4 February 2011

Menyelamat rakyat Malaysiapun dipolitikkan

Kerajaan hanya satu tujuan, menyelamat rakyat negara ini yang terperangkap di Mesir yang sedang bergolak ketika ini.

Sepatutnya siapa sahaja rakyat negara ini yang mempunyai kapasiti untuk kerja-kerja menyelamat hendaklah berganding bahu membawa keluar rakyat Malaysia ke tempat selamat-tidak semesti terus di bawah ke tanah air.

Pengakutan udara sahaja yang boleh digunakan dengan masa yang sesingkat-singkatnya-oleh sebab itu- penerbangan yang diatur oleh kerajaan dengan menggunakan MAS, AIRASIA, TUDM hendaklah dimaksimumkan penggunaannya dalam masa sesingkat-singkatnya.

Keputusan pihak kerajaan yang sedang beroprasi di Cairo-menerbangkan rakyat untuk keluar daripada Mesir ke negara Jiran seperti Arab Saudi adalah tepat, dengan demikian-maka masa dan pesawat yang digunakan boleh mengangkut sebanyak mungkin rakyat negara ini dibawah keluar dalam tempoh masa yang singkat.

Pihak pembangkang perlulah berkerjasama dengan pihak kerajaan yang mengatur semua ini, kerana anda yang pandai bercakap-tanpa berbuat apapun.

1 comment:

watasikadi said...

hehehehe...
sepa yg politikkan penyelamatan di mesir? masa anwar awal2 cakap bawa pulang student kita apa TPM cakap? tiada keperluan bawa pulang kan? sampai ada student pulg tambang sendiri..pasal apa? pasal anwar yg cakap bawa pulang kan..sekarang barulah mau operasi piramid..kekeke..lucu kan? ni pun mesti org2 masih mau nafikan..apapun kita berdoa keselamatan rakyat kita..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels