18 March 2011

Calon BN: Winnable Candidate dan anak tempatan

Perdana Menteri DS Najib telah mencanangkan bahawa syarat utama calon BN pada PRU-13 akan datang adalah calon yang dianggap "winnable candidate" dan anak tempatan.

Bagi kawasan Kot Belud, semua penyandang ADUN adalah anak tempatan, keculai ahli parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahalan, yang berasal daripada Tuaran.

Pada PRU-12 lalu, satu kejutan berlaku, apabila Rahman Dahalan dipilih bertanding bagi parlimen Kota Belud.

Sekiranya kretiria yang dicanangkan oleh Perdana Menteri itu, menjadi pra-syarat pemilihan calon yang mewakili BN, maka secara automatik, penyandang MP Kota Belud yang ada sekarang, akan memberi ruang kepada calon anak tempatan yang dianggap winnable candidate.

Jika dilihat daripada segi parti-Ketua Bahagian Umno Kota Belud sekarang, Datuk Salleh Tun Said mempunyai kretiria sebagai winnable candidate dan anak tempatan. Salleh boleh menang dengan mudah apakah diperingkat ADUN atau parlimen.

Jika Salleh bertanding diperingkat ADUN, sudah tentunya di kawasan asalnya Usukan. Jika demikian percaturannya, maka penyandang ADUN Usukan dua penggal-Datuk Japlin Akim, kemungkinan bertanding diperingat parlimen? ataupun dipersarakan?.

Bagi ADUN Tempasuk- ada banyak kemungkinan berlaku. Jika kesepakatan sebelum ini mengenai formula 2:1:1, maka kemungkinan Tempasuk akan ditandingi oleh suku Iranun. Individu yang mempunyai kretiria sepertimana pra-syarat Perdana Menteri, yakni winnable candidate dan anak tempatan- ada kemungkin speaker dewan rakyat sekarang-Tan Sri Pandikar akan menjadi pilihan.Persoalannya-apa akan jadi dengan penyandang ADUN sekarang Datuk Musbah Jamli?. Musbah adalah pemimpin akar umbi yang sukar diketepikan.

Ini lah senario yang akan berlaku di Kota Belud pada PRU-13 akan datang. Apa-apapun, siapa yang akan bertanding di Kota Belud baik ADUN atau Parlimen, akan tergantung pada syor Bahagian Umno Kota Belud dan seterusnya dipertimbang oleh Umno Negeri sebelum dikemukakan kepada Presiden Umno-DS Najib.

23 comments:

azman said...

calon yang berkebolehan dan berpotensi untuk menang memang sesuai untuk dipilih.

azman said...

namun, yang paling penting adalah calon tersebut perlulah mendapat sokongan yang padu daripada rakyat.

Anonymous said...

kena pastikan calon dipertandingkan benar2 berkebolehan dan disokong oleh rakyat.

Unknown said...

Benar, biarlah calon itu berkebolehan dan disokong rakyat dan sanggup melakukan apa saja untuk penduduknya.

Unknown said...

Jika tersilap pilh calon maka susahlah untuk mempertahankan kerusi tersebut. Maka teliti dengan berhati-hati memilih calon. Jangan pilih atas dasar Kawan, kerana akan merugikan diri sendiri pada akan datang.

Bujang Senang said...

Calon mestilah untuk rakyat dan bukan untuk diri sendiri saja. Harap biarlah calon itu yang terbaik untuk semua.

Mohd Ishak said...

Harap mereka akan memilih calon dengan teliti.

Kris Jr said...

Good Luck!!!

mike said...

calon yang berkebolehan dan winnable memberikan jaminan untuk kemenangan.

mike said...

jika pra-syarat najib diterima pakai pada PRU akan datang, maka haruslah dipastikan calon tersebut bukan sahaja winnable dan anak tempatan tetapi juga layak..ini bagi meningkatkan lagi peluang kemenangan.

mike said...

namun begitu, prestasi perkhidmatan turut menjadi indikator untuk pemilihan calon..jika BN mencalonkan semula YB yang 'tidur dan pasif' maka belum tentu kemenangan akan berpihak kepada BN kerana masa kini rakyat lebih realistik dan praktikal.

mike said...

harus menilai dan memilih secara berhati2 bakal calon pada PRU akan datang kerana senario sekarang sudah berubah kesan dari apa yang berlaku pada PRU12.

Paquin said...

Tak kiralah asalnya mana yang penting layak dan bertanggungjawab, apa salahnya.. kan. hehe

Paquin said...

Jika DR dapat membuktikan kemampuannya sekaligus menambat hati penduduk KB pasti peluang akan lebih cerah.

Paquin said...

namun, semuanya terpulang pada pilihan rakyat juga. Susah mahu cakap sebab lain orang lain pandangannya.

Paquin said...

Apa yang boleh saya katakan rakyat harus bijak menilai dan jangan tersalah pilih kerana impaknya akan terkena pada kita juga.

Paquin said...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti:)

Unknown said...

May the best candidate get picked.

Unknown said...

All the best in searching for the winnable local candidate!

Anonymous said...

selain mengharapkan potensi calon untuk menang dalam PRU 13 akan datang, BN juga perlu pastikan bahawa parti itu akan tetap menjadi pilihan rakyat dengan melakukan lebih banyak tindakan yang bermanfaat kepada rakyat. untuk menang dalam pilihanraya, kedua2 faktor iaitu calon dan parti perlu memainkan peranan..

awang said...

apa pun tunggulah masa dan saatnya. tapi yang pasti biar lah anak tempatan & winnable candidate. sudah pastinya datuk seri lah yang amat sesuai..

awang said...

apa pun yang pastinya winnable candidate dan anak tempatan. berkebolehan dan yang pastinya bole membawa pembangunan dikawasan tersebut.

Anonymous said...

Candidates must be picked based on their abilities.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels