2 January 2011

"Pemimpin Agung" Bumiputera Islam

Kononnya sang pemimpin itu mahukan dirinya diiktiraf sebagai "Pemimpin Agung" bumiputera islam, sepertimana gelaran "Huguan Siau" kepada Presiden KDCA Tan Sri Pairin Kitingan.

Memang diakui kepimpinan sang pemimpin itu telah diwarisi-demikian juga peluangnya dari semua aspek merupakan warisan. Kita bukan cemburu pada itu semua, kerana sang pemimpin itu memang telah dianugerahkan "kekananan" dalam memperolehi peluang.

Siapapun yang mempunyai kekananan dalam mendapatkan peluang-maka si pulan itulah yang berpeluang.

Tahun 80-an apabila belum ramai graduan-maka sesiapa sahaja yang mendapat ijajah daripada universiti-pasti mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakkannya, kerana kekananannya.

Kekananan mendapatkan peluang itulah menjadikan sang pemimpin itu terasa hebat!-Hebat dalam perkara apa! Tidak lain dan tidak bukan Harta dan kekayaan.

Dalam sitausi membangun-siapa yang kuat dia lah yang akan menang. Demikan juga dalam penguasaan persenjataan- Amerika merupakan POWER HOUSE kerana senjata canggihnya-dalam apa sahaja pergelutan-Amerika akan muncul pemenang.

Demikian juga apabila bersaing untuk merebut "power" selain senjata-harta dan wang ringgit juga merupakan senjata ampuh.

Dalam Umno misalnya-ramai pemimpin Umno diambil tindakan disiplin-kerana dikatakan "pengamal" politik wang.

Politik Kota Belud misalnya- kita-kita saja- tahu sama tahu saja lah- bagi merebut jawatan- pasti kuasa kepala raja biasanya berbicara.

Sesiapa yang mempunyai kepala raja bertimbun- maka akan muncul sebagai pemenang. Namun, dalam tulisan OKB kali ini- inti persoalnya bukan kepada cara untuk menang-namun kali ini OKB mengupas bagaimana-Peluang yang diperolehi akibat kekananan itu digunakan untuk MENCIPTA POWER DAN STATUS.

Dalam perjalanan mencipta power dan status itu-apakah telah terancang atau memang kebetulan- rakyat yang diwakilinya sangat sukar untuk mengubah kedudukan kehidupan. Cuba tanya di kampung-kampung, siapa kah pemilik tanah terluas! Memang benar-tanah-tanah itu bukan atas nama sang pemimpin itu- kerana apa- tanah-tanah itu telah digadai dan dijual tanpa proses jual beli yang biasa-kebanyakkannya menggunakan PA-Jadi terlalu sukar untuk membuktikan bahawa sang pemimpin itu mempunyai tanah yang sangat luas.

Di sini lah timbulnya persoalan? Sepatutnya sang pemimpin yang "konon" mewakili rakyat untuk mengangkat martabat rakyat yang diwakilinya dari semua aspek-namun kenyataannya-rakyat yang diwakili itu hingga kini masih teraba-teraba.

Tanah sekengkang kera telah bertukar tangan-kalaupun tidak bertukar tangan-cuba tanya diri sendiri sawah seluas 2 ekar berapa sahaja hasil tuaian padinya. Sampai bila-bilapun taraf pemilik tanah itu tidak akan berubah apatah lagi menyaingi kekayaan "sang Pemimpin".

Memang hak sang pemimpin itu dalam sistem demokrasi untuk menjadi Pemimpin Agung- Pemimimpin Agung komuniti bumiputera islam- Visi untuk mendapatkan status itu memang terbuka luas-kerana TARAF pemimpin ITU mempunyai kapasiti dari semua aspek.

Bagi para peniaga-Status tertinggi mereka adalah harta dan wang ringgit, namun bagi sang politkus- Status tertinggi adalah Kuasa dan kedudukkan. Bagi sang politikus-harta dan wang ringgit bukan merupakan kepuasan-Kuasa dan kedudukkan lah merupakan visi utama.

Bagi Sang pemimpin yang mempunyai harta dan wang ringgit, maka harta dan wang ringgit itu lah boleh dipergunakan untuk mendapatkan Kuasa dan kedudukkan. Jika dalam istilah kewangan-Money looking for money-tetapi dalam politik-money looking for power and status.

Bagi OKB selagi nawaitu sang pemimpin itu berpaksi pada nafsu dan kebanggaan diri-necaya-semua itu usaha itu akan terbantut dalam masa pra-matang.Fikir-fikirkan lah--

Nota: tulisan ini hanya rekaan-bukan ditujukan kepada sesiapa yang merasa dirinya pemimpin-yang kebetulan OKB kenal.

15 comments:

madd said...

sesiapapun tidak perlulah mengejar gelaran seumpama itu. yang penting jalankan tanggungjawab dengan baik.

madd said...

pemimpin yang melaksanakan peranannya dengan baik pasti akan dihormati dan akan diterima dengan baik oleh masyarakat.

mandau said...

jika nak menjadi pemimpin agung, kena sayangkan rakyat, bantu rakyat. dgn ini rakyat juga akan sayangkan anda.

Jonny said...

Memang munasabah tulisan OKB ini.

supra said...

jadilah pemimpin yang baik kerana pemimpin yang baik akan sentiasa disanjung.

rebirth said...

rakyat perlu berhati2 dalam memilih pemimpin. elakkan memilih pemimpin yang hanya mahukan kuasa dan kekayaan semata2, tapi pilihlah pemimpin yang mempunyai ciri2 sebagai seorang pemimpin.

Paquin said...

Setuju rebirth. Rakyat mempunyai kuasa mutlak utk memilih pemimpin yang terbaik. So buatlah penilaian yang matang dan jangan sampai tersalah pilih pula:P

Paquin said...

Ya supra. Bukan saja disanjung, malah selalu dikenang sepanjang zaman:)

Paquin said...

Apa yang penting ialah laksanakan tugas dengan baik. Takda gunanya mempunyai gelaran jika tak mampu memenuhi keperluan rakyat.

Paquin said...

Apapun, all the best kepada para pemimpin.

mike said...

pemimpin/wakil rakyat haruslah menunaikan tanggungjawabnya kepada kawasan yang diwakilinya dengan baik..bukannya mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri..

mike said...

pemimpin2 yang bersikap seperti ini harus disingkirkan..

mike said...

rakyat haruslah bijak untuk menilai dan memilih..gunakan hak sebagai pengundi sebaik-baiknya.

akmalina said...

Memang namanya wakil rakyat mesti ada yang tidak lari dari melakukan perkara sebegini. Apa pun, kita berbangga jika wakil dan pemimpin benar-benar membantu rakyat yang dalam kesusahan.

Hanafis said...

Pemimpin yang membantu rakyat saja yang layak mendapat gelaran tersebut. Ole itu pemimpin diminta untuk sentiasa memberikan bantuan dan pertolongan kepada semua rakyat yang memerlukan pertolongan. jangan kita bangga dengan apa yang kita ada kerana itu tidak akan lama jika kita pentingkan diri sendiri.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels