15 February 2011

Kononnya PAS nak ganti UMNO!!!

Kononya PAS dan ganti UMNO!!!. Akan tetapi setiap kolaborasi PAS dan DAP maka setiap kali juga lah kita akan menyaksikan kebangkitan penyokong-penyokong mereka seperti politik ala rimba! Dari demonstrasi jalanan.., hinggalah amalan wala’ kepartian, tingkah laku sumbang PAS dan DAP semakin meloyakan.

Lihat sahaja ‘tingkah laku islamik’ yang dibawa oleh DAP yang dibimbing oleh PAS sepanjang tahun-tahun kebelakangan ini. Semuanya menjanjikan aksi menjolok mata yang tak mampu diterima dengan akal waras. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan PAS.., mungkin jiwa mereka sedang sakit.., hati mereka penuh dengan dendam malahan nafsu untuk berkuasa mereka semakin membuak-buak.

HARI demi hari umat Islam dan Melayu dipertontonkan dengan pelbagai tingkah laku memalukan dan fatwa yang mengelirukan oleh parti PAS, hal ini bukan sahaja berlaku bermusim, tetapi ia berlaku sepanjang tahun. Ia semakin menjadi-jadi apabila berlakunya pilihanraya kecil yang menjadi kilang fatwa bagi lebai-lebai PAS.

Daripada perbuatan khianat terhadap agama, menjadikan bohong sebagai amalan, sanggup menjadi pecacai kafir DAP untuk menindas orang Melayu sehinggalah insiden mengkafirkan orang Islam lain. Semua ini dilakukan tanpa sebarang rasa bersalah terhadap pegangan hidup serta matlamat yang dituntut agama.

Lebih malang lagi, PAS kini sanggup membiarkan rakan politik bukan Islam mereka mengkafirkan orang Islam yang berbeza pandangan politik. Semuanya kerana kegilaan mereka untuk menumbangkan satu lagi kepimpinan umat Islam yang mereka sifatkan jahiliyah dan juga sekular.

Tetapi jika dibandingkan dengan tuduhan tersebut, apa bezanya dengan PAS yang mendakwa mereka lebih baik dari umat Islam lain didalam negara. Sebuah parti yang mengakui berlandaskan Islam, PAS sepatutnya lebih tahu dan sedar tentang kekhilafan perjuangan mereka apabila berkerjasama dengan musuh-musuh Islam.

PAS memilih jalan untuk mencari kemenangan dengan berpeleseran bersama rakan-rakan politik kuffar yang ada ketikanya dulu mahu direjam oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri. Ini secara tak langsung menunjukkan betapa PAS kini telah dikuasai oleh sifat riak dan takabbur yang mereka cipta.

Sikap taksub melampau dan keinginan yang menggila kepada jawatan dan kedudukan inilah yang menyebabkan sehingga hari ini PAS semakin kabur akan identiti perjuangan mereka yang sebenar. Pemimpin-pemimpin PAS sudah lupa apa yang hendak mereka perjuangkan hanya kerana pengaruh dari puak kuffar yang mereka jadikan rakan sebantal.

Di bawah jagaan arwah Fadzil Noor, PAS masih lagi sebuah parti berorientasikan perjuangan menegakkan perjuangan Islam. Namun kini jika dilihat dengan teliti, PAS telah bertukar menjadi sebuah parti haprak jalanan sehingga para pemimpinnya sendiri sanggup menjadi boneka kepada kumpulan manusia-manusia kuffar yang terang-terang anti kepada perjuangan serta pembangunan ukhwah Islam.

Jika arwah Fadzil Noor serta pengasas-pengasas PAS masih lagi hidup, mereka pasti tidak rela menyaksikan bagaimana pemimpin sebuah parti Islam menjadi pak turut dalam suatu agenda memusnahkan bangsa dan agamanya sendiri hanya kerana dendam dan gilakan kuasa. Apatah lagi untuk melihat bagaimana DAP boleh memijak-mijak serban pemimpin-pemimpin PAS dengan sewenang-wenangnya.

Namun itulah yang berlaku kini dengan disaksikan oleh jutaan umat Islam di Tanah Melayu ini. Umat Islam berbangsa melayu sekarang ini menjadi saksi bagaimana PAS menggadaikan maruah Islam mereka kepada DAP. Semua ini dilakukan dengan rela oleh kepimpinan PAS hanya kerana kepentingan politik mereka sendiri. Semuanya kerana kuasa, jawatan dan kedudukan yang tak mampu dibawa mati!

11 comments:

Jonny said...

Ini juga bergantung sama ada PAS mampu mendapatkan sokongan rakyat.

songkilou said...

Tidak salah untuk berangan tetapi kenalah setimpal dengan usaha yang dicurahkan.

songkilou said...

Tapi mampukah PAS mengatasi UMNO? Hanya rakyat dapat menilai dengan mengundi parti yang terbaik untuk mentadbir.

zam said...

terserah kepada setiap individu untuk menilai parti mana yang terbaik.

zam said...

jika UMNO menunjukkan prestasi yang baik pasti PAS tidak akan mampu menggantikan UMNO.

rebirth said...

dari aktiviti merobohkan gerai dan kampung, sehinggalah meluluskan lesen judi dan beribu rumah urut, semua itu dihalalkan oleh PAS malah memuji2 pentadbiran DAP kononnya telah membawa kemajuan kepada Pulau Pinang.

rebirth said...

jangankan mahu ganti umno, mahu pertahankan Kelantan dalam PRU-13 nanti pun belum tentu mampu. apa yang berlaku dalam Pakatan sejak kebelakangan ini akan dinilai sebaik2nya dan sedalam2nya oleh rakyat sebelum membuat keputusan untuk terus menyokong mereka.

Hosie Masie said...

Apa lagi yang PAS merepekkan ini. PAS mahu mengantikan UMNO, rasanya tidak perlulah PAS. Kerana agak sukar bagi PAS untuk memerintah negera yang berbilang kaum dan bangsa. Harap PAS tidak perlulah mengunakan hasutan kepada umat Islam hanya kerana kepentingan politik PAS itu sendiri.

Paquin said...

Politik ni sukar diramal. Jadi kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti.

Paquin said...

Apapun, bagi saya semuanya terpulang pada rakyat utk menentukannya.

supra said...

kan lebih baik PAS bekerjasama dgn UMNO.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels