9 February 2011

Kos sara hidup telah melambung tinggi

Mutakir ini, OKB merasakan sangat terharu sekali melihat keadaan orang kita apabila balik ke Kampung yang sememangnya masih lagi ibarat KIAS PAGI MAKAN PAGI, KIAS PETANG MAKAN PETANG, KIAS MALAM MAKAN MALAM.

Sedangkan harga barangan sudah melonjak tinggi. Azmin Ali mendedahkan bahawa rakyat kini sengsara, hutang isi rumah RM577 bilion'.

OKB sangat terasa, ketika sahaja musim persekolahan bermula sudah sekian banyak duit yang diperlukan untuk membolehkan bersekolah meskipun diperingkat sekolah rendah. Bayangkan jika keluarga itu dari keluarga yang sememangnya tidak berkemampuan. Natijahnya, anak-anak berkenaan tidak akan mengenal apa itu sekolah dan menjadi penyumbang kepada peratusan buta huruf dan taraf kemiskinan yang tinggi.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada 2009 ialah RM362 bilion manakala pada 2010 meningkat kepada lebih RM408 bilion.

“Jelas sekali peningkatan lebih RM40 bilion ini hanya membebankan rakyat dan ini juga bermakna 27 juta rakyat di negara ini terpaksa menanggung beban hutang berkenaan,” jika beban hutan berkenaan dibahagikan sama rata dengan 27 juta rakyat di negara ini, bermakna setiap rakyat terpaksa membayar anggaran RM15,000 seorang untuk memikul beban hutang yang ditanggung oleh kerajaan.

Harga barangan keperluan harian yang sukar dikawal kerana implikasi kenaikkan harga minyak, sangat membebankan rakyat yang mempunyai pendapatan yang hanya cukup-cukup. Jika beberpa bulan lalu, penadapatan RM500 sebulan boleh mencukup untuk makanan suami isteri dengan satu anak kecil-kini pendapatan itu hanya cukup untuk setengah bulan.

Rakyat semakin hari semakin terdesak- apa kah ada pengakhirnya???.

13 comments:

mantra said...

kos hidup masa kini semakin meningkat dan ia semakin membebankan rakyat terutamannya yang berpendapatan rendah. pihak kerajaan seharusnya berusaha untuk mengurangkan beban rakyat.

Mohd Ishak said...

Harap kerajaan akan berusaha melangsaikan hutang negara supaya tidak membebankan rakyat.

Mohd Ishak said...

Kerajaan perlu pandai menguruskan kewangan negara dengan cekap.

azman said...

harap kerajaan dapat mencari jalan bagi membantu rakyat berhadapan kenaikan kos sara hidup kini.

azman said...

selain itu, indivisu juga perlu berusaha mencari peluang bagi meningkatkan pendapatan masing-masing.

Jason said...

Diharapkan kerajaan akan mencari jalan untuk meringankan beban rakyat.

Jason said...

Pada masa yang sama, rakyat juga perlu berusaha sendiri.

songkilou said...

Taraf kehidupan semakin hari semakin tinggi, dan itu tidak dapat dinafikan. Selain itu permintaan kepada barangan yang berkualiti dan mahal juga adalah juga amat tinggi. Namun kebanyakkan kta masih lagi menerima gaji dibawah paras kemiskinan. Saranan untuk meminimumkan gaji adalah satu langkah untuk menyelesaikan masalah ini.

songkilou said...

Selain itu, pertimbangkan untuk menaikkan gaji para pekerja. Kerana jika harga barangan sudah meningkat, pendapatan juga akan meningkat, jadi ada kesesuainya disini.

Jirunk said...

Maka rakyat perlulah pandai mengurus kewangan buat masa sekarang dengan kenaikkan harga barang dan minyak.

rebirth said...

menurut Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, hutang isi rumah negara masih pada paras berhemah. hutang isi rumah merupakan kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan pinjaman dan 74 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK). tapi dari segi nisbah berbanding negara2 lain di dunia, peratus hutang isi rumah Malaysia masih merupakan yang tertinggi di Asia.

rebirth said...

apa sahaja pandangan akademik yang mengatakan hutang isi rumah di Malaysia ini pada paras berhemah tidak selari dengan realiti hidup rakyat di negara ini. rakyat di negara lain juga tidak terlepas dari membayar cukai tetapi bebanan hutang yang mereka tanggung tidak sama dengan bebanan rakyat di negara ini. oleh sebab itu wajarlah jika kerajaan dapat melakukan sesuatu bagi mengurangkan beban cukai yang ditanggung oleh rakyat.

Tiada Nama said...

Kos sara hidup semakin hari semakin melambung tinggi. Rakyat yg bpendapatan rendah lg tersepit dengan kos sara hidup yg tinggi ni. Kerajaan harus berusaha mgurangkn beban rakyat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels