangunan atau politik retorik?

RAKYAT yang dianggap pengundi mempunyai banyak pilihan untuk memilih calon pemimpin yang layak menjadi wakil rakyat di kawasannya. Pada dasarnya, di negara kita antara faktur yang sering menjadi pertimbangan rakyat ialah calon itu perlu mewakilli parti yang disokong dan diminati di mana mereka menjadi ahli.

Mereka itu pasti mengundi parti yang disokong tidak kira siapa calon dan latarbelakang bangsa. Yang menjadi pertimbangan, calon yang dipilih perlu mewakilli parti atau pakatan parti yang sudah direstui pemimpin tertinggi.

Sokongan tanpa berbelah bagi harus diberikan seratus peratus walaupun kadangkala calon itu tidak dikenali penduduk setempat atau bukan pemimpin yang disegani.

Kedua, calon yang dipilih berdasarkan berkebolehan, jasa dan ketokohan calon yang bertanding tidak kira parti. Ini bermaksud calon itu sudah dikenal rakyat setempat dan mempunyai rekod perjuangan terpuji yang dikenali rakyat tempatan. Beliau mungkin dari parti pemerintah, pembangkang atau tidak mewakilli parti tertentu.

Ketiga, pengundi boleh membuat keputusan di saat-saat akhir berdasarkan pertimbangan dan perkiraan akhir mereka sendiri. Pengundi seperti ini digelar pengundi atas pagar yang belum memilih parti yang patut disokong walaupun sudah ada pilihan sendiri. Namun, mereka juga boleh bertukar fikiran, mengundi berdasarkan insiden dan peristiwa di saat-saat akhir seperti janji-janji manis pembangunan yang ditabur termasuk imbuhan lumayan yang bakal diterima jika mereka menyokong parti-parti tertentu.

Di negara ini kelompok pengundi pertama lebih ramai. Mereka mengundi berdasarkan parti yang disokong dan agenda perjuangan parti yang sudah difahami. Ahli-ahli PAS, PKR dan DAP tetap menyokong parti mereka yang bertanding atas tikit Pakatan Rakyat (Pakatan) kerana yakin mempunyai agenda sama yang boleh mendorong mereka ke Putrajaya sekaligus membentuk kerajaan baru – walaupun ideologi di antara mereka jelas berbeza dan tidak sehaluan.

Bagi parti Barisan Nasional (BN) yang sudah lama membentuk kerajaan, pesepakatan mereka lebih mudah kerana sejarah warisan tradisi yang sudah lama, kesefahaman yang ketara dan kepercayaan mendalam antara satu dengan lain. Pemimpin Umno, MCA, MIC, Gerakan dan berbagai lagi parti komponen lain bersedia bertanding di kawasan yang ditentukan - tidak kira kawasan undi - berdasarkan kesefahaman dan kesepakatan yang terbentuk lama sejak 50 tahun lalu.

Persefahaman mereka kadangkala dilihat tidak adil oleh kaum majoriti yang mempunyai jumlah pengundi yang lebih ramai, namun ia difahami dan terpaksa dilaksanakan berdasarkan kesepakatan yang sudah lama dipersetujui antara pemimpin dalam BN.

Berbeza dinegara maju, trend pengundi di sana lebih condong kepada kebolehan, ketokohan calon dan politik serta agenda pembangunan yang dibawa. Calon yang diyakinni boleh mengeluarkan negara dari kemelesetan ekonomi, membetulkan dasar luar yang salah, memberi peluang pekerjaan yang banyak dan memperkenal dasar sosial serta kesihatan yang adil boleh memenangi hati pengundi sekaligus memenangi pilihanraya. Rakyat di sana lebih bijak memilih calon dan faham parti mana yang harus di beri kemenangan undi berdasarkan agenda pembangunan dan kesejahtraan rakyat yang bakal dibawa parti-parti yang bertanding.

Kemenangan besar calon Demokrat, Barack Obama dalam pilihanraya Amerika lalu menewaskan calon Republikan bersandarkan alasan-alasan yang diberikan itu. Rakyat Amerika sudah menghukum kegagalan kerajaan dasar parti Repubilkan di bawah bekas presiden, Gerorge Bush yang dikatakan lebih mementingan agenda diri dan partinya lebih kepada agenda kepentingan umum rakyat.

Di negara ini, kekalahan mengejut BN dalam OPRU ke-12 lalu berpunca dari kelemahan perdana menteri ketika itu yang melibatkan campurtangan menantu yang tidak terkawal, rasuah berleluasa, kronism di kalanagan pemimpin termasuk kritikan keras bekas perdana menteri yang berterusan di samping kemunculan kuasa Pakatan sehingga membawa kepada pengunduran PM Abdullah sebagai perdana menteri.

Kemenangan Pakatan menguasai 5 negeri (kini tinggal 4 setelah Perak diambil semula BN) dalam tsunami politik PRU 12 lalu membuka lembaran baru tentang kemerosotan teruk pengaruh BN di kalangan rakyat di banyak negeri tanpa disangka dan kebangkitan luarbiasa suara rakyat yang memihak part-parti dalam Pakatan seperti PKR, DAP dan PAS.

Rakyat ketika itu mengundi Pakatan kerana dasar perjuangan yang dipercayai boleh merealisasikan agenda perjuangan rakyat terbanyak tidak kira kaum yang gagal dilaksanakan kerajaan BN.

Di Pulau Pinang, undi populasi kaum majoriti Cina yang mendominasi pulau itu memiihak DAP kerana yakin pemimpin DAP boleh merealisasikan agenda membela kepentingan kaum mereka yang selama ini dinafikan kerajaan BN.

Di Kelantan dan Kedah, pengundi Melayu memihak PAS kerana pimpinan Melayu Umno ketika itu mementingan agenda perut sendiri; terlibat rasuah, gagal membela tuntutan rakyat misikin dan menjaga kroni masing-masing sehingga membelakangkan kepentingan membela rakyat bawahan.

Kehadiran Datuk Seri Najib menggantikan Tun Abdullah Badawi sebagai perdana menteri pada awalnya dilihat tidak membawa kesan ketara kepada BN dan rakyat. Namun, setelah beliau memperkenalkan secara agresif gagasan 1Malaysianya di mana rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, penerimaan rakyat terutama orang Melayu dan India nampak beralih arah kepada BN. Ini dibuktikan dengan kemenangan ramai calon BN dalam pilihanraya kecil yang diadakan termasuk terbaharu di Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Salah satu sebab besar kekalahan calon PAS di Galas - selain faktur Ku Li - dikatakan berpunca dari perubahan pendirian pengundi tidak kira kaum kerana dasar pembangunan rakyat yang dijanjikan pemimpin BN. Pengundi di situ memihak BN kerana parti itu menjanjikan banyak projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat yang memang dahagakan peluang pekerjaan, pembukaan bangunaan dan kilang, kemudahan sekolah dan sukan, kesejahteraan sosial mereka yang selama gagal dilaksanakan kerajaan negeri.

Kemenanagan berganda calon BN di Batu Sapi berpunca undi kaum Cina yang memihak dasar BN yang tidak dijangka selain sokongan berterusan undi orang Melayu Islam yang menerima gagasan 1Malaysia Najib. Kemenangan itu juga berdasarkan rekod kecemerlangan pembangunan ekonomi dan rakyat di kawasan itu yang sudah dilakukan oleh mendiang suami calon yang bertanding.

Pemimpin Pakatan harus sedar, rakyat semakin hari semakin bijak menilai kehendak dan keperluan mereka dalam landskap politik negara ini yang lebih mengutamakan agenda pembangunan ekonomi dan hidup mereka lebih dari ceramah-ceramah, retorik politik dan janji-janji manis yang tidak ditunaikan. Akhrinya rakyat harus memikirkan keperluan perut dan ekonomi keluarga mereka lebih dari ceramah dan cakap-cakap politik yang sedap didengar tetapi tidak membantu pendapatan hidup mereka dan keluarga.

Sepatutnya pemimpin PAS meneruskan agenda negara Islam dan menegakkan hukum Islam dan pada waktu sama melaksanakan program ekonomi yang boleh memberi pekerjaan dan pendapatan kepada ahli dan penyokongnya. Pemimpin PAS seharusnya melaksanakan agenda ekonomi dan sosial seperti gagasan 1Malaysia Najib, tetapi dalam bentuk lain yang lebih kemas dan mudah bertujuan memberi kesejahteraan ekonomi kepada rakyat terutama gulungan bawahan. Banyak boleh dibuat jika ada kesungguhan, kesatuan dan kesefahaman di kalangan pemimpin PKR dan DAP demi kebaikan hidup rakyat terbanyak tidak kira kaum sekaligus memberi kelebihan kepada mereka untuk meraih undi dari mereka dalam PRU ke-13 akan datang.

Ringkasnya, keperluan rakyat harus didahulu dan ditangani dalam pelbagai bentuk projek atau program ekonomi bukan perbalahan sesama sendiri dan retorik politik yang tidak menguntungkan rakyat. Rakyat memerlukan pembangunan program ekonomi dan pelan kejahteraan hidup untuk semua, bukan membela tuntutan sesuatu kaum saja seperti yang sudah berlaku atau mempertikai soal-soal sensitif dan semangat Perlembagaan yang sudah termaktub.

Rakyat juga tidak perlu disogokan dengan cerita kecelaruan dan kepincangan berterusan dalam parti tertentu yang menyebabkan agenda perjuangan Pakatan terpesong dari matlamat sebenar membela rakyat bukan individu tertentu. Rumahtangga parti yang bergolak dan tidak aman menjejas imej Pakatan dan menjadi perhatian rakyat termasuk penyokong sendiri tentang kemampuan pemimpin mereka menyelesaikan masalah dalaman sendiri secara adil dan berkesan!

Rakyat seharusnya diberikan jaminan bahawa perjuangan para pemimpin bukan retorik, akan tetapi perjuangan berasaskan poltik pembangunan.

Untuk itu- bagi para pemimpin yang masih mempunyai jiwa retorik- hapuskanlah jiwa itu-terjemahkan lah pemimpinan anda kepada politik pembangunan demi rakyat. Jangan asyik dengan cerita seribu bahasa-bahawa Pembangunan akan hanya boleh dibawah hanya KALAU ADA KUASA ERTINYA WAJIB ADA KEDUDUKKAN TERLEBIH DAHULU untuk diri sendiri- maka pada masa itu lah PEMBANGUNAN BOLEH DI BAWA KE KAWASAN SENDIRI.

Kepada pemimpin yang bersifat demikian- cara itu telah lapok- kerana dalam masa-masa tertentu- hanya seorang sahaja yang boleh memegang jawatan Ketua Menteri- Jika Jawatan Ketua Menteri adalah menjadi matalamat akhir-untuk membantu rakyat- Nampaknya Daerah Kota Belud- Perlu menunggu masa yang panjang lagi untuk maju.

21 comments:

azman said...

parti atau calon yang boleh membawa pembangunan kepada rakayat adalah warjar dipilih.

azman said...

parti atau calon yang bermasalah dan sering mempunyai konflik dalaman tidak akan dapat menarik sokongan rakayt.

mandau said...

pengundi atas pagar lazimnya adalah pengundi2 muda yang lebih suka menilai calon dan parti yang bertanding.

mandau said...

dalam mengundi kena bijak dalam membiat pilihan kerana ia menentukan masa depan anda.

gonsikid said...

Semua ahli politik bermain dan bercakap2 secara retorik ketika pilihanraya...jadi bagaimana nak membezakan mana satu yg ikhlas & mana satu yg benar??

apa2 pun may the best party win...

rebirth said...

ketika berkempen semuanya akan bermula dari janji. semua pihak akan berjanji seperti mana janji 100 hari yang cuba dilariskan jualannya oleh Pakatan. untuk menilai kemampuan mereka melaksanakan janji2 itu, lihat sahaja kemampuan mereka mentadbir atau apa sahaja aktiviti2 mereka dalam memperjuangkan nasib rakyat dan negara.

rebirth said...

realiti di Malaysia hari ini, ramai yang boleh membuat keputusan yang tepat dan ramai juga yang masih terpengaruh dengan sentimen parti politik iaitu dengan menyebelahi satu parti walaupun parti itu banyak cacat celanya.

watasikadi said...

mana-mana la bah bos..pembangunan pun kalau tidak membangun juga tatap juga retorik..kalau retorik pun tapi belum diberi peluang berkuasa belum dipanggil retorik...kalau sudah cakap mau sambung GSTT dari bulan 11 lagi, sampai sekarang tiada cerita itu baru betul retorik, dalam bajet cakap SEMUA Pegawhai khidmat singkat disambung setahun lagi bila tengok separuh sahaja disambung..itu baru betul retorik pasal kami yang rasa orang muda..baru tadi keluar isu GSTT buletin utama, apa jawapan timb menteri? dia copy paste jawapan dia bulan 11 saja..padahal dari 530 siswazah GSTT sabah tiada pun dismabung..bukankah itu retorik..siapa yang rasa? graduan yang rasa..malas mau cerita jugalah, cerita banyak pun bukan dapat makan..bagus kerja jak la sementara..macam saya jaga pam minyak sekarang..tapi kalau mau cari barang plastik murah dari botol air sampai cooler box carilah saya..inilah nasib siswazah sabah..bukan pilih kerja aaa..tapi dikasi buduh oleh orang semenanjung jak kita..tapi manalah pemimpin mau peduli pasal dorang asal kipas orang semenanjung tatap dapat prujik...bagus tidak payah bagi biasiswa BKNS kalau beginilah jadinya meninguk orang semenanjung jak kerja sini...teruslah undi berisan..kakakakaka

Velove said...

Sememangnya saya akan memilih politik pembangunan.

chimchim said...

Politicians should avoid something unnecessary.

Paquin said...

Setuju azman. Parti yang ihklas terhadap rakyat harus dipilih dan sebaliknya.

Paquin said...

Soal mana satu yang dipilih tu rasanya rakyat pasti tahu apa jawapannya.

Paquin said...

So pastikan kita membuat penilaian yang tepat demi masa depan yang lebih cerah. Jangan mudah terpengaruh dengan retorik semata-mata.

Paquin said...

Semua ahli politik pasti petah berkata-kata. K/kala sukar nak bezakan mana yang real mana yang cakap kosong saja... Semuanya hanya akan diketahui bila org tu menang.

Paquin said...

Apapun kita tunggu & lihat sajalah nanti.

Batresiah said...

Selalunya rakyat lebih mengutamakan pembangunan sesuatu tempat. Sesuatu perkara yang mreka namapak itu lebih mereka suka. Maka pembangunan yang dilakukan haruslah perkara yang berguna kepada rakyat nanti.

Batresiah said...

Pendapat saya, memang rakyat mahu pemimpin yang berjuang untuk kepentingan hak mereka dan juga pembangunan sesuatu tempat. Mereka mahukan pemimpin yang sedemikian bukan saja membangunkan kawasan tersebut malah boleh memperjuangkan hak mereka.

Jonny said...

Harap semua rakyat akan membuat pilihan yang terbaik.

onong said...

Pembangunan harus selari dengan niat yang ikhlas.

Nemia said...

The most important thing is to focus on the human capital development.

Ezef said...

Yeah, that's true.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels