13 January 2011

Salleh Said melakar sejarah lagi

Datuk Salleh melakar sejarah lagi. Tahun 1983 sebaik sahaja menamatkan pengajiannya di Kanada Salleh telah dilantik sebagai Pegawai daerah Kota Belud-daerah asalnya.

Setelah berkhidmat sebagai Pegawai daerah-beliau berkecimpung dalam dunia politik semasa pemerintahan Parti Barjaya (1976-1985) sebagai setiausaha politik. Selepas itu Salleh juga pernah dilantik ADUN Lantikan.

Salleh juga pernah bertanding dalam pilihanraya untuk julung kalinya pada tahun 80-an untuk julung kalinya atas tikit parti berjaya bagi PRK Usukan-namun tewas kepada calon Usno ( Pandikar Amin Haji Mulia-sekarang Tan Sri dan Speaker dewan Rakyat).

Selepas Parti Berjaya kalah pada tahun 1985- Salleh telah keluar daripada Parti Berjaya dan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS). Selama dalam PBS- Salleh tidak diberi peranan dalam kabinet-seebaliknya hanya menjadi pengerusi GLC.

Selepas PBS keluar BN pada ambang PRU-1990, Salleh keluar PBS dan menyertai UMNO.

Pada PRU-1994, Salleh memenangi kerusi ADUN Usukan dan Parlimen Kota Belud. Pada PRU tersebut- asecara keseluruhan BN belum mampu membentuk kerajaan-kerana kekurangan 2 kerusi.

Disebabkan majoriti mudah yang diperoleh PBS hanya 2 kerusi-maka atas permainan politik- PBS tumbang-ekoran keluarnya dua ADUN PBS ketika itu-yakni Datuk Lajim Ukin dan Datuk Robin Balang menyertai UMNO.

PBS tumbang- BN membentuk kerajaan dan melantik Tun Sakaran Dandai sebagai Ketua Menteri Sabah dalam sistem pengiliran Ketua Menteri Sabah. Tun Sakaran melepaskan jawatan Ketua Menteri kepada Datuk Salleh pada Disember 1994 ekoran pelantikkannya sebagai TYT Sabah.

Salleh menjadi Ketua Menteri Sabah hanya 18 bulan sehingga Mac 1996-kerana istem pengiliirian Ketua Menteri hanya dalam tempoh 2 tahun bagi bumiputra islam-2tahun bagi bumiputera bukan islam dan 2 tahun bagi kaum cina.

Selepas memberi laluan kepada Yong Teck Lee sebagai Ketua Menteri- Salleh menjadi anggota kabinet negeri sehinggalah pada PRU-2004.

Pada PRU-2004- Salleh hanya bertanding diperingkat parlimen dan tidak mempertahankan kawasan tersebut pada PRU-2008, sebaliknya memeberi laluan kepada mantan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Rahman Dahalan.

Selepas PRU-12, Datuk Salleh dilantik sebagai Timbalan Pengerusi perhubungan UMNO negeri selepas jawatan itu dilepaskan oleh Datuk Safie Apdal-ekoran perlantikan wakil rakyat Semporna itu sebagai Pengerusi perhubungan Umno Kedah.

Walaupun Salleh bukan lagi sebagai wakil rakyat- Salleh diberi peranan di peringkat kebangsaan sebagai Pengeerusi Kraft Tangan Malaysia dan kemudian dilantik sebagai Penasihat Sains dan teknologi kepada Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman.

Tahun 2011 adalah tahun keberuntungan Salleh- dalam tempoh kurang dua minggu memasuki tahun baru ini-Salleh mendapat dua jawatan penting- Pertama sebagai pengerusi Finas dan kedua sebagai Speaker Dewan Undangan negeri Sabah.

Nampaknya sejak tidak menjadi wakil rakyat-Salleh di lihat oleh pimpinan baik pusat mahupun negeri melihat beliau merupakan pemimpin dimana tenaga dan sumbangannya masih diperlukan.

PRU-13 akan menjelang. Melihat senario itu- OKB yakin bahawa Salleh akan diberi pernanan sekali lagi sebagai salah satu tonggak utama di Negeri Sabah untuk mengekal Sabah sebagai Simpanan tetap Barisan Nasional.

Gandingan Salleh dalam Pertubuhan USBO- Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia- antara pemimpin yang masih mempunyai tenaga dan fikiran yang belum boleh diketepikan dalam arena politik Sabah mahupun Nasional. Demi kekuatan BN- OKB yakin ke dua-dua individu berjawatan speaker itu akan diberi pernan yang jitu oleh Datuk Seri Najib berganding tangan dengan Datuk Musa Aman menerajui Sabah dalam PRU-13 akan datang.

14 comments:

rebirth said...

beliau layak menerima jawatan itu berdasarkan pengalaman dan rekod beliau yang baik. tidak mustahil selepas ini beliau akan diberikan kepercayaan untuk menjawat jawatan yang lebih penting setelah mendapat advantage dari dua jawatan ini yang saya kira telah menaikkan populariti serta melonjakkan nama beliau melebihi pemimpin2 Sabah yang lain.

rebirth said...

apa2 pun saya harap beliau dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik, cekap dan berkesan.. tahniah..

fazlin said...

pengalaman dan kebolehan yang dimiliki oleh Datuk Salleh Said merupakan faktor utama yang membolehkan beliau dilantik sebagai Speaker DUN Sabah dan pengerusi Finas.

fazlin said...

semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang.

mantra said...

walaupun kini beliau tidak terlibat sgt dalam politik namun pelantikan sebagai Speaker DUN Sabah dan pengerusi FINAS menunjukkan bahwa khidmat beliau masih diperlukan kerana ciri kepimpinan yang ada dalam dirinya.

Logop said...

Tahniah kepada Salleh! Beliau memang layak menerima jawatan init.

Logop said...

Semoga Salleh akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik sekali.

Mohd Ishak said...

Tahniah kepada Datuk Salleh Said.

supra said...

nampaknya masa depan Datuk Salleh semakin cerah. teruskan lagi prestasi baik ini Datuk.

Batresiah said...

Inilah rezeki Datuk Salleh diberikan jawatan sebagai Pengerusi FINAS dan juga Speaker DUN Sabah. Semoga Datuk salleh dapat melakukan yang terbaik.

mike said...

mungkin juga beliau akan diberi mandat penting pada PRU 13 nanti..

mike said...

diharap beliau akan melaksanakan tugas beliau yang baru ini dengan cemerlang.

amy said...

Memang benarlah Salleh memang berbakat dalam bidang politik. Tahniah Datuk Salleh. Selamat berjuang.

amy said...

Tai dalam memegang dua jawatan penting dalam satu masa, mampukah beliau fokus akan tanggungjawabnya? Jangan jadi macam Shafie sudahlah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels