15 February 2011

Pulau Pinang Saman ADUNnya sendiri-Siapa bayar kos guaman?

Kerajaan Pulau Pinang akan menyaman ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia ekoran laporan yang mendakwa kerajaan negeri mengedarkan risalah yang memperlekeh sumbangan Melayu di Balik Pulau.

Untuk tujuan itu, ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, syarikat guaman Karpal Singh & Co akan dilantik bagi menguruskan saman ekoran kenyataan berhubung risalah “My Balik Pulau” yang dimuat dalam akhbar pada 2 Februari lalu itu.

"Utusan Malaysia telah terus mangadu-dombakan isu ini dengan laporan susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen perkauman terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang mahukan pinggirkan sumbangan orang Melayu.

"Umno, Farid dan Utusan Malaysia telah meludah ke langit kerana yang keluarkan risalah “My Balik Pulau” tidak lain, tidak bukan adalah kerajaan BN negeri yang lama," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, walaupun kerajaan negeri sudah menjelaskan perkara itu dan meminta ADUN Umno itu meminta maaf, beliau masih enggan berbuat demikian.

Malah, kata Lim, Utusan Malaysia meneruskan laporan yang terus membuat dakwaan itu, mesyuarat exco, dengan nasihat penasihat undang-undang negeri membuat keputusan untuk memfailkan saman malu terhadap kedua-dua pihak berkenaan. seperti dipetik di Malaysiakini.

Disebabkan DUN Betong adalah DUN di Pulau Pinang-siapakah akan tanggung kos guaman ADUN itu. Bagi Utusan-utusanlah yang tanggung.

Jika diikut kenyataan Khalid Ibrahim-MB Selangor- Kos guaman ADUN Sri Muda akan ditanggung oleh Kerajaan Selangor-kerana DUN Sri Muda adalah ADUN Selangor.

12 comments:

songkilou said...

Siapa yang menangung kos itu? Adakah pihak Selangor akan membiayai kos itu???

songkilou said...

Selesaikan kes yang remeh ini secepat yang mungkin. Ada banyak lagi isu rakyat yang perlu di selesaikan dan diberi perhatian.

Jonny said...

Biar Pulau Pinang menyelesaikan masalah mereka sesama diri.

zam said...

nampaknya isu ini belum selesai dan kini akan mengambil langkah menyaman pula.

zam said...

setuju dengan songkilou kes seperti ini perlu diselesaikan cepat. banyak lagi isu yang lebih penting memerlukan perhatian.

rebirth said...

jika kos guaman DUN Seri Muda ditanggung oleh kerajaan selangor iaitu menggunakan duit rakyat atas alasan beliau adalah ADUN Selangor, jadi kerajaan Pulau Pinang juga patut menggung kos guaman DUN Betong kerana beliau adalah ADUN di negeri itu.

rebirth said...

menyaman Utusan dan Farid hanyalah taktik lama yang sudah basi, apabila kita sebut bab saman kita perhatikan ia hanyalah gertakan semata2, ia sekadar cubaan untuk menakutkan pihak lawan dan cuba menutup perbuatan busuk lagi jahat oleh regim DAP. Guan Eng hanya berkata akan menyaman. AKAN menyaman tidak bererti mereka akan meneruskan saman.

Hosie Masie said...

Jika begitu ceritanya, sudah pastilah kerajaan negeri itu sendiri yang membayar saman kepada ADUN itu. Adakah KM negeri Pulau Pinang ada motif disebalik semua ini.

Paquin said...

Siapa tanggung tu lantaklah.. Siapa suruh juga suka sangat buat gimik, na bersaman-samanlah kamurang sampai habis duit. hahhaa

Paquin said...

Semoga hal ni dapat diselesaikan segera dan jangann buang masa utk hal ni saja. Tumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting dan dapat membawa manfaat utk kebaikan bersama.

supra said...

biarlah mereka selesaikan hal saman menyaman mereka.

Tiada Nama said...

Ini la jd jika rakyat tidak berpuas hati dgn kepimpinan pemimpin.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels