18 January 2011

Pantai Kota Belud layak lokasi penggambaran filem

Kalau lah ada filem yang berorentasikan pemandangan laut, Pantai Kota Belud boleh menjadi lokasi penggambaran.

Pantai Kota Belud adalah pantai yang terpanjang di Malaysia dan ke tiga di Asia dan ke sepuluh di dunia.

Bagi penggiat-penggiat filem, terutama filem percintaan, berilah peluang kepada Pantai Kota Belud menjadi lokasi penggambaran.

Perlantikan pemimpin negeri ini sebagai Pengerusi perfileman nasional (Finas) akan memberi ruang kepada Pantai Kota Belud untuk dijadikan sebagai lokasi penggambaran. Jika sekiranya perkara ini berlaku, OKB yakin Pantai Kota Belud boleh terkenal suatu hari kelak.

Selain sebagai lokasi penggambaran, Pantai Kota Belud boleh menjadi produk pelancongan atau tempat temasya antarabangsa, misalnya permainan "air galider" kerana pantai itu boleh diluncuri berbatu-batu jauhnya.

Semoga Pantai Kota Belud akan terkenal di suatu hari kelak.

9 comments:

tombolo said...

Kota Belud adalah kawasan yang indah dan kaya dgn alam semulajadi terutamanya pantainya. ia mmg sesuai dijadikan kawasan penggambaran flem dan lebih berpotensi dijadikan sebagai pusat pelancongan.

Jonny said...

Pantai KB memang indah dan sesuai dijadikan lokasi penggambaran filem. Boleh juga dijadikan lokasi mengambil gambar pengantin.

rebirth said...

kita tunggu dan lihat samada DSSK akan memberi ruang kepada pantai kota belud atau apa sahaja yang boleh menjadi sumber tarikan kepada orang luar sebagai lokasi penggambaran.

Hanroizin said...

Kawasan itu sangat cantik. Memang sesuai dijadikan tempat lokasi berlakon.

Radzis said...

Pantai Kota Belud memang layak dijadikan lokasi penggambaran filem. Jangan mempersiakan keindahan pantai kota belud. Tempat tersebut mempunyai potensi untuk jadi pusat pelancongan.

Paquin said...

Memang layak pun.. Tapi bukanlah satu perkara yang menghairankan kerana Sabah kan memang kaya dengan pemandangan indah:)

Paquin said...

Semoga penggiat filem akan mempertimbangkan idea ini.

zam said...

potensi yang ada di pantai KB harus digunakan dengan sebaiknya.

nurfatihah said...

Pantai Kota Belud adalah pantai yang terpanjang di Malaysia dan ke tiga di Asia dan ke sepuluh di dunia.

Wah biar betul? Saya tidak sangka di tempat sendiri ada tempat yang indah seperti itu!

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels